Isnin, 27 November 2017

Isu Undi Belah Bagi Bajet KPDNKK.....KEPALA BAPA HAMPA....



Dewan Rakyat minggu lepas telah meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatan kuasa dengan majoriti hanya satu undi. Bajet peringkat jawatan kuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 ahli menolak. Mereka yang menolak sudah semestinya daripada Dap, Pkr dan Pan.

Pembangkang tidak berpuas hati sehingga membuat sidang media menuduh Timbalan Speaker Dato Seri Ronald Kiandee menipu dengan sengaja.

Hari ini Isnin pihak Dap awal-awal pagi sekali meminta jawapan mengenai bantahan mereka mengenai undi belah bagi dan jawapan telah diberikan oleh speaker pada sesi petang. Namun mereka tidak berpuas hati dengan jawapan kepada soalan MP Puchong. Perdebatan terus mengaitkan undang-undang dan peraturan dewan di United Kingdom dan sebagainya. 

Seperti biasa lah mereka akan mempertikaikan keputusan Speaker dan Timbalannya dan bertikam lidah dengan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 2.30 petang tadi.

Ini lah perangai buruk pembangkang terutama Dap yang hipokrit. Dap dan sekutu mereka sepatutnya tidak menyalahkan speaker dan kerajaan kerana mereka kalah 1 undi. Sepatutnya mereka menyalahkan diri dan parti mereka sendiri kenapa MP pembangkang ponteng sidang. Mereka sepatutnya memaki hamun geng mereka yang gagal hadir ke dalam dewan. 

Isu ini samalah dengan politik di Perak apabila 3 adun pembangkang hilang kepercayaan kepada Nizar Jamaluddin dan Ngeh Koh Ham menyebabkan mereka keluar parti dan menyokong kerajaan,
3 sahabat sehati sejiwa pembangkang Perak iaitu Nizar Jamaluddin , Nga dan Ngeh masih menyalahkan BN kerana melakukan rampasan kuasa. 

Kalau rampasan kuasa sudah tentu beberapa orang ahli Dap, Pas dan Pkr kena tembak atau cedera dalam rampasan kuasa. 

Ini lah sifat pembangkang, mereka yang tidak sehaluan dan tidak bersatu hati, bila berlaku perpecahan dengan mudah menyalahkan UMNO BN.

Agaknya lah bila Adun Pas Kedah keluar Pas dan menyertai PPBM pun salah UMNO BN.  Mahfuz Omar  hari ini dok mengepak dengan Pakatan Harapan pun salah Umno.  Ainina keluar Bunga pun salah Umno.

Jika begitulah perangai hampa....nah sebiji........KEPALA BAPAK HAMPA....




Speaker Dewan Rakyat berkata jumlah Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam undi belah bahagi 20 November lalu seramai 51 orang dan bukan 52 yang didakwa pembangkang.

Ini kerana ketua pengundi Blok E tempat duduk wakil rakyat, G Manivannan (PKR-Kapar), gagal menandakan undian Julian Tan Kok Peng (DAP-Stampin).

“Beliau juga telah mengesahkan jumlah tersebut dengan menandatangani senarai und belah bahagian bagi blok tersebut,” kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengusulkan speaker mempertimbangkan semula jumlah undi Ahli Parlimen yang tidak menyokong RUU Perbekalan 2018 untuk KPDNKK.

Gobind turut mendakwa Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah melakukan kesalahan kerana mendekati meja setiausaha Dewan Rakyat semasa proses pengundian.

Menjawab dakwaan itu, Pandikar memberitahu Dewan Rakyat bahawa Dr Mohd Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) juga melakukan perkara yang sama, namun beliau memutuskan tindakan mereka itu tidak menjejaskan proses pengundian.

Mengenai pertikaian wakil rakyat yang lewat masuk ke Dewan Rakyat tetapi dibenar menyertai proses pengundian, Pandikar memutuskan Peraturan Mesyuarat 47(3) membenarkan tiap-tiap ahli hadir untuk mengundi.
RUU Perbekalan 2018 untuk KPDNKK diluluskan dalam suasana kecoh di Dewan Rakyat, dengan perbezaan hanya 1 undi, 52 undi menyokong, 51 undi tidak menyokong dan 3 tidak mengundi.

Keputusan yang diumumkan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee itu mengundang kemarahan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mendakwa berlaku penipuan semasa pengundian.

Walaupun deringan loceng yang berbunyi selama 2 minit sudah tamat, masih ada Ahli Parlimen BN berlari masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mengundi.