Saya hanya geleng kepala tengok pentaksub berhujah cuba mempertahankan Tun Mahathir. Tiba-tiba wujud pula sikap husnuzan dan tabayyun. Saya tak ketawa sangat sebab masih nampak bayangan Liverpool kalah 0-5 dengan Manchester City. Saya tak dapat bagi alasan yang baik mengapa Liverpool kalah begitu teruk sekali, walaupun Mane dibuang padang pada awal lagi. Kalah tetap kalah. (Tahniah MUFC kerana berjaya elak kekalahan dengan Stoke City. Satu mata tetap satu mata).
Begitu juga tiada alasan untuk kerugian teruk berlaku dalam urusniaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) disebabkan sikap gung-ho dan tidak bertanggung jawab pihak tertentu. Salah tetap salah tetapi pentaksub rela membodohkan diri sendiri cuba menegakkan benang yang basah. Mereka harap kita bodoh akan percaya tanpa bukti kesimpulan mereka bahawa Mahathir atau Anwar (atau Daim) tidak bersalah. Suffice that Tan Sri Nor Mohamed Yakcop be thrown to the wolves.
Ada beberapa alasan yang diberi oleh pentaksub untuk melindungi Mahathir dari disalahkan:
A. Hujah berasaskan emosi / auta
(i) Kerugian adalah biasa, ada untung ada rugi
(ii) Tun M tiada kaitan dengan kerugian – Tan Sri NMY dah mengaku
(iii) Tun M tidak tahu pasal kerugian -- ni lawak
(iv) Bukan rugi RM32 bil tapi untung RM50 bil -- ni paling lawak
B. Hujah berasaskan perbandingan dengan negara lain
(i) Swiss National Bank pun rugi berbillion dalam urusniaga forex
(ii) Bank of England pun rugi berbillion dalam urusniaga forex
Berkenaan A (i) hingga (iv), tak guna berdebat dengan orang bodoh lagi emosi bila alasan2 tidak berasaskan fakta yang kukuh. Tiada siapa yang IQ nya melebihi 41 boleh nafi Malaysia mengalami kerugian besar. Samada RM32 billon atau melebihi RM100 bilion kita akan tahu dari hasil siasatan RCI insyaallah. Hanya jangan ambil masa lebih dari 1 minit untuk berbahas dengan pentaksub #IQ32 yang enggan menerima hakikat kerugian besar berlaku dan kerugian tersebut adalah bukan perkara biasa. Otak mereka berfungsi hanya sekadar untuk menjalankan tugas harian seperti minum, makan, tidur, membaca Sarawak Report, buang air kecil, buang air besar, maki dan meroyan.
Kita fokus sahaja pada kisah benar (kerugian Swiss National Bank dan Bank of England) yang dibangkitkan oleh pentaksub Mahathir. Hujah pentaksub untuk sucikan kerugian forex bila sekali baca nampak agak munasabah tetapi sebenarnya separuh masak. Saya cuba ulaskan dalam bahasa mudah faham.
Adalah tidak normal bank pusat (central bank) jadi forex speculator seperti currency trader (seperti George Soros). Itu kita kena faham maka jangan jadi bangang kata sebaliknya hanya kerana taksub kepada insan yang membangunkan KLCC.
BEZAKAN PELABURAN DAN SPEKULASI/JUDI
Saya cakap terus terang adalah bodoh bandingkan kerugian forex yang berlaku di SNB dan BOE dengan kerugian forex BNM untuk sucikan kerugian BNM.
Contohnya, adalah jauh dari sasaran bandingkan kerugian sesebuah syarikat akibat jualbeli saham (Syarikat A) berbanding syarikat pelaburan yang mengembangkan portfolio pelaburannya dengan membeli banyak saham untuk jangkamasa panjang (Syarikat B). Ini adalah perbandingan Apple vs Orange atau Apple vs Durian. Berbeza.
Cuba fahami dari segi dasar:
Syarikat A beli saham dengan tujuan akan jual saham tersebut dengan harga lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Pada mulanya tidak hairan rugi atas kertas (paper loss) tetapi akan sampai masanya terpaksa menghadkan kerugian (cut loss) – di mana saham dijual dengan harga jualan lebih rendah dari harga belian untuk mengelak kerugian yang lebih besar. Kerugian atas kertas bertukar menjadi kerugian yang nyata (realised loss). Syarikat A tak serik-serik dan terus main saham melebihi had yang dibenarkan dengan harapan mengurangkan kerugian tetapi sebaliknya kerugian (accumulated loss) bertambah teruk.
Adakah kerugian tersebut dianggap "part of doing business"? Jawabnya, ya, KALAU Syarikat A adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan urusniaga matawang (currency trading). Sebaliknya, pertama, aktiviti urusniaga forex yang melampau dijalankan oleh Syarikat A adalah ultra vires (bertentangan dengan perlembagaan syarikat) kerana Syarikat A ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan menjual kereta sebagai aktiviti utama. (Jenis perniagaan atau aktiviti2 syarikat yang dibenarkan adalah termaktub dalam M&A syarikat atau perlembagaan syarikat). Kedua, jumlah yang diurusniagakan (beli saham) melebihi had yang dibenarkan (breach of limits of authority).
Syarikat A sepatutnya fokus pada perniagaan menjual kereta tetapi lebih menyibukkan diri menjual beli (contoh) saham2 pengeluar kereta atau saham2 syarikat lain. Saham pula dibeli bukan untuk dividend atau untuk jangkamasa panjang atau sebagai pelaburan strategik tetapi untuk kemudian dijual dengan harga lebih tinggi dalam jangkamasa yang pendek. Maka ada kemungkinan berlaku ultra vires (aktiviti di luar bidang kuasa syarikat berdasarkan M&A atau melanggar perlembagaan syarikat) breach of fiduciary duty, breach of limits of authority dan/atau criminal negligence.
Syarikat B pula beli saham pelbagai syarikat tersenarai (public listed companies) untuk jangkamasa panjang. Ini selaras dengan aktiviti Syarikat B sebagi syarikat pelaburan (e.g. equity investment, unit trust, private equity fund). Tujuan utama adalah untuk mendapat pulangan dalam bentuk dividend dan 'capital gain'. Pembelian saham berasaskan penyelidikan dan maklumat yang boleh dipercayai seperti analyst report, laporan industri, dasar kerajaan, belanjawan negara dan sebagainya. Tiba-tiba berlaku sesuatau yang tidak dijangka, contohnya, stock market crash di Amerika yang kemudiannya juga menyebabkan nilai saham di Malaysia terjunam. Syarikat B rugi besar tetapi agak tidak adil nak salahkan pihak pengurusan bila mereka telah patuh polisi, prosedur, peraturan dan garispanduan -- mereka tidak cuai dalam menjalankan tugas. Kerugian Syarikat B boleh dikatakan di luar kawalan.
Kita kiaskan kepada BNM (Syarikat A) dan SNB (Syarikat B) dari segi dasar.
(i) PERBANDINGAN KERUGIAN BNM DENGAN KERUGIAN SWISS NATIONAL BANK (SNB)
SNB mengalami kerugian kerana mengamalkan dasar mengawal nilai matawang sendiri iaitu Swiss Franc (CHF), bukannya kerana aktiviti jualbeli matawang (currency trading) atau spekulasi semata-mata untuk mengejar untung. Untung atau rugi adalah "incidental". SNB akan jual CHF dan membeli matawang asing untuk sengaja melemahkan nilai matawang CHF supaya jualan ekspot Switzerland tidak merosot dan supaya nilai forex CHF tidak melebihi had yang ditetapkan (within lower and upper limits versus EUR).
Maka kerugian adalah kerana nilai rizab matawang asing (foreign reserves) SNB merosot dan bukan kerana jual beli matawang asing dalam jangkamasa pendek (trading, contra, spekulasi atau judi). Ironiknya, saya ulangi, SNB rugi sebab rizab matawang asing yang merosot manakala nilai forex CHF meningkat. (Tindakan SBN membeli matawang asing dengan CHF untuk menurunkan nilai forex CHF tidak mencapai matlamatnya).
Manakala kerugian yang dialami oleh BNM bukan kerana mengamalkan dasar bank pusat seperti SNB tetapi kerana aktiviti spekulasi iaitu dipercayai kerapkali jual beli matawang (terutama sekali melalui forward purchase contract) untuk mengejar keuntungan -- tidak berhubung kait dengan menstabilkan nilai matawang Ringgit atau meningkatkan jualan ekspot Malaysia. BNM dipercayai membeli matawang asing (bukan Ringgit) yang mereka jangka akan meningkat nilainya (seperti kita beli saham).
Samada BNM pernah juga mengamalkan aktiviti kontra (beli dan jual tanpa menggunakan modal), kita perlu tunggu hasil siasatan RCI. Pada pendapat peribadi saya, kalau benar berlaku, boleh menjurus kepada kesalahan jenayah (criminal negligence) walaupun tiada unsur penipuan.
MAKA kerugian BNM tidak boleh disucikan dengan alasan SNB juga mengalami kerugian. SNB ikut SOP mereka tetapi BNM (disyaki) melanggar polisi dan peraturan kerana mengejar keuntungan melalui aktiviti spekulasi yang melampau.
(ii) PERBANDINGAN KERUGIAN BNM DENGAN KERUGIAN BANK OF ENGLAND (BOE) -- BLACK WEDNESDAY
BOE pada masa itu adalah salah sebuah negara Eropah yang matawangnya GBP (atau Pound Sterling) termasuk dalam ERM (Exchange Rate Mechanism). Ahli2 ERM telah bersetuju untuk memastikan nilai matawang negara masing2 tidak melebihi had2 tertentu (within lower and upper limits i.e. a managed float). Secara amnya, bila nilai matawang sesebuah negara mengahampiri had yang ditetapkan, negara yang nilai matawangnya paling kuat akan beli matawang negara yang paling lemah untuk mencapai balik keseimbangan. (Sebagai contoh, bank pusat Jerman jual Deutschmark untuk beli GBP akan menyebabkan nilai DM turun dan GBP naik bila lihat GBP sedang merosot dan menghampiri had yang ditetapkan ERM).
