Khamis, 21 September 2017

MADRASAH TAHFIZ SUKAR MENDAPAT KELULUSAN





KENAPA BANYAK MADRASAH TAHFIZ YANG TAK BERDAFTAR?


Assalamualaikum

Ada segelintir masyarakat yang sering memperlekehkan Madrasah Tahfiz yang tidak berdaftar. Namun, tidak ramai yang bertanya, "Mengapa tak dapat pendaftaran?"

Mungkin itulah sikap orang kita, suka menghukum tanpa usul periksa.

Saya adalah pengusaha Madrasah Tahfiz Kg Sempeneh, Batu Kurau, Perak.

Sudah dua kali kami menghantar permohonan Pendaftaran kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Namun kedua-dua permohonan DITOLAK.

Alhamdulillah, prasarana madrasah kami agak lengkap. Almarhum Ayahanda telah meninggalkan tanah yang luas untuk tujuan kegunaan madrasah.

Asrama pelajar lelaki, buat masa ini, mempunyai 4 bilik. Setiap satu berukuran 30 kaki x 20 kaki dan mempunyai 2 pintu. Hanya 16 orang pelajar ditempatkan di dalam setiap bilik.

Tukang masak memasak di rumah beliau dan hanya pelajar perempuan dibenarkan memasak nasi di asrama, menggunakan periuk elektrik.

Pendawaian elektrik dilakukan oleh
  1. Kontraktor TNB dan 
  2. Penuntut pendawaian dan diperiksa semula oleh guru pendawaian elektrik Kolej Vokasional Taiping.

Jumlah pelajar untuk setiap ustaz atau ustazah tidak akan melebihi 15 orang.

Kami tidak mendapat kelulusan pendaftar kerana kami hanya mengajar hafazan dan tidak mengajar mata pelajaran sekolah menengah.

Itulah syarat daripada pihak Jabatan Agama Islam Perak.

Masih ingat lagi, kata-kata Pegawai berkenaan kepada saya, "Macam mana nak kerja kalau tak de SPM".

Saya telah meminta Naib Canselor UNISEL Prof Madya Zainal Abidin Bin Idam dan En Nordin (orang kuat program FAST TRACK", program meng SPM kan graduan tahfiz di UNISEL) memberi penerangan mengenai lebih elok fokus akan hafazan dahulu, kemudian buatlah SPM kepada pihak Pejabat Agama Islam Perak.

Namun pihak yang bertanggung jawab masih mahukan kami mengajar subjek teras di madrasah.

Bayangkan kos untuk menggaji guru-guru untuk mengajar subjek teras.

Alangkan ramai pelajar di MRSM ULUL ALBAB pun terhegeh nak habiskan hafazan dan dapat result yang cemerlang dalam SPM, inikan pelajar yang tak secerdik pelajar MRSM.

Telah terbukti, kualiti hafazan pelajar di madrasah yang hanya memfokuskan hafazan jauh lebih elok berbanding dengan yang menekankan kedua-dua aliran.

Malah, sudah ada cara mengambil SPM selepas menjadi hafiz.

  1. Apa yang boleh kami buat.
  2. Tak dapat pendaftaran la jawabnya.
  3. Salahkah kami kerana tak mendapat pendaftaran?
SEKIAN...Dr Azhar Zuhdi