Ia menyebabkan Laskar Merah di Jakarta membuat demo atau unjuk rasa di hadapan kedutaan kita di Jakarta, tak cukup dengan itu mereka menuntuk Malaysia kembalikan tanah air mereka.
Nak tanya lah sikit , tanah mana yang mereka mahukan? adakah mereka lupa bahawa sebahagian besar tanah di Kepulauan Riau dan sebahagian Sumatera adalah milik Kesultanan Melaka.
Tahu nah mereka bahawa pada tahun 1824 Belanda dan Inggeris telah menandatangani satu perjanjian untuk membahagikan Indonesia dan Tanah Melayu menyebabkan Tanah Melayu kehilangan wilayahnya di Indonesia?
Ini bukan pertama kali warga Indonesia melakukan tunjuk rasa di kedutaan kita. Sudah banyak kali kelompok warga Indon yang membakar bendera kita sejak zaman Susilo Bambang Yudhoyono dan zaman Abdullah Badawi lagi mereka kerap mencetuskan api kebencian.
Mereka lupa bahawa rakyat merekalah yang paling ramai berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih baik daripada negara mereka.
Banyak tanah-tanah kosong milik orang tempatan dan tanah milik kerajaan diterokai untuk dijadikan kawasan perkampungan mereka.
Mereka lupa bahawa warga mereka terlibat dalam banyak kes jenayah yang kadang kalanya sehingga meragut jiwa rakyat kita.
Isu lagu Rasa Sayang pun menjadi alasan untuk protes membakar bendera kita, kononnya lagu itu adalah lagu mereka. Mereka lupa bahawa semua lagu Indonesia menggunakan sebutan Bahasa Melayu sedangkan percakapan harian mereka bukanlah menggunakan Bahasa Melayu.
Mereka juga lupa bahawa kajian genome mendedahkan penghijrahan Melayu Proto ke kepulauan nusantara adalah bermula dari Tanah Melayu.
Mereka juga lupa bahawa rakyat Malaysia adalah pelancong tertinggi melawat kepulauan Indonesia, oleh itu jagalah hati dan perasaan rakyat Malaysia yang banyak menjana ekonomi mereka.
Bagaimanapun kita tak perlu rasa panik dengan unjuk rasa di sana kerana perbuatan tersebut adalah kerjaya sampingan. Seorang pemandu teksi blue cab di Indonesia menyatakan di Indonesia sememangnya kerap diadakan unjuk rasa kerana dibayar oleh pihak-pihak tertentu . Upahnya satu kepala untuk unjuk rasa adalah dalam lingkungan 5 hingga 10 ribu Rupiah kira-kiranya seringgit ke tiga ringgit sahaja. (RM 3.00) Mereka diberikan nasi bungkus dan sebotol air. 10 ribu rupiah sudah cukup besar buat mereka.
Akibat kesilapan itu sekumpulan warga Indonesia sanggup mengeruhkan lagi keadaan dengan menggantung bendera Malaysia dalam keadaan terbalik sambil pusing kota di Solo Indonesia.
|
Published on Aug 20, 2017
Polis akan menyiasat jika terdapat unsur sabotaj dalam isu bendera Indonesia berhubung kesilapan dalam mencetak bendera negara itu secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan laporan polis sudah diterima dan siasatan sudahpun dijalankan.
Khalid bercakap pada sidang media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Modul Peningkatan Integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) Tahun 2017, di Bukit Aman, hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin malam Sabtu mengeluarkan permohonan maaf kepada rakan sejawatnya dari Indonesia Imam Nahrawi berkenaan gambar bendera Indonesia yang dicetak terbalik itu.
Kementerian Luar Wisma Putra turut mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada Indonesia berhubung insiden terbabit semalam.
Bendera republik itu menampilkan jalur merah di bawah jalur putih. Bagaimanapun gambar bendera dalam susunan terbalik diperkenalkan secara salah sebagai bendera Indonesia di dalam buku cenderamata yang diedarkan semasa acara pembukaan Sukan Sea itu.
Gambar itu muncul bersama-sama bendera kesemua negara-negara Asean lainnya dan tahun-tahun merujuk penganjuran acara sukan itu.