Sabtu, 24 Mac 2018

Dalang & Pihak Asing Semakin Rakus Tuntut Campurtangan PRU14



1. Hari ini media pro-pembangkang telah menyiar kenyataan Progressive Alliance (PA) yang mendakwa wujudnya "ketidaksamaan sosial, politik dan ekonomi". PA juga menggesa kerajaan membenarkