Isnin, 18 September 2017
Parti Pembangkang Kena Sawan Babi
Bulan September merupakan bulan yang panas. Ini kerana matahari akan berada tepat di atas kepala. Fenomena ini berlaku setiap tahun pada setiap 21 September dan 21 Mac.
Namun kepanasan tersebut tidak lah seperti kepanasan yang melanda kepada pihak pembangkang.
Kepanasan hingga tahap menggelupur yang pertama ialah apabila Perdana Menteri mendapat jemputan untuk ke Washington DC pada 12 September, mendahului jemputan kepada Perdana Menteri Singapura yang akan ke oval office pada Oktober depan.
Mereka punya jaki sampai sanggup menghantar surat mendesak Trump membatalkan jemputan tersebut. Sewaktu Najib berada di sana selama 3 hari, Rafizi Ramli Lembu punya meroyan dan meraban hingga terpaksa buat video di Youtube untuk kondem lawatan tersebut. Sebelum itu balaci tok wan Mathias Chang telah bercakap selama 40 minit di Youtube untuk memperlekehkan lawatan tersebut, sementara Dap pula sampai membeli wig kuning untuk menghina Donald Trump.
Paling malang ialah mereka terkedu kerana rombongan Najib bukan setakat Washington DC sahaja tetapi sampai ke 10, Downing Street London, jika pembangkang tahu lebih awal Najib akan ke London mereka akan buat bantahan yang sama.
Akhirnya pembangkang jadi bisu kerana kehabisan modal dan energy untuk meneruskan bantahan. Jelas pembangkang terperangkap dengan strategi Najib.
Terkini pada hari Sabtu 16 September 2017 sempena sambutan Hari Malaysia di Sabah tiba-tiba PM mengumumkan akan mengadakan sidang media khas dari PWTC pada jam 4. 40 petang.
Maka sekali lagi puak pembangkang terhenti segala aktiviti untuk fokus kepada sidang media tersebut. Ramailah yang menghantar spy ke pwtc untuk mendapat maklumat yang sahih dan tepat.
Mereka panik kononnya PM akan sesuatu yang besar dan mengejutkan akan berlaku. Ramai yang siapkan ubat sakit jantung di sebelah mereka sebelum sidang media bermula.
Rupanya PM nak umumkan bahawa Tan Sri Muhammad Taib dari parti PKR akan menyertai Umno. Cuba lihat akaun Twitter milik Muhammad Azmin Ali.
Tun Mahathir pun tak terkecuali untuk membuat komen menggunakan Smart phone. Tun mengungkit cerita lama mantan menteri Besar Selangor tersebut, Tun lupa bila kita ungkit sejarah lamanya dia marah kononnya sudah lapuk dan sudah basi.
Sekian.