Sabtu, 3 Februari 2018

PARTI BUNGA HANYA MAMPU KUTIP RM320 RIBU SAHAJA DALAM JAMUAN AMAL



Jutawan IJM Koon Yew Yin pernah menawarkan sumbangan RM30 Juta kepada MCA untuk membina Asrama pelajar di UTAR Kampar Perak tetapi tawaran tersebut ditolak oleh MCA.  Penolakan tersebut mungkin kerana sumbangan tersebut ada udang di sebalik batu.

Kemudian beliau beralih ke Pulau Pinang dengan menawarkan RM50 juta untuk projek pembinaan asrama berhampiran USM. Sebagai balasan beliau memperolehi tanah seluas 1.5 ekar. Bagaimana pun  usahanya untuk membangunkan tanah tersebut terencat kerana pertindihan hak milik dan kini kes di sebut di mahkamah.

Tahun lepas IJM mencatat keuntungan sebelum cukai melebihi RM180 juta tetapi hanya memberi sumbangan RM200 ribu sahaja kepada PPBM. Apakah RM200 ribu itu hanya untuk sewa dewan dan bayaran untuk jamuan makan malam amal?

Rasanya Koon Yew Yin kurang yakin dengan prestasi PPBM maka beliau hanya sumbangan kecil sebagai tanda kawan lama kepada Mahathir.

 


Sebuah motosikal jenis Modenas milik Tun Dr Mahathir Mohamad dibida dengan harga RM10,000 dalam satu majlis makan malam amal anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi.

Bidaan motosikal merupakan antara barangan lelongan yang berjaya mengumpul dana sehingga RM320,000 pada makan malam yang diadakan di Hotel Kinta Riverfront Ipoh.

Selain itu, lelongan sebuah kereta import Mini Cooper S sumbangan ahli parti juga berjaya mendapat bidaan untuk RM70,000 pada majlis itu yang dikendalikan pengacara terkenal tanahair, Maria Tunku Sabri.

Kemuncak bidaan adalah persembahan nyanyian mantan Perdana Menteri Malaysia dengan lagu pilihan beliau ‘My Way’ yang dipopularkan oleh Frank Sinatra yang mencecah sehingga RM 10,500.

Selain itu,PPBM turut menerima sumbangan dana peribadi daripada pengasas IJM Corp dan Gamuda, Koon Yew Yin yang menyampaikan sebanyak RM200,000 dalam acara tersebut.

Sementara itu, Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli parti memastikan misi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional menjadi kenyataan bagi membolehkan parti itu mengembalikan status Malaysia sebagai the ‘Asian Tiger’ atau Harimau Asia.

“Kita perlu tunjukkan kebolehan kita,kita telah tunjuk apabila kita diperintah dengan baik. Sehingga kita dikenali sebagai “the Asian Tiger’. Kita tahu kita boleh lakukan sekiranya pemimpin yang ada sekarang ditumbangkan,” katannya.

“Kemampuan itu tidak terhad kepada zaman itu sahaja, kita juga mampu pada zaman ini sebab itulah kita perlu tunjukkan kemampuan kita untuk kembali semula, mencapai taraf Asian Tiger,”katanya dalam ucapan beliau.

Tambahnya, dunia hari ini bukan lagi berpaksikan kepada euro-centric atau tertumpu kepada Eropah sebaliknya berpusat kepada Asia.

Jelasnya, ianya merupakan satu pemangkim untuk mengejar kemajuan dan menjadi sebahagian daripada negara Asia pada hari ini.

Turut hadir dalam majlis makan malam amal itu, Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.