Jumaat, 1 Disember 2017

Keluhan Zuraida bercanggah dengan Azmin Ali

Jika kita rujuk kepada ceramah Dato seri  Azmin Ali menteri besar Selangor semasa lawatan politik ke Johor ternyata dakwaan  Zuraida amat lah berlawanan. 

Azmin menyatakan rakyat Selangor hidup lebih terjamin dan terbela sejak 2008 setelah rakyat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri iaitu kerajaan Pkr. 

Menurut Azmin rakyat Johor hidup susah kerana harga barang naik. Caj air mahal berbanding Singapura,  rakyat Johor Kena undi Pakatan dan jadikan Umno seperti Selangor yang berjaya menghapuskan Umno,  Umno Selangor ini sudah tiada,  yang hidup hanya 2 orang sahaja lagi, seorang NAMA Noh Omar dan seorang lagi nama Jamal.

Rakyat Selangor dari lahir sehingga mati dibantu oleh Pkr.  Anak lahir dapat duit, sakit dapat rawatan dengan adanya program peduli sihat, warga emas dapat elaun bulan bulan, bukan macam BR1M yang dapat beberapa sen sahaja sehari. 

Ceramah Azmin boleh ditonton melalui Youtube,  Zuraida pula kata 15 % rakyat susah,  miliki simpanan wang yang amat sedikit. Nampak sangat ada percanggahan antara mereka berdua.