Khamis, 21 September 2017

GERAI TEPI JALAN AKAN DIHAPUSKAN PADA TAHUN 2020- KU NAN








Mulai tahun 2020 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bebas gerai atua warung.  Kita tidak akan melihat lagi gerai-gerai dibina sesuka hati di tepi, peniaga makanan hendaklah memasak di rumah dan menjual di tempat atau kawasan yang dibenarkan. Mereka juga digalakkan menggunakan kenderaan saji.

Pihak kerajaan tidak mahu lagi peniaga membina bangsal dan memasak makanan di tapi jalan. Cadangan ini termasuk juga kepada peniaga pisang goreng burger dan sebagainya.

Hari ini penjaja semakin berani dan sewenang-wenangnya memacak gerai di tepi jalan dengan meletakkan meja di atas jalan. 

Keghairahan membuka gerai di tepi jalan mendapat sokongan daripada syarikat bekalan air dan juga elektrik. 

Tak kurang juga ada pihak mengambil kesempatan membuka beberapa kedai dan kemudiannya mengutip sewa bulanan daripada penjaja yang menyewa.

Di bandaraya Kuala Lumpur terutama di kawasan taman perumahan mempunyai puluhan ribu gerai-gerai yang dibina di bahu jalan dan di atas longkang. 

Lebih memburukkan keadaan ada yang membina tandas di atas longkang dan penyebab longkang berbau busuk dan tersumbat. 

Kepada peniaga food truck juga dilihat tidak mematuhi syarat, banyak lori-lori yang rosak dan tidak mempunyai cukai jalan digunakan oleh peniaga. Kadang kala lori berlapik dengan bata kerana kesemua tayar sudah mereput. 

Hasrat kerajaan wujud mewujudkan pengusaha makanan secara food truck tidak kesampaian. Yang nampak jelas ialah kawasan di mana terdapat banyak food truck kawasan sekitar berbau busuk dan kotor.

Hairan bagaimana pihak PBT tidak melihat permasalahan ini. 


TAK KALA ORANG KITA BAIK MELAYU , CINA DAN INDIA BEREBUT MEMBINA GERAI DI TEPI LONGKANG,  ORANG NIGERIA SUDAH MAMPU MEMBUKA BUTIK MENJUAL PAKAIAN BERJENAMA DAN MEMBUKA PUSAT CUCI PAKAIAN SEGERA DAN SEBAGAINYA.

MANAKALA PAKISTAN YANG DAHULU NYA KAYUH BASIKAL KINI SUDAH MAMPU MEMBUKA PASAR MINI DAN KEDAI PERABOT BERSKALA BESAR.