Jumaat, 22 September 2017

TPM arah pesta gay diharamkan

Serangan bertalu-talu melanda negara. Kalau tak ada jati diri maka hanyut lah anak bangsa kita terutama generasi muda.

Zaman dahulu ancaman ekstrem adalah seperti pop yeh yeh dan kemudiannya festival woodstock, tak ada pesta Gay atau LGBT, dadah plaka atau zombies.

Nampak gaya nya semakin ramai jumlah penduduk semakin banyak masalah yang melanda. Semakin maju rakyat kita semakin kronik ancamannya. Semakin ramai cerdik pandai semakin kreatif pemikiran songsang mereka.

PPBM, PKR dan PAN nampaknya semakin menyokong gerakan ekstrem songsang ini dengan tidak menyatakan pendirian mereka menolak aktiviti LGBT ini. Bagi DAP mereka semua halal, ibarat kata-kata cina tua semua binatang yang belakangnya mengadap matahari dan langit semua boleh di makan.


Mahathir dan Siti Hasmah pun nampaknya sudah boleh mengangkat tangan menyokong aktiviti Gay dan Lesbian dengan turut sama menyertai demo mereka di Jalan TAR Kuala Lumpur baru baru ini.

Tahniah lah kepada DS Dr Zahid yang mengarahkan PDRM mengharamkan pesta tersebut, nampaknya UMNO yang tak elok ini lah yang bertindak mencegah kemungkaran. Parti politik lain masing-masing main tarik tali dan menyelamatkan leher sendiri



21 SEPT: Kerajaan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengharamkan sebuah ‘pesta gay’ yang dipercayai bakal berlangsung di ibu kota pada hujung bulan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung penganjuran acara yang dikenali sebagai ‘White Party’.
“Setakat ini, tiada permohonan permit untuk menganjurkan acara berkenaan diterima oleh polis.
“Jika diadakan, maka itu adalah perhimpunan haram dan saya tak fikir pihak polis akan memberikan kebenaran kerana ia tidak termasuk dalam Akta Perhimpunan Aman,” katanya di Manila, hari ini.
Semalam, beberapa portal berita melaporkan bahawa, acara berkenaan dianjurkan sebagai ‘pemanas badan’ menjelang ‘White Party Bangkok’ di Thailand yang dijangka berlangsung selama tiga hari bermula 28 Disember depan.
Sementara itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya tidak memberikan visa atau kebenaran kepada rakyat asing untuk menghadiri acara berkenaan.
“Kita sedang meneliti nama-nama individu yang terbabit dan meletakkan mereka dalam kategori ‘not to let’.
“Kerajaan juga amat prihatin terhadap semua laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik terhadap penganjuran acara ini,” katanya lagi.