Pembangkang sering menuduh YAB Dato Seri Najib Tun Razak menjualkan negara kepada China apabila beberapa inisiatif kerajaan dilaksanakan oleh syarikat besar dari China.
Akibat mainan yang diulang ulang terutama bekas pemimpin negara Tun Dr Mahathir Mohamad dan balasnya menuduh Najib jual negara.
Padahal FDI dari China hanyalah 2% sahaja.
Projek ECRL terbaru dilaksanakan oleh Syarikat dari China menjadi topik hangat di pentas ceramah dan perbualan mereka dalam media sosial.
Tohmahan mereka menunjukkan mereka sengaja mencipta fitnah dan mencari jalan untuk memburukkan kerajaan.
Padahal sebelum sesuatu projek besar dilaksanakan pihak firma perundangan yang semestinya daripada firma anak anak tempatan telah duduk berbincang dan membuat pertimbangan dan keputusan yang betul. Setelah berpuas hati dengan keupayaan sesebuah syarikat barulah mereka diberikan projek. Jangan buat silap seperti projek BAKUN.
Tak kan lah, nak bagi kepada syarikat dari negara ke tujuh untuk buat keretapi sedangkan negara ketujuh itu tiada keretapi.
Kerajaan memilih syarikat China kerana mereka hebat dalam bidang tersebut. Pergilah melancong ke negara mereka dan lihat sendiri bagaimana lebuhraya dan sistem keretapi mereka. Jauh lebih baik dari negara negara barat.
Mereka lupa bahawa lebuhraya Pan Borneo dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat anak tempatan terutama dari Sabah dan Sarawak.
Begitu juga pembinaan terowong dalam negara. Dahulu terowong Menora pun dibina oleh firma dari Korea Selatan. Tak percaya tanyalah kepada Dr Mahathir Mohamad. Kini terowong yang ada di Lembah Klang seperti terowong Smart. terowong Pencakar dan MRT semuanya dibina oleh anak anak tempatan.
ECRL memberi peluang lebih 4 ribu peluang pekerjaan dan dilatih di negara China
Yakinlah perpindahan teknologi semakin rancak berlaku muktahir ini.
Apa yang hendak diutarakan di sini ialah RM 15 Billion telah diperuntukkan kepada firma bumiputera untuk melaksanakan pelbagai kontrak pembinaan, perundingan, khidmat sokongan dan lain-lain dalam melaksanakan PR1MA. Kesemua 574 syarikat diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka untuk negara dan bangsa.
Baru-baru ini ahli parlimen pkr dari Bayan Baru Pulau Pinang menuduh kerajaan menipu rakyat dalam pembangunan rumah PR1MA. Kononnya kerajaan gagal menyiapkan 500 ribu rumah, yang siap tak sampai 400 buah.
Sim Tze Tzin sengaja membutakan hati perut kerana tidak membaca maklumat penuh PR1MA sebelum membuat tuduhan . Tak faham tentang matlamat dan unjuran, tak faham pencapaian dan proses perlaksanaan. Main hantam saja kata orang Sabah.
Kerajaan terpaksa memperbanyakkan projek perumahan 1 Malaysia ini kerana permohonan untuk mendapatkan rumah sudah menjangkau 1.47 juta permohonan.
Pemohon peringkat awal berjumlah 166 972 pemohon dan sudah terjual berjumlah 9 791 buah. Kerajaan terpaksa mencari tapak baru untuk memenuhi keperluan rakyat. Jadi sasaran awal 500 ribu unit terpaksa dinaikkan.
Tidak dapat lari bahawa lebih banyak tanah akan dijadikan bandar baru dan tanah Resab mungkin akan diambil.
Tun Mahathir pernah menjeluaskan bahawa tanah Resab Melayu adalah ciptaan British untuk menempatkan orang Melayu seperti kaum asli di Australia dan Red Indian di Amerika Syarikat.
Negara maju tidak ada tanah rezab seperti kita. Taman negara ada lah. Mungkin tok wan sudah lupa.