Rabu, 20 September 2017

ANWAR DAN PEMBANGKANG SEMEMANGNYA KUAT KELENTONG RAKYAT.




KELMARIN CERITA SAKIT BAHU DAN PERLUKAN RAWATAN FISIOTERAPI. KEMUDIAN KATA TEKANAN DARAH KURANG STABIL.

DAHULU SEWAKTU DALAM TAHANAN ISA DI BATU 4 KAMUNTING PUN SELALU MENGADU SAKIT OTA KARE. SEBAB NAK TIDUR SEDAP ATAS TILAM HOSPITAL. INI DIDEDAHKAN OLEH RAKAN NYA YANG SAMA-SAMA DI TAHAN DI BAWAH AKTA ISA PADA TAHUN 1972 DAHULU, TAK LAIN DAN TAK BUKAN DATO IBRAHIM ALI .

DATO IBRAHIM ALI HARI INI BUAT LAWAK MENGENAI KATAK MELOMPAT. DAHULU DIA JUARA PEMEGANG PINGAT EMAS KITA JATUH KEPADA PINGAT GANGSA KERANA ADA ORANG LAIN YANG DI WAR WARKAN OLEH PEMBANGKANG SEBAGAI PEMENANG PINGAT EMAS. INDIVIDU YANG PIHAK PEMBANGKANG MAKSUDKAN IALAH TAN SRI MUHAMAD TAIB.

GELARAN KATAK AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG SUKA MELOMPAT PARTI TETAPI MEREKA DIAM JIKA KATAK MELOMPAT KE KOLAM PEMBANGKANG. SEPERTI MAT SABU, KHALID SAMAD YANG MELOMPAT DARI KOLAM PAS KE KOLAM PAN.

ANWAR IBRAHIM PUN MELOMPAT JUGA, BERMULA DENGAN BERJINAK-JINAK KEPADA PARTI PAS, KEMUDIAN MASUK UMNO DAN AKHIR MASUK PKR PARTI YANG DITUBUHKAN OLEH ISTERINYA YANG KEMUDIAN DIKENALI SEBAGAI PARTI ANAK BERANAK. PARTI KENCING RAKYAT, PARTI KELENTONG RAKYAT DAN SEBAGAINYA.


HAIRAN JUGA KENAPA ANWAR MEMILIH  RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN. SEDANGKAN MUHYIDDIN YASSIN MENGUTUK PERKHIDMATAN HOSPITAL KERAJAAN.

MUHYIDDIN SERING BERKATA DALAM CERAMAHNYA BAHAWA KERAJAAN SUDAH TAK ADA WANG UNTUK MENYEDIAKAN UBAT KEPADA PESAKIT. JIKA KITA KE HOSPITAL DOKTOR AKAN MENULIS SURAT UNTUK BELI DI FARMASI.

INI BERMAKNA WAN AZIZAH TERPAKSA MEMBELI UBAT DARAH TINGGI DARI KEDAI UBAT DI LUAR.

INI KIRA TUHAN NAK TUNJUK LAH AGAR KITA SEMUA JANGAN PERCAYA KEPADA PEMBOHONGAN PUAK-PUAK PENIPU PKR, DAP, PAN DAN PPBM.

DULU DALAM UMNO MUHYIDDIN, MAHATHIR TAK LAH SASAU SEPERTI HARI INI. SEKARANG MAKIN NYANYUK, MAKIN MERAPU MAKIN BUAT MEMBOHONGI RAKYAT.







KENYATAAN MEDIA 
DSAI DIKEJARKAN KE HKL 
Pada jam 2 petang tadi, DS Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah tekanan darah kurang stabil. Beliau kini dalam pemantauan doktor. DS Anwar turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau. 
DS Anwar menggesa semua untuk terus berusaha membawa perubahan. Beliau turut mengingatkan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk memberi keutamaan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat, termasuk isu salah tadbir ekonomi yang perlukan penyelesaian. "Change is imminent!" 
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
19 September 2017


KENYATAAN MEDIA 
KESIHATAN ANWAR TERKAWAL, UCAP TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN 
Semalam saudara Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah yang kurang stabil. Alhamdulillah keadaan beliau adalah terkawal. 
Dari semasa ke semasa, saudara Anwar akan dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau. 
Bagi pihak saudara Anwar dan keluarga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada para doktor dan semua pihak yang mendoakan kesihatan saudara Anwar.  
Seperti yang beliau sebutkan semalam, perubahan sudah menghampiri kita ("change is imminent"), maka kita perlu berdoa dan berusaha untuk memastikan kemenangan Rakyat pada PRU14 kelak, inshaAllah. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
20 September 2017
Doakan semoga DS Anwar bertaubat sebelum terlambat, walaupun kita tidak suka dan senang dengan apa yang lakukannya, itu adalah soal kehidupan peribadi