Sabtu, 24 Mac 2018

Kadar Inflasi Negara Turun Sejak GST Dilaksanakan - Najib


Malam tadi seluruh negara dapat melihat sendiri bagaimana pelaksanaan GST berjaya memberikan impak yang baik kepada negara terutama rakyat semua peringkat.

Sejak Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pentadbiran daripada Pak Lah, beliau dengan penuh yakin dan berani melaksanakan sistem percukaian baru walaupun sedar ianya akan mendapat kritikan hebat daripada pihak pembangkang.

Selain itu Najib juga sedikit demi sedikit mengurangkan subsidi yang selama ini menguntungkan mereka yang kaya. 

Hasil daripada perlaksaan GST dan pengurangan subsidi, hasil perolehan daripada kedua-dua sumber dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai kaedah. Antaranya pemberian BR1M, Subsidi perubatan terus kepada rakyat, pendidikan percuma, bantuan khas rakyat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat  dan lain-lain agensi.

Hasilnya bantuan kerajaan ia dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan

Bukti yang jelas sejak Najib mentadbir negara berbanding dengan era Mahathir, kuasa membeli rakyat semakin meningkat.



Kenaikan harga barang bukanlah berpunca daripada pelaksanaan cukai GST semata-mata, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya jelas beliau, kerajaan telah memilih kaedah yang terbaik di dalam melaksanakannya seperti mengecualikan sebanyak 578 item daripada dikenakan cukai tersebut.

Selain itu sejak GST mula diperkenalkan, kadar inflasi negara juga telah jatuh kepada 1.4% setakat bulan Februari tahun ini.

“Apa yang saya nak sebut di sini, dalam sejarah negara kita, kadar inflasi mencapai tahap tertinggi pada tahun 1998 dan 2008, iaitu sebelum GST diperkenalkan.

“Umpamanya pada Julai 2008, inflasi kita mencecah 8.4%. Sejak GST diperkenalkan, kadar inflasi dicatatkan pada tahap 2.1% pada tahun 2015, 2.1% pada tahun 2016, 3.7% pada tahun 2017.

“Pada bulan Februari tahun ini kadar inflasi jatuh kepada 1.4%. Jadi kalau nak kata kerana GST (harga barang naik), itu tidak benar. Takkanlah harga ikan kembung naik kerana GST? Sebab ikan kembung tiada GST,” katanya.

Justeru itu katanya, pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu sebenarnya tidak berasaskan kepada fakta yang benar.Beliau berkata demikian pada sesi dialog Laporan Transformasi Negara 2017, malam ini.

Jelas Najib lagi, kerajaan menyedari keputusan untuk melaksanakan cukai GST ini bukanlah keputusan yang popular dan mempunyai ‘political cost’ (kesan politik).
Namun begitu tegasnya, kerajaan sanggup untuk menghadapi kesan tersebut kerana percaya ia adalah perkara yang sepatutnya dilakukan dan akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat dan negara ini untuk jangka masa panjang.