PH BARU BANGKIT TIDUR?
- Awal pagi tadi Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengeluarkan kenyataan setelah berbincang sepanjang malam mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan berkerja sama dengan PAS bagi menghadapi PRU ke 14 nanti.
- PH mengumumkan mereka bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih dalam PRU akan datang dan bersedia menghadapi PAS.
- Berita ini tiada lah sensasinya kerana umum tahu PAS tidak pernah pun iktiraf atau tergiur pada pakatan ini yang di dalamnya dianggotai DAP, Pan dan Tun Dr Mahathir sebagai teraju.
- PAS tidak pernah memohon untuk berkerja sama malah PAS sudah sejak pasca Muktamar ke 63 baru-baru ini menyediakan jenteranya menghadapi pertandingan tiga penjuru dan di suku keempat 2017 ini rasanya seluruh ahli dan jentera PAS sudah pun bersiap sedia.
- PH mungkin punya mimpi lain dan baru tersentak dari tidur yang lama.
- PAS tidak pernah bermimpi.
- Di Selangor umpamanya Pesuruhjaya Selangor YB Sallehen Mukhyi telah pun isytiharkan PAS bersedia bertanding sekurang-kurangnya 42 dari 56 kerusi negeri. Dan 16 September ini seluruh jentera Selangor sudah diarahkan menghadapi PRU ke 14.
- Selamat terjaga dari tidur yang lama PH. Jumpa anda dalam PRU 14 nanti.
Roslan Sms