Selasa, 22 Ogos 2017
RCI Forex : Wujud Kerugian RM31.5 Billion & Tiada Tindakan Terhadap Kerugian Itu
Prosiding RCI Forex pada hari pertama di Istana Kehakiman, Putrajaya telah bermula pada jam 9 pagi, 21 Ogos 2017. Dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersama lima panel RCI yang lain.
Dua kesimpulan awal boleh dibuat pada hari pertama RCI Forex ini iaitu memang wujud kerugian RM31.5 billion di pihak Bank Negara dan tiada tindakan dibuat oleh mana mana pihak terhadap kerugian tersebut.
Berlakunya pengolahan perakaunan untuk tutup kerugian dalam Bank Negara. Siapa sebenarnya yang mengarahkan "pengolahan" itu dilakukan? Siapa pula yang bertindak melaksanakan pengolahan kerugian itu di Bank Negara? Ini masih misteri.
Misteri ini mungkin akan terbongkar menerusi RCI Forex ini. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja Kes Forex menyatakan seperti berikut ;
"Kerugian tersebut tidak dapat dilihat secara ketara dalam laporan tahunan Bank Negara memandangkan ianya dimasukkan dalam akaun rizab yang lain"
Datuk Abdul Murad Khalid, Bekas Timbalan Gabenor di Bank Negara pula menyifatkan "pada pendapat saya, kerugian sangat besar, kerajaan pada zaman Mahathir takut dedahkan kepada umum. Sekiranya didedahkan, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada ketika itu akan dipertanggungjawabkan".
Abdul Murad adalah antara tiga saksi awal yang dipanggil pada hari pertama. Dua orang lagi saksi adalah bekas kakitangan Bank Negara, Abdul Aziz Abdul dan bekas juruaudit dalaman Bank Negara, Ahmad Hizzad Baharuddin.
Abdul Aziz mendedahkan bahawa kerugian RM31.5 billion itu hanya dilaporkan kepada pihak Lembaga Pengarah Bank Negara sahaja dan ianya tidak didedahkan dalam kunci kira-kira dan laporan rasmi Bank Negara Malaysia. Ini bermakna, memang ada cubaan, usaha dengan arahan pihak tertentu untuk sembunyikan kerugian ini.
Ahmad Hizzad pula memberitahu bahawa beliau menerima arahan dari pihak atasan pada April 1993 untuk menyiapkan laporan bagi menyiasat punca kerugian. Ahmad Hizzad pada waktu itu adalah Juruaudit Dalaman Bank Negara.
Ahmad Hizzad menyatakan tujuan utama dia diarah untuk siapkan laporan itu bukanlah untuk mencari pihak yang bersalah dan bertanggungjawab yang sebabkan kerugian. Hizzab sebenarnya disuruh untuk lakukan "laporan cover up" bagi atasi kerugian itu sahaja.
Pendedahan yang dibuat Abdul Aziz dan Ahmad Hizzad ini membuktikan bahawa ada unsur "everything to hide" dilakukan dengan arahan "orang atas" untuk sembunyikan kerugian RM31.5 billion itu.
Tan Hock Huan, Peguam Bank Negara meminta agar pihak RCI Forex tidak benarkan media dan orang ramai ikuti prosiding di mahkamah kerana mendakwa semua dokumen yang ada diklasifikasi sebagai OSA semasa zaman Mahathir lagi.
Ini jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Sidek ;
"Jika itu OSA, ini OSA, tidak perlu buat inkuari (RCI) ini. Saya tidak mahu debat lagi. Kami ditugaskan oleh Yang Dipertuan Agong untuk menjalankannya. Jesteru, saya akan teruskan inkuari ini tanpa tertangguh lagi"
Pihak peguam Mahathir sudah beberapa kali mahu tangguhkan RCI ini dengan membuat bantahan terhadap beberapa perkara yang remeh dengan niat mahu lengah lengahkan prosiding mahkamah.
Akhirnya, panel RCI Forex merumuskan bahawa memang wujud kerugian Skandal Forex sejumlah RM31.5 bilion.
Jumlah ini adalah hampir suku atau satu perempat daripada keseluruhan KDNK Malaysia sebanyak RM135 bilion pada tahun 1991. Besar nilainya pada zaman itu.
Namun tiada tindakan diambil ke atas mereka yang sebabkan kerugian. Siapa yang bertanggungjawab sebabkan kerugian? Ke mana hilangnya semua RM31.5 billion itu?
Inilah misteri yang masih kekal sejak 1994 lagi.
Khabarnya, Alan Greenspan, Gabenor Federal Reserve Bank, Amerika Syarikat pada tahun 1993 mengetahui hal manipulasi mata wang di Bank Negara ini.
Siapa yang suruh Nor Mohamed Yakcop letak jawatan pada Julai 1994? Arahan siapa? Ini juga masih kekal misteri. Mengapa peguam peguam Mahathir seperti termakan cili sahaja masa hari pertama prosiding? Ada yang gabra?