Jumaat, 10 November 2017

Istilah Armada Tidak Boleh Digunakan- ROS






Sebelum ini 3 ahli PPBM daripada sayap Armada telah membuat sidang media dan mendedahkan bahawa Armada tidak ada dalam perlembagaan parti PPBM.

Armada buat masa ini adalah dibawah kepimpinan Syed Saddiq.

Justeru, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) untuk jawatan kuasa Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan PPBM.

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, sehubungan itu tindakan PPBM menggunakan Armada adalah melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

“Kesalahan ini berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan. Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenapa ini berlaku?

Jawapannya ialah mereka yang membuat peraturan dan perlembagaan secara tergesa-gesa tanpa memperincikan sehalus-halusnya, Mungkin draf nya tidak pernah dibendangkan untuk di semak oleh kumpulan penaja dan lebih lebih lagi Tun Mahathir.

Dek kerana gopoh dan nak cepat maka mereka tak terpikir ruang untuk orang muda. Agaknya bukan sahaja Armada yang tiada dalam perlembagaan, mungkin juga istilah Srikandi pun tidak ada dalam perlembagaan part