PM Najib Razak melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Koridor Utara (NCER) 2016-2025 yang turut melibatkan Pulau Pinang walaupun negeri itu ditadbir Pakatan. Ini membuktikan Najib tokoh negarawan yang tidak menganaktiri negeri Pakatan seperti yang ditohmahkan oleh puak pembangkang.
Najib tanpa rasa dendam berjaya merangka NCER yang dijangka meraih pelaburan RM146.5 billion serta mampu meningkatkan taraf hidup rakyat, membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah di negeri-negeri terlibat.
Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng sepatutnya malu kerana selama ini dia menghasut rakyat negeri itu membenci kerajaan Pusat. Contohnya dalam isu pembinaan rumah mampu milik, Guan Eng tuduh Najib tidak berminat walhal negeri yang mengenakan banyak syarat tambahan untuk menghalang projek itu.
Guan Eng sudah tidak mampu mengamalkan politik matang seperti Najib kerana hanya tahu menghasut kebencian dan meneruskan sikap hipokrit untuk kuasa politiknya.
#Negaraku #TerimakasihPM #RespectmyPM
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.