Isnin, 11 September 2017

ORANG GILA KATA HANYA DAP YANG MENENTANG RASUAH

Semakin lama semakin terbukti kata kata  Mat Sabu dulu jika dia keluar PAS dia sudah GILA.

Terbaru Mat Sabu berkata dia kesal dengan "Agamawan" kerana tidak menentang rasuah. Ia merupakan fahaman celaka agamawan dakwa Mat Sabu.

Mungkin maksudnya merujuk kepada ULAMA LUAR BIASA.

Tetapi yang gilanya ialah dia kata hanya DAP  yg menentang rasuah.

Dia tak sebut PAN tetapi hanya DAP.. DAP adalah juara menentang rasuah kata Mat Sabu.

Punya la nak bodek Tokong DAP yang melantik Dia jadi Ahli Lembsgs Pengarah  beberapa syarikat milik kerajaan negeri. Sila rujuk Malaysiakini portal kesayangan khadam DAP.

Mat Sabu kata DAP juara menentang rasuah?

Nak gelak ker nak nangis aku tak tahu. Yang kena dakwa beli banglo murah tu bukan Tokong DAP ker? Yang kena dakwa bagi surat sokong kilang haram tu agama apa..? Bapa ADUN yang adjust duit tu ustazah ker? Itu baru pegang satu negeri.

Dahulu bila ADUN Sekinchan tuduh  Khir Toyo rasuah beli rumah bawah harga pasaran puak-puak depa suruh letak jawatan bila kena pada Tokong depa kata SPRM  bias.

Lihatlah otak khadam yang telah  di brainwash oleh DAP, Mat Sabu istiqamah tetap mengisytiharkan DAP juara memerangi rasuah.

Kalau tak gila mungkin dia mungkin  rasa bahawa rakyat bodoh agaknya boleh terima bulat bulat semua yang dia cakap.

Khadam khadam Pan yang bodoh boleh lah hang tipu.

Cukuplah Mat Sabu, kita hidup pun dah tak lama, janganlah menghasut dan memperbodohkan rakyat jelata untuk jadi GILA macam dia Gila.

Tak Gila kah puak puak-puak ini jika bapa kepala Perasuah dijadikan Ketua.

Dahulu DAP siang malam dok kata Umno adalah Kepala Perasuah tetapi sekarang kepala Perasuah sudah jadi geng.

Kepala Perasuah  sudah jadi suci dek puak-puak yang menggelupur  nak tawan Putrajaya.

Mungkin kepala perasuah sudah belajar cara-cara rasuah sewaktu mula mula depa merampas Selangor.

Dahulu Selangor panas dengan  isu rasuah pasir sehingga menyebabkan hilang satu nyawa akibat jatuh dari menara SPRM Shah Alam.

Sayangnya siasatan rasuah di Selangor tidak diteruskan lagi selepas kematian Teoh Beng Hock atau mungkin sudah selesai dan menunggu hari untuk dibawa ke mahkamah.

Cuba kita imbas kembali kes tuduhan rasuah oleh Pan terhadap kerajaan negeri Kelantan. Husam Musa dan Rafizi Ramli mendakwa PAS terima rasuah RM 90 juta dari Umno dan 1mdb.

Tuduhan rasuah sampai ke London kerana disiarkan dalam Sarawak Report milik Clare Rewcastle Brown. Kini sah ia hanya tuduhan palsu dari Pan.

Pas Kelantan disahkan oleh SPRM bebas rasuah. Jika berlaku kes ia hanyalah atas nama individu.  Samalah tuduhan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional rasuah. Selama 60 tahun merdeka belum ada kes Umno dituduh di mahkamah menerima rasuah.

Dalam mulut Mat Sabu, Rafizi Ramli dan lain-lain Umno perasuah menjadi wirid wajib setiap ceramah politik.

Sudah lah Mat Sabu. Bila nak buat lawatan ke kubur Mat Indera lagi. Pergi buat wayang tongkol kah.  Demonstrasi kah, lagi baik daripada bercakap mengenai rasuah.