Rabu, 25 Oktober 2017

Pencapaian Memberansangkan Dibawah Pentadbiran Najib


Perkara 42 salam ucapan YAB Dato Seri Najib dalam Visi Ekonomi Beliau Untuk Malaysia, Beliau mengumumkan pendapatan perkapita rakyat Malaysia meningkat dengan julat yang membanggakan.

Kena faham betul betul bukan semua pendapatan RM 40 ribu sebulan, ada yang dapat RM 100 ribu sebulan, ada yang sejuta sebulan.

Jika kita rajin merayap dalam internet baru kita tahu semakin ramai rakyat kita yang hidup kaya raya, antaranya ialah anak-anak mantan perdana menteri kita yang memerintah selama 22 tahun. Begitu juga suku sakat beliau ramai tersenarai 40 terkaya di Malaysia.

Kita biasa dengar dari mulut orang kita sering menyatakan " yang kaya bertambah kaya , yang miskin bertambah miskin"

Oleh itu kerajaan dibawah pentadbiran Najib meletakkan satu aras yang disebut B40 dan M40. Laporan Ekonomi 2015/2016 mentakrifkan Kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala  Kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319.

Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan RM8,319.00 dan ke atas. Kumpulan ini kerajaan  kena jaga sebab mereka adalah penggerak ekonomi dan majikan kepada M40 dan B40.

Dalam pembentangan Bajet 2016 dan banyak juga perubahan berlaku dari segi cukai, kenaikan gaji minimum, penambahbaikan kenaikan satu tangga gaji kakitangan awam, pemberian bantuan persekolahan anak-anak  (kini untuk warganegara isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan sahaja). Hasrat perdana menteri ialah pada tahun 2020 pendapatan B40 akan berganda.

Maka akan keluar istilah baru, " yang kaya bertambah kaya, yang miskin disifarkan".

Untuk mengetahui apakah sebenarnya visi dan misi Dato Seri Najib sama-sama lah kita tunggu bajet 2018 yang akan dibentangkan Jumaat ini. 

Semoga memberikan kegembiraan buat 30 juta rakyat Malaysia