Sebelum Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir meluluskan lesen judi kepada Vincent Tan dan meluluskan juga pembinaan Jambatan bengkok di tambak Johor.
Walaubagaimana pun apabila Tun Abdullah menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah membatalkan lesen judi itu dan juga tidak meneruskan projek jambatan bengkok tersebut .
Tun Abdullah yang mempelupuri Islam hadhari semestinya menolak lesen judi itu dan bagi jambatan bengkok di tolak oleh Tun Abdullah kerana Tun tidak mahu menerima permintaan pihak Singapura bagi membenarkan ruang udara Malaysia untuk latihan kapal tentera udara Singapura walaupun mengikut rekod Mahathir pernah bersetuju membenarkan ruang udara Malaysia itu kepada pihak Singapura.
Juga Tun Abdullah menolak penjualan pasir Malaysia ke Singapura. Alasan ketiga ialah nasihat daripada Peguam Negara bahawa tidak mungkin kita dapat melaksanakan pembinaan Jambatan bengkok itu tanpa persetujuan pihak Singapura.
Mahathir mula menyerang Tun Abdullah sehinggalah Barisan Nasional kalah di 5 Negeri dan memaksa Tun Abdullah meletak jawatan.
Apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri, Mahathir mengharapkan lesen judi dan projek Jambatan bengkok di teruskan termasuk permintaan Mahathir untuk Kerajaan menyuntik dana kepada Proton yang di miliki oleh DRB Hicom .
Bila DS Najib tidak mengikut kehendak Mahathir tentang Isu di atas dan kekalahan Mukhriz untuk mendapat tempat sebagai Naib Presiden UMNO , Mahathir mula merancang untuk menjatuhkan DS Najib dengan memulakan kempen memburuk-burukkan Perdana Menteri pada secara terancang .
Mahathir mengunakan rakan-rakannya seperti Tun Daim , Zainuddin Mydin , Kadir Jasin , Sanusi Junid untuk menyerang DS Najib .
Rancangan ini di katakan bermula pada awal tahun 2014 dan Mahathir menamakan sebagai Menyelamatkan Malaysia.
Mahathir mula memburuk-burukkan Negara dan menfitnah DS Najib dengan fitnah yang begitu buruk sekali.
Di luar Negara Mahathir menyerang DS Najib dengan mengunakan Serawak Report dan Wall Street Journal (WSJ ) yang berkait dengan Claire pemilik Serawak Report.
Mahathir dapat menyakinkan puak-puak pembangkan bahawa serangan keatas DS Najib adalah perjuangan yang akan menyelamatkan Malaysia dari kehancuran dan menjadi bangkrap.
Pelbagai fitnah di cipta dan berita di putar belitkan oleh Serawak report dan WSJ . Kononnya Negara ini mengamalkan dasar yang membenarkan pemerintah mencuri duit Negara sebagai Negara Kleptocracy .
Tun Daim turut menyerang DS Najib dengan mendakwa DS Najib bukan seorang pemimpin yang baik dan akan menyebabkan Negara ini bangkrap dan sebagai bukti Negara akan ke arah kehancuran apabila Ringgit jatuh dan Ringgit akan jatuh bawah Rm4.30/ 1 USD pada akhir tahun 2017 .
Mahathir terang-terang menuduh DS Najib sebagai pencuri dan penyamun. Sistem percukaian GST juga dikatakan sebagai membebankan rakyat dan rakyat di seru bangkit untuk menentang Kerajaan dengan dakyah GST ini akan menyebabkan kehidupan rakyat menjadi sensara dengan bebanan GST .
Hutang Negara di katakan begitu tinggi dan tidak terkawal di sebabkan oleh pengurusan Kerajaan Kleptocracy yang akan mengakibat Negara menjadi Negara yang gagal.
Mahathir mengerakkan Deklarasi Rakyat dengan menghasut rakyat untuk membenci DS Najib dan juga menyeru rakyat supaya menolak Kerajaan Barisan Nasional.
Bagi membuktikan rakyat menolak Kerajaan satu juta lebih tanda tangan di kumpulkan dan di serahkan kepada Yang Di Pertuan Agong.
Isu siasatan Department of Justice ( DOJ ) ke atas sejumlah wang yang di kaitkan dengan 1MDB yang mana mereka menfitnah DS Najib mencuri wang tersebut telah di guna pakai untuk membeli harta , jet , kapal peranginan dan sebagainya. Puak yang berkait dengan Mahathir mereka-reka money trail seolah-olah wang di curi dari 1MDB oleh DS Najib .
Apakah Negara kita akan bangkrap seperti mana yang di dakwa oleh Mahathir dan sekutunya .
Jawapannya jauh sekali . Pertumbuhan ekonomi yang baik tahun lepas dan kini, juga petunjuk peningkatan saham sebanyak 10% tahun lalu di Bursa Saham Malaysia yang tertinggi di Asia dan kenaikan Ringgit di bawah paras Rm3.96/ 1USD jelas memberi petunjuk pengukuhan ekonomi Negara dan jauh sekali dari menjadi bangkrap.
Sebenarnya Malaysia tidak akan bangkrap jika kita berpandu pada sejarah di mana pada Tahun 90an nisbah hutang Negara pada ketika itu ialah 103% .
Sekarang ini nisbah hutang Negara ialah 50% . Di masa nisbah hutang Negara kita 103% kita tidak bangkrap apakah apabila nisbah hutang Negara kini 50% kita akan bangkrap?
Berkaitan dengan sistem percukaian GST sebenarnya tidak akan membebankan rakyat bawahan kerana segala keperluan asas seperti makanan tidak kenakan GST begitu juga bidang pendidikan dan kesihatan .
Sebenarnya pada tahun 2014 dengan sistem SST , Negara dapat mengutip cukai sebanyak Rm 14.5 billion sementara pada tahun 2016 apabila kita mengunakan GST , Negara dapat mengutip Rm42 billion .
Bayangkan berapa banyak ketirisan cukai yang di sembunyikan oleh perniaga-perniaga dapat di bendung. Dengan dana kutipan cukai GST inilah Kerajaan dapat menyalurkan balik kepada pembagunan dan perkhimatan pada rakyat seperti hospital , jalanraya , sekolah-sekolah dan sebagainya.
Apakah DS Najib terlibat dalam mencuri wang 1MDB. Jawapannya tidak sama sekali .
Sebenarnya cerita itu di putar belit oleh Serawak Report dan WSJ dan puak2 Pakatan Haprak yang di siasat oleh pihak DOJ bukanlah wang 1MDB. DS Najib telah mengarahkan siasatan di buat oleh PAC yang juga diangotai oleh wakil dari parti pembangkan dan hasil siasatan mendapati 1MDB tidak mengalami kehilangan wang satu sen pun .
Ini telah dinyatakan sendiri oleh Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw dari parti DAP . Pengeritik hebat 1MDB dari DAP , Tony Pua juga merupakan angota PAC .
Wang yang di kaitkan dengan 1MDB yang di siasat oleh DOJ itu adalah wang milik Jho Low . Jho Low adalah seorang yang mempunyai kepentingan perniagaan di Abu Dhabi . Jho Low merupakan kenal Riza Aziz anak tiri DS Najib .
Sebagai seorang ahli perniagaan Jho Low yang berurusan dengan PetroSaudi telah memperkanal syarikat PetroSaudi itu kepada pihak 1MDB .
Hasil daripada perbincangan perniagaan di antara 1MDB dengan PetroSaudi satu perjanjian usahasama pelaburan di tanda tangani dan sebagai memenuhi syarat perjanjian 1MDB membayar PetroSaudi sebanyak USD 1 billion dimana di atas arahan PetroSaudi sebanyak USD700 juta di bayar kepada Goodstar syarikat milik Jho Low yang beribu pejabat di Hong Kong .
Walaubagaimana pun perjanjian usahasama telah di tamatkan dan PetroSaudi telah memulangkan wang pelaburan 1MDB sebanyak USD 1 billion.
Bermakna wang USD700 juta itu bukan milik 1MDB dan siasatan DOJ itu tiada kaitkan dengan 1MDB atau MO 1 tetapi milik Jho Low. Juga ini mengesahkan bahawa tidak ada langsung bagi 1MDB kehilangan wang .
Tanda tangan sebanyak 1 juta lebih yang di serahkan oleh Mahathir kepada AlMarhum Yang Di Pertuan Agong ternyata palsu.
#MediaTheRakyatABATA