Nilai matawang GBP ketika itu agak lemah maka BOE terpaksa menjual matawang asing untuk meningkatkan nilai GBP. (Nota: Ini adalah keadaan yang terbalik berbanding SNB). Tetapi bank pusat Jerman pula tidak membeli GBP kerana mereka berpendirian GBP perlu terlebih dahulu melalui devaluation. Jerman yakin GBP ketika itu 'overvalued' maka enggan membeli GBP kerana yakin nilai GBP akan merosot. (Ini membuatkan England marah dengan Jerman). Oleh kerana terdesak, BOE naikkan kadar pinjaman untuk menjadikan GBP lebih menarik dibeli/dipegang (kerana membayar kadar pinjaman yang tinggi). Tetapi pada masa yang sama, ia juga pula memberi persepsi akan melemahkan ekonomi UK kerana kadar pinjaman sebelum itu sudahpun tinggi. Kalau terlalu tinggi, orang akan letak duit dalam akaun simpanan/bond, perbelanjaan (consumer spending) akan berkurang dan ramai lagi orang akan menganggur bila perniagaan merosot.
Nak pendekkan cerita, usaha BOE menjadi sia-sia kerana pelabur telah hilang keyakinan terhadap nilai GBP berdasarkan ekonomi UK yang lemah. Antara yang sangat yakin sedemikian adalah tidak lain tidak bukan George Soros. Maka Soros jual 'short' GBP, iaitu Soros jual GBP yang beliau tidak memiliki dengan harga lebih rendah dari harga pasaran seketika itu. Tindakan 'sell short' memberi lebih tekanan terhadap GBP yang sudah lemah. Akhirnya BOE henti segala usaha untuk mempertahan nilai GBP dan mengambil keputusan gantung buat sementara keahliannya dalam kumpulan ERM. Keputusan ini menyebabkan GBP jatuh lagi teruk tetapi membawa keuntungan lebih USD1 billion kepada George Soros dalam jangkamasa pendek. (George Soros made more than USD1bil selling Sterling Pounds he did not have). Akhirnya England menarikbalik GBP dari bakul ERM kerana tidak mampu menampung nilai GBP yang telah merosot melebihi had yang ditetapkan ERM. Kejadian ini dikenali sebagai Black Wednesday.
MAKA kerugian BOE tidak boleh bandingkan dengan kerugian BNM. BOE cuba pertahan nilai matawang GBP berhubungkait keahliannya dalam ERM tetapi BNM cuba jadi pemain forex macam George Soros. BNM mengambil pendirian yang bertentangan dengan George Soros – atau boleh dikatakan BNM cuba melawan George Soros -- dan BNM kalah teruk.
KESIMPULAN
Saya tidak menghukum BNM telah buat gitu gini kerana siasatan masih dijalankan. It is still an ongoing fact gathering exercise. Testimoni saksi-saksi pula bercanggah antara satu sama lain.
Tetapi ia adalah kerana BNM disyaki melakukan kegiatan spekulasi matawang yang melampau yang menyebabkan RCI ditubuhkan, iaitu untuk menyiasat apa sebenarnya dan kenapa berlaku kerugian besar. Kejadian tersebut kemudian memaksa kerajaan mengambil langkah yang drastik untuk menangani kerugian besar melalui pindahmilik saham TNB dan TMB kepada BNM (sebagai modal baru / recapitalisation) serta menutup kerugian melalui jualan saham MAS (dengan keuntungan besar bagi kerajaan) kepada Tajuddin Ramli (di mana TR dakwa dia telah tertipu oleh Mahathir/Daim).
Seperti diulaskan di atas, kerugian forex SNB dan BOE tidak sama dengan kerugian BNM dari segi polisi, peraturan dan niat.
(a) SNB dan BOE tidak jual beli forex untuk mengejar untung urusniaga forex.
(b) SNB jual CHF dan beli matawang asing untuk menurunkan nilai CHF atas dasar CHF tidak melebihi had yang dipersetujui dan untuk pertahan jualan ekspot negara.
(c) BOE jual matawang asing dan beli GBP untuk menampung nilai GBP berdasarkan tanggungjawab mereka berhubungkait keahlian mereka dalam ERM.
(d) Dalam kes SNB dan BOE, tidak timbul persoalan berlaku aktiviti spekulasi. Mereka cuba mempertahankan dasar masing2.
(e) Akhir sekali, SNB dan BOE tidak cuba langsung untuk menutup kerugian forex yang dialami, contohnya, melalui 'creative accounting'.
Kesalahan bukan kerana kerugian semata-mata tetapi kerana BNM melakukan aktiviti spekulasi / judi dan kemudian cuba menyorok kerugian tersebut atau kerugian yang lebih besar dari kabinet dan/atau Parliament. Sementara kita tunggu hasil siasatan samada benar atau tidak itu yang berlaku, janganlah cuba memperbodohkan orangramai kononnya spekulasi adalah aktiviti biasa Bank Negara Malaysia. Ini tidak benar.
- AA -