Khamis, 14 September 2017

Lawatan PM ke Washington DC menyebabkan Rafizi kena sawan babi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyifatkan dakwaan Rafizi Ramli mengenai Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memenuhi jemputan Presiden Donald J. Trump adalah satu kenyataan yang berunsur cemburu.

Menurut beliau, pertemuan tersebut ternyata satu kegusaran kepada pembangkang setelah segala kenyataan buruk yang ditaburkan sebelum ini terbukti hanya fitnah semata.

"Sebelum ini juga pihak pembangkang menerusi Tun Mahathir mengatakan bahawa PM tidak berani ke Amerika Syarikat (AS) dan mungkin ditangkap menjadi satu pembohongan atas dorongan kelangsungan politik murahan mereka.

"Hakikatnya ketibaan PM disambut baik dan diiringi oleh ' Secret Service' di Andrews Joint Air Force Base sehingga ke White House untuk mengadakan pertemuan dua hala kedua pemimpin negara adalah antara layanan cukup istimewa yang diberikan oleh kerajaan AS kepada kepimpinan negara," ujar Irmohizam dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi, dengan jelas itu menunjukkan bahawa kerajaan AS amat menghargai kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib dengan menjemput beliau ke White House seterusnya mengadakan perbincangan bersama.

"Selain itu, ianya juga menjadi satu pengiktirafan dan lambang keakraban hubungan Malaysia dengan negara luar termasuk AS.

"Paling penting pertemuan bersejarah ini seiring dengan sambutan 60 tahun kemerdekaan negara benar-benar membuktikan bahawa keikhlasan PM ingin melonjakkan nama Malaysia ke 20 buah negara teratas dunia menjelang 2050 bagi memenuhi aspirasi beliau terhadap generasi muda Malaysia," katanya. – Media UMNO




Sent from Samsung tablet.