Selasa, 30 Januari 2018

_Berikut adalah transkrip Wawancara Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak (Siri 3)

*JASA UPDATE*
_30 Januari 2018_

*Bicara 4 Mata bersama Perdana Menteri*

_

_*PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR*_

*AZNIL:* Rakyat kita juga boleh dikatakan melihat sesuatu yang dilakukan oleh Datuk Seri menggunakan dana yang besar dalam membangunkan infrastruktur seperti MRT, HSR, ECRL, Pan Borneo. Projek-projek ini memerlukan perbelanjaan yang luar biasa tingginya. Bolehkah kita bina semuanya, yang kos besar dan tidakkah membebankan rakyat pada akhirnya?

*PERDANA MENTERI:* Tidak. Ia akan merangsangkan ekonomi. Bila kadar pertumbuhan ekonomi lebih tinggi, ia akan memberi banyak faedah kepada rakyat.

Yang kedua, bila kita bina infra rakyat, ia memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak kita. Anak-anak kita, ratusan ribu setahun keluar univerisiti dalam dan luar negara. Takkan semua nak kerja dengan kerajaan.

Bila kita buat projek MRT, cuba tengok siapa yang buat kerja itu. Saya sudah pergi tengok, saya tengok anak muda kita. Ada yang datang dari kampung, dapat peluang. Dia keluar (universiti) sebagai jurutera, dia hendak kerja di mana? Takkan semua hendak kerja dengan JKR. Jadi kita buat projek macam ini, mereka dapat peluang bekerja dengan MMC, Gamuda, subkontraktor yang lain.

Lepas itu produktiviti negara kita, kalau kita tersangkut dalam kesesakan jalan raya hari-hari, kita marah pada kerajaan juga. Produktiviti kita terjejas. Kalau tiga jam pergi kerja, tiga jam waktu balik, satu hari enam jam. Kalau orang tengok, orang akan perlekehkan Malaysia dan macam nak kata kita menjadi negara maju.

Jangan lupa pencemaran udara. Ada bandar-bandar di mana kita kena pakai _mask_ pada bulan-bulan tertentu. Satu, dua bulan kena pakai _mask._ Tetapi tengok udara kita bertambah baik.

_*PERUMAHAN MAMPU MILIK*_

*AZNIL:* Apa sebenarnya rumah mampu milik sebab dikatakan kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat sedangkan masih ramai tidak mampu lagi.

*PERDANA MENTERI:* Kita kena sediakan lebih banyak rumah yang sesuai. Bila kata rumah mampu milik, kita ikut pada kemampuan. Kalau pendapatan B40, RM3,000 ke bawah, jenis rumah mampu milik sudah tentu tidak sama kalau kita M40.

Kalau kita M40 dalam kategori RM300,000 ke bawah. Tetapi kalau kita dalam kategori B40, dalam RM70,000, RM60,000 itulah kemampuan kita. Kerajaan akan perbanyakkan rumah mampu milik dan saya lihat sudah banyak pun berjalan, masih banyak lagi (diperlukan) tetapi masalahnya hendak dapatkan tanah. Sebab tanah di bandar mahal. Kita hendak dapat tanah dengan harga minimum, lebih mudah kita bina rumah mampu milik terutama sekali untuk B40.

Rumah PPR kita umpamanya cukup banyak subsidi. Sebab bayaran kita RM35,000 sedangkan kos sebenarnya sampai RM140,000. Maknanya satu unit, lebih RM100,000 yang merupakan subsidi kerajaan.

*AZNIL:* Kita lihat secara kasar ialah menyediakan punca kewangan untuk mereka memiliki rumah dan juga cara untuk mereka memiliki secara pinjaman disenangkan, dilunaskan, dilihat _tools_ untuk memiliki rumah itu dimudahkan lagi. Adakah itu juga dilihat oleh kerajaan dalam membantu mereka memiliki rumah?

*PERDANA MENTERI:* Ya memang kita tengok dari segi pinjaman yang boleh diperolehi dari institusi kewangan dan juga skim pinjaman kerajaan dan sebagainya. Ia tertakluk kepada kemampuan kita dari segi had maksima pinjaman berdasarkan pendapatan kita. Jadi kalau kita dalam lingkungan yang boleh diluluskan, bank memang meluluskan. Tetapi kalau lebih daripada kemampuan kita bayar balik, itu yang kadang-kadang tersangkut dari segi kelulusan.

_*[Bersambung]*_