Isnin, 14 Ogos 2017

FORUM 'NOTHING TO HIDE 2.0' BERTUKAR MENJADI FORUM 'EVERYTHING TO HIDE'


Kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri
 
14 Ogos 2017
 
1. Forum 'Nothing to Hide 2.0' dianjurkan dan diuruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan dihadiri oleh kepimpinan dan penyokongnya. PPBM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap acara itu, jadi untuk menyalahkan kejadian huru-hara itu ke atas UMNO adalah percubaan oleh pembangkang untuk menutup tindakan tanpa rasa malu oleh anggota-anggotanya sendiri.
 
2. Hakikatnya adalah penyokong pembangkang yang hadir kecewa dengan ketidakupayaan Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan di forum itu mengenai skandal semasa pentadbirannya, seperti tindakan beliau memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembunuhan Memali. Forum 'Nothing to Hide 2.0' itu sebaliknya bertukar menjadi forum 'Everything to Hide'.
 
3. Seperti yang diketahui semua, dan seperti yang jelas dilihat pada acara itu, Pakatan Harapan pada asasnya telah terbahagi. Apa lagi yang boleh diharapkan dari pakatan yang telah bergabung atas perkahwinan yang hanya berlandaskan kelebihan yang diberi oleh bekas-bekas musuh yang pernah melakukan segala-galanya yang termampu untuk memusnahkan satu sama lain untuk beberapa dekad.
 
4. Tuduhan liar yang menyalahkan UMNO dan Perdana Menteri oleh Dato' Seri Azmin Ali dan pemimpin Pakatan yang lain adalah palsu, melulu dan tidak sepatutnya dilakukan. Ia jelas adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian dari perpecahan PPBM, dan merupakan satu lagi contoh cara politik pembangkang untuk mewujudkan kebencian dan kemarahan terhadap kerajaan pada setiap peluang yang ada.
 
5. Sekiranya Pakatan tidak dapat menganjurkan forum sendiri tanpa kekacauan, kita hanya dapat membayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada Malaysia. Ianya jelas bahawa negara akan ditimpa bencana jika pembangkang yang diketuai oleh DAP mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang.
 
6. Pihak berkuasa akan menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kerajaan ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA MENTERI PERDANA