Jumaat, 18 Ogos 2017

Tebuan dimusnahkan, ular dilepaskan bebas.

Tebuan atau hornet adalah sejenis serangga terbang yang menghantui pemikiran rakyat. Tebuan biasanya hidup dalam koloni yang kecil berbanding lebah. Tebuan dan lebah menghasilkan madu. 

Setakat hari ini madu tebuan belum ada di pasaran, yang banyak menguasai pasaran. Ialah madu lebah dan madu kelulut.

Tebuan dewasa tugasnya adalah mencari manisan bunga-bungaan untuk dibawa balik ke sarang.  

Tebuan juga memakan serangga lain. Tebuan menyerang dan membunuh serangga lain untuk makanan anak-anak nya. 

Tebuan juga mengawal serangga perosak dan menjadi agent pendebungaan.

Cuma nya kajian terhadap tebuan mungkin tidak banyak dan mungkin faedahnya kepada manusia tidak besar maka nasib tebuan tidak sebaik nasib lebah dan kelulut.

Tebuan jarang sekali menyerang manusia melainkan koloni diancam atau diganggu. 

Dahulu biasanya orang kampung akan menggunakan kerang busuk untuk menghalau tebuan.  Kerang dilastik hingga tertanam beberapa biji ke dalam sarang. Tebuan akan lari meninggalkan sarang untuk mencari tempat baru.  

Hari ini apabila masyarakat menyedari ada sarang tebuan yang besar di atas pokok atau bumbung rumah maka bomba dan pertahanan awam (APM) diminta untuk memusnahkan sarang tebuan.  Anggota APM biasanya akan datang pada sebelah malam untuk membakar sarang tebuan. 

Apabila ular memasuki rumah atau premis awam APM juga ditugaskan untuk menangkap ular. Untung pada ular ialah ia tidak dibunuh sebaliknya ditangkap dan di lepaskan semua di dalam hutan atau diserahkan kepada perhilitan. 

Rasanya SOP Jabatan Pertahanan Awam perlu dipinda.  Jangan ada dua standard dimana tebuan dibunuh satu koloni tetapi ular dilepaskan.  Siapa sangka kelulut yang menyemak di tiang rumah kini menjadi kegilaan manusia kerana madunya yang lebih enak daripada madu lebah.

Mungkin satu hari nanti kita berebut untuk memelihara tebuan

 Siapa tahu.....



KUALA TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri mengesahkan terdapat peningkatan jumlah aduan yang diterima untuk memusnahkan sarang tebuan bermula Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarahnya, Che Adam A. Rahman berkata, bulan Julai mencatatkan bilangan aduan tertinggi sebanyak 851 kes berbanding 427 pada tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, pada Januari, sebanyak 141 aduan dicatatkan diikuti Februari (111), Mac (117), April (189), Mei (407) dan Jun sebanyak 510 aduan.

"Berdasarkan rekod, terdapat peningkatan jumlah aduan yang diterima daripada orang awam untuk memusnahkan sarang tebuan bermula bulan Jun sehingga kini membabitkan daerah seperti Dungun, Kemaman, Marang dan Besut.

"Kebanyakan serangga berbisa seperti lebah dan tebuan mula aktif selepas musim tengkujuh iaitu sekitar Februari kerana serangga tersebut akan mula membina koloni di kawasan pinggir hutan atau semak bagi mendapatkan debunga liar," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan maut angkara serangan serangga berbisa itu ketika bermain di sebuah premis kedai makan kosong berhampiran rumahnya di Kampung Lay Out, Tok Has, Besut.

Mangsa, Puteri Nur Aisya Azahar, 8, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 4.30 pagi selepas hampir 16 jam bertarung nyawa. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz4q75hbbeF 
Hakcipta terpelihara