Isnin, 21 Ogos 2017

NOTHING TO HIDE BUAT MAHATHIR



Dua puluh dua tahun, bukan satu jangkamasa yang pendek. Dalam tempoh sepanjang ini, bukan satu perkara yang menghairankan apabila banyak perkara telah berlaku samada di sengajakan, disedari mahupun tidak. Hanya masa yang akan menentukan samada kesemua perkara samada baik mahupun buruk ini akan terbongkar dengan sendirinya.

Inilah ibarat yang boleh dikatakan sedang menyelubungi sisa-sisa kehidupan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Satu ketika dahulu, semasa mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri, boleh dikatakan tidak ada sesiapapun yang berani untuk mempersoalkan tentang semua keputusan dan tindak tanduknya walaupun ada yang merasakan ianya salah.

Jika ada yang berani menegur atau cuba menunjuk pandai, individu berkenaan hanya mempunyai dua pilihan samada mahu melihat kehidupan politiknya diaib dan dimalukan atau merelakan diri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apa yang pasti, samada menerima pilihan yang pertama atau kedua, nasib karier politik pengkritik Mahathir ini pasti akan berakhir dengan penuh keaiban.

Kuasa Allah menentukan segala-galanya. Semuanya bermula pada 2014 apabila Mahathir sekali lagi menggerakkan usaha menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri. Mungkin merasakan gerakan pertamanya ada 2005 itu berjaya, maka dia cuba melakukan perkara yang sama menerusi idea yang sama. Namun kali ini, cabarannya bukan alang kepalang.

Boleh dikatakan, sepanjang serangannya, selama 3 tahun orang cuba bersabar dengan kerenahnya sehinggalah tirai 2017 disingkap. Maka bermulalah era pendedahan terbuka apa yang dilakukan oleh Mahathir terhadap negara dibongkarkan oleh ramai pihak.

Kes-kes lama seperti skandal BMF, skandal forex, skandal Maminco, skandal Perwaja Steel, skandal MAS, skandal Proton, pertikaian kekayaan 4 orang anak Mahathir yang menguasai 488 buah syarikat dan banyak lagi mula diperkatakan. Satu per satu pendedahan demi pendedahan dilakukan sehingga mendorong kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja di mana ahli panelnya dipilih sendiri oleh Yang DiPertuan Agong.

Terkini, menerusi kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan akan mewujudkan satu lagi RCI yang akan menyiasat kes membabitkan kematian 14 orang awam dan 4 orang anggota keselamatan di Kampung Memali, Baling, Kedah.

Nampaknya, jika dilihat dari pendedahan dan penubuhan RCI ini, satu persatu tembelang yang selama ini disimpan kemas oleh Mahathir bakal tersingkap dengan sendirinya. Semasa dia menjadi Perdana Menteri, dia boleh menyimpan semua rahsia ini menerusi tindakan ISA. Namun hari ini, atas ketelusan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, semuanya akan tersingkap satu persatu.

Hanya masa sahaja yang menentukan untung nasib Mahathir samada hasil siasatan berkenaan menjurus kearah salah laku Mahathir ataupun tidak. Andai berlaku salah laku mahupun mengambil kkeputusan secara membuta tuli, kemungkinan Mahathir akan didakwa di mahakamah adalah amat tinggi. Ini meenjadikan dia sebagai tertuduh paling tua dalam sejarah undang-undang negara.