Isnin, 28 Ogos 2017

LIM KIT SIANG YAKIN PAKATAN HARAPAN AKAN MENANG BESAR DI PERAK PRU 14






Lim Kit Siang dengan penuh yakin meramalkan bahawa pada PRU 14 akan datang, Pakatan Harapan akan menang besar di Perak dengan 39 kerusi DUN .

Pada pilihan raya ke 13 yang lalu pembangkang menang 31 kerusi ( Dap 18, Pas 5 dan Pkr 5).
Cara Lim Kit Siang  membuat ramalan agak angkuh, berbeza dengan waktu pilihan raya ke 12 yang lalu pada tahun 2008. 

Dahulu Lim anak beranak berkata "Dap bukan lah sebuah parti yang kuat, kami hanya mahu mengurang kan majoriti Barisan Nasional sahaja".

Oleh yang demikian penyokong BN ramai yang yakin bahawa pembangkang seperti biasa akan tewas dan BN akan terus mengekalkan kuasa. Maka ramai lah yang ambil lewa dan tidak keluar mengundi.

Pada masa yang sama Dap bersungguh-sungguh mengerahkan orang Cina untuk keluar mengundi sehinggakan orang yang tidak pernah mendaftar pun disuruh keluar ke pusat-pusat pembuangan undi,  akibatnya dengan usaha gigih mereka menyebabkan pembangkang menang di 4 negeri dan mengekalkan Kelantan di bawah Pas.  

Di Perak pada pilihan raya tahun 2008, Pembangkang menguasai 31 kerusi ( Dap 18, Pkr 7 & Pas 6 ).

PELIK BIN AJAIB KENAPA CARA PROPAGANDA  DAP BERTUKAR KALI INI. MEREKA PENUH YAKIN AKAN MENANG.

DAHULU MEREKA TAK YAKIN DAN HANYA MAHU MENGURANG KAN MAJORITI BARISAN NASIONAL SAHAJA,

PADA HAKIKAT SEBENAR  DAP, PKR & PAN DI PERAK SUDAH TIDAK MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT TERUTAMA AHLI PAS YANG CUKUP MARAH KEPADA DAP, PAN DAN PKR.

KEMENANGAN DAP DAHULU ADALAH DATANGNYA DARIPADA UNDI PAS YANG TINGGAL DI KAWASAN BANDAR UNTUK DAP MENGEKALKAN 15 KERUSI DALAM DUA PILIHAN RAYA.

PILIHAN RAYA AKAN DATANG,  DAP MUNGKIN AKAN DAPAT KURANG DARIPADA 10 KERUSI.    

DAP AKAN KEHILANGAN BANYAK UNDI KERANA UNDI CINA AKAN KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL. DI SOKONG DENGAN ISU RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA DI PULAU PINANG AKAN MENJADI INDIKATOR KEPADA PENGUNDI CINA UNTUK MENOLAK DAP.

SATU LAGI IALAH SIKAP LIM KIT SIANG YANG SENGAJA MELARIKAN DIRI DARI GELANG PATAH KE PULAU PINANG HANYA UNTUK MENJADI KETUA MENTERI JIKA ANAKNYA DIPENJARA KAN ATAS KESALAHAN RASUAH.

KES KILANG HARAM MILIK EXPO PULAU PINANG JUGA MENJADI MENDORONG KEPADA ORANG CINA UNTUK TIDAK MENGUNDI DAP YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN.