Jumaat, 29 September 2017

Kemudharatan yang lebih besar jika mengundi Pakatan Harapan (PH)

Para ulamak telah memberikan panduan untuk umat islam dalam menilai baik buruknya sesuatu perkara. Dalam ilmu usul fiqh, antaranya terdapat kaedah yang dikatakan "apabila terdapat 2 kemudharatan maka pilihlah mudharat yang lebih ringan kesannya". Menjelang PRU 14 yang akan datang, saya suka mengajak rakan-rakan untuk sama-sama kita menilai antara 2 pihak yang akan menjadi pilihan pengundi iaitu BN @ PH. Jika dahulunya rekod pentadbiran hanya ada pada BN tidak pada parti-parti pembangkang, namun kini tidak lagi. Kerajaan Negeri Sgor telah 2 penggal ditadbir oleh Pakatan. Begitu juga Kelantan & P Pinang.

Sebegai rakyat Sgor, saya lebih berminat untuk memperkatakan tentang kemudharatan di Negeri Selangor. Antara perkara yang mesti dipandang serius oleh para pengundi di Sgor ialah:

1. Kegagalan kerajaan Negeri dalam menjamin kesucian akidah & syariat islam di Negeri Sgor. Buktinya sepanjang 2 penggal menjadi kerajaan tidak ada sebarang pindaan berkaitan penambahbaikan kedudukan Islam dilakukan oleh kerajaan Negeri. Ini mendedahkan kita kepada bahaya penyelewengan akidah seperti Syiah, Wahabi, Liberalisme & Pluralisme yang semakin berkembang.
2. Tindakan YAB MB tidak menyekat pesta arak yang ingin diadakan di Sgor jelas menunjukkan yang beliau tidak menjunjung syariat islam. Arak adalah ibu segala maksiat. Membenarkan pesta arak umpama membesarkan kemaksiatan. Apa akan jadi dengan akhlak serta moral masyarakat jika kerajaan bersikap sambil lewa dalam isu yang sangat besar & serius seperti ini.
3. Kerajaan pimpinan DS Azmin Ali jelas menjadi "kuda tunggangan" kepada kafir DAP. Kerana itu tidak adanya agenda Islam dalam pentadbiran. Tidak adanya agenda melayu dalam pembangunan.
4. Penghinaan terhadap syariat Islam semakin menjadi-jadi semenyak Pakatan membentuk kerjaaan Negeri.
5. Pemimpin politik dari kalangan orang bukan Islam semakin "kurang ajar" tidak menghormati kedudukan Islam & syariat Islam. Mereka pernah desak supaya zakat diagihkan kepada bukan Islam. Mereka menuntut kebebasan beragama bagi orang Islam. Mereka mencemari Masjid & surau. Mereka mendesak azan diperlahankan.

Banyak lagi kemudharatan yang akan berlaku jika rakyat terus memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Justeru marilah kita meringankan kemudharatan itu dengan terus mengekalkan BN menerajui kerajaan persekutuan dan mengembalikan Negeri Sgor kepangkuan BN menjelang PRU akan datang.
Tolak Pakatan demi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar lagi merugikan!

Ikhlas dari,
*Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Rabu 27 Sept 2017; 20:56hr