Pas dikatakan mengkhianati wadah perjuangan Pakatan Harapan. Pas adalah pecacai Umno BN. Pas tersasar jauh perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh PM paling korup.
Jika ini ayat yang keluar daripada mulut Dato Seri Khairuddin Abu Hassan maka sial 7 keturunan lah engkau.
Dalam kes liwat Anwar Ibrahim pembangkang berkata "orang yang menuduh wajib membawa saksi. Jadi dalam kes PM kleptokrasi dan korup boleh kah Khairuddin membawa 20 saksi atau bahan bukti. Jika tidak pergi mampus lah kamu.
Semua orang tahu kamu marah kepada PM sebab kami tak dilantik sebagai senator. Kamu tu muflis mana boleh jadi senator.
Kamu sekarang di mana platform perjuangan kamu. PBBM kah, parti 7 kotak Ezam kah atau parti tahi itik?
Pas nak bertanding 222 kah 400 kerusi kah dia punya pasal lah. Ini demokrasi.
Tak payah lah tuduh PAS jadi pecacai Umno. Pas tak akan menyokong Umno. Pas hanya bekerjasama dengan UMNO hanya dalam hal tertentu sahaja seperti agama dan budaya Melayu.
Kamu Khairuddin sokong agenda Dap seperti Gay Party. Beer party dll?
Cuba jawab , jangan jadi setan bisu .
DATUK TAKIYUDDIN HASSAN BOLEH UMUM PAS BERTANDING DI 222 KERUSI PARLIMEN SEKALIPUN TETAPI HAKIKATNYA PARTI ITU AKAN TEWAS TERUK KALI INI KERANA RAKYAT SEDAR PENGKHIANATAN MEREKA TERHADAP PAKATAN HARAPAN!!
Waimah datuk takiyuddin hassan umum untuk bertanding di 222 kerusi-kerusi parlimen sekalipun tiada 'impact' dan parti Pas akan tewas teruk pada pru14 nanti.
Keseluruhan orang-orang melayu sudah sedar Pas adalah 'pecacai' umno dan BN untuk mengkhianati wadah perjuangan Pakatan Harapan kearah menawan putrajaya kali ini!!
Pas bukan saja akan hilang undi dari pengundi atas pagar tetapi juga ahli-ahlinya di peringkat akar umbi pun tidak akan memberi sebarang undi kepada parti mereka pada pilihanraya umum akan datang.
Apa saja alasan yang diberikan oleh tokoh-tokoh pemimpin Pas mengenai hubungan intim mereka dengan umno mutakhir ini; semua orang-orang melayu sudah sedar Pas semakin tersasar jauh dari berjuang untuk menegakkan kebenaran dengan menjatuhkan kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup.
Datuk takiyuddin hassan selaku setiausaha agung Pas jangan syok sendiri!! Beliau merepek bila menyatakan Pas boleh menang banyak kerusi-kerusi di kawasan bandar!!
Pengundi cina tidak akan memberi sebarang undi pada Pas dan ahli-ahli Pas serta umno diperingkat akar umbi pun tidak akan memberi undi pada parti mereka yang sedang 'gelong!!'
Orang-orang melayu atas pagar serta pegawai-pegawai kerajaan amat benci pada umno yang terlalu korup dan sesiapa saja yang berkoloberasi dengan parti najib itu!!
Pas tolong jangan mimpi nak boleh menang lebih daripada 40 kerusi kali ini!! Datuk takiyuddin hassan sedang mimpi di siang hari!!
Setiausaha agung Pas ini nak yakin apa dengan Gagasan Sejahtera yang mana Parti Cinta Malaysia dan Parti Ikatan hanya terdiri dari ahli-ahli 'halimunan' saja!!
Kedua-dua parti milik penyangak huan cheng guan serta tan sri kadir sheikh fadhil tidak ada pengikut langsung!! Itu hanya parti-parti 'kosong!!'
Sekiranya parti Pas sekurang-kurangnya tidak berunding kerusi dengan Pakatan Harapan; keseluruhan pengundi-pengundi melayu khususnya akan tolak mereka secara total!!
Ini adalah kerana Pas serta sekutunya sedang berkoloberasi menjadi 'pecacai' dan 'kuli batak' pada BN kearah menjadikan pertandingan tiga penjuru yang kononnya bakal menyukar peluang Pakatan Harapan untuk menang pada pilihanraya seterusnya gagal untuk tawan putrajaya!!
Pas sedang menggali kuburnya sendiri dan biarkanlah si lunchai terjun dengan labu-labunya!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
23 September 2017