Isnin, 25 September 2017

FAKTA-FAKTA MAS RANCANG BELI PESAWAT SEJAK 2016 BUKAN DENGAN DANA KWSP

1. Pada November 2016 Malaysia Airlines Berhad mengumumkan akan membeli 25 lagi pesawat (selepas dua tragedi berbeza 2 tahun lalu). MAS akan menggantikan 15 pesawat untuk menggantikan pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat. 

2. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew berkata demikian dalam satu temu bual di Singapura menyatakan akan membeli model Boeing dan akan memuktamadkan keputusan itu pertengahan 2017. [Rujuk https://www.bharian.com.my/node/213493]

3. Peter Bellew kekal optimis MAS bakal  memperolehi keuntungan semula menjelang tahun 2018. [baca: https://www.bharian.com.my/node/177570]

4. Dari mana pula fitnah dan tuduhan kerajaan akan menggunakan dana KWSP untuk membeli Kapal Terbang Boeing? Transkrip penuh lawatan YAB Dato' Sri Mohd Najib PM dan Presiden US Donald Trump pada 13 September jelas menunjukkan kenyataan pembelian Boeing serta pelaburan KWSP/Khazanah dua perkara berbeza.[Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/395028#fiievlR9Qh8Q6bhM.97]

5. Jelas pembelian pesawat MAS yang diumumkan oleh YAB PM ketika lawatan ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan Donald Trumph Presiden Amerika bukanlah secara tiba-tiba tetapi dirancang lebih awal. Malah menggunakan dana MAS sendiri.[Baca https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2017/09/324891/malaysia-airlines-boeing-meterai-mou-beli-16-pesawat]

6. Pada 13 September 2017 (hari ini) Boeing dan Malaysia Airlines Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi cadangan pembelian 16 pesawat jenis 787 Dreamliner dan 737 MAX.

7. MoU itu turut menggariskan membabitkan penawaran perkhidmatan penyelenggaraan Global Fleet Care yang ditawarkan Boeing untuk pesawat sedia ada dan akan datang milik Malaysia Airlines. Ini menguntungkan Malaysia selain mengurangkan kos operasi MAS.

https://www.facebook.com/wasengatsamalubro/posts/1477245852362167