Rabu, 25 Oktober 2017

GST Tindakan Tidak Popular Tetapi Memberi Impak Positif Kepada Negara

GST adalah sistem percukaian alaf baru yang terbaik dan diguna pakai oleh lebih 160 negara dan semakin bertambah jumlahnya.

Mengikut sistem lama kebanyakan negara bergantung kepada cukai pendapatan bergaji dan cukai perniagaan, selain daripada cukai eksais dan sebagainya.

Ketirisan sistem cukai lama sememangnya jelas dan tidak lagi efisien kerana mudah di manipulasi oleh golongan peniaga.

Dengan pelaksanaan GST cukai perniagaan menjadi lebih telus dan dapat mengurangkan ketirisan dan penipuan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berkata GST berjaya memungut hasil cukai tidak langsung sebanyak RM27.31 bilion sejak GST di laksanakan nulai 1 April 2015 sehingga 8 Mei  2015.

Dengan terlaksananya GST maka beban pembayar cukai dari pendapatan bergaji dapat dikurangkan. Tak kan oleh orang gomen tak setuju kut.  Hari ini jumlah pembayar cukai tak sampai 2 juta sedangkan penduduk sudah mencapai angka 30 juta

Adalah tidak adil jika mereka yang bergaji dengan kerajaan, badan berkanun swasta saja yang membayar cukai manakala pihak yang berniaga atau bekerja sendiri bebas dari sebarang cukai pendapatan.