Sabtu, 31 Mac 2018

Azmin Ali Lepas Geram Dalam Sidang Dun.



Ketika Mahathir, Mat Sabu dan lain-lain penceramah PH menuduh perdana menteri DS Najib Razak sebagai perompak, pencuri, penyamun dan bermacam-macam lagi tuduhan.
Tanah di Jalan Pinhorn yang bernilai tinggi.

Mereka terlupa untuk menyebut tentang kes tanah Ijok yang melibatkan pemimpin PH. Mereka juga terlepas pandang kes terowong bawah laut di Pulau Pinang dan kes pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn Pualau Pinang.

Antara ketiga-tiga kes yang melibatkan pemimpin besar dalam PH, kes tanah Ijok yang paling panas. Kes panas bermula dengan tawaran Eco World untuk mendapatkan tanah bagi projek perumahan mewah namun menurut CEO Eco World tanah tersebut masih dalam sebutan mahkamah dan mereka akan berunding dengan kerajaan Selangor bagi mendapatkan tanah tersebut.

Dalam Sidang Dun baru baru ini menteri besar Selangor dengan penuh emosi cuba menyalahkan Umno kononnya mengheret SPRM . Lihat kronologi pembongkaran skandal tanah di bawah;



Lebih ramai peneroka di mukim Ijok bakal menyaman Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri berhubung penjualan 880 hektar tanah di kawasan itu, kata seorang peguam.

Menurut peguam yang mewakili peneroka, Datuk Ahmad Kamarudin, setakat hari ini seramai 250 peneroka telah menyertainya dan angka itu dijangka meningkat kepada 500 orang selepas pihaknya mengadakan sesi penerangan isu Ijok di Tanjong Karang dalam tempoh terdekat.

“Ekoran tindakan saman peneroka pada 13 Mac lalu, makin ramai peneroka bangkit dan berani menampilkan diri untuk menuntut hak mereka.

“Sebelum ini mereka tidak sedar ada unsur kecuaian dan penipuan dalam penyelesaian itu serta tidak berani kerana bimbang kehilangan hak mereka,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Sebelum ini, seramai 113 peneroka Ijok yang tidak berpuas hati telah memfailkan saman terhadap Azmin dan lima defendan lain, antara lain, untuk menuntut pampasan lebih tinggi dibayar berdasarkan nilai semasa tanah mereka.

Ini di sebalik perjanjian penyelesaian yang dicapai dengan pemaju swasta yang melibatkan pampasan wang tunai RM180,000 dan sebuah rumah yang bernilai sekurang-kurangnya RM500,000 untuk setiap peneroka.

Kumpulan peneroka yang menyokong penyelesaian itu hadir di Dewan Undangan Negeri Selangor pada Isnin lal. Mereka mendakwa 863 daripada 981 peneroka telah menandatangani perjanjian berkenaan.

BN menjadikan urus niaga RM1.18 bilion di Ijok itu sebagai isu dan mempersoalkan mengapa pampasan yang diberikan sebegitu kecil berbanding nilai jualan tanah. Mereka juga mempertikaikan mengapa perkara itu diselesaikan sebelum menjalani proses undang-undang yang wajar di Mahkamah Persekutuan.

Jawapan kerajaan negeri, antara lain, adalah keputusan penyelesaian di luar mahkamah dicapai sebagai penyelesaian menang-menang bagi semua pihak yang terlibat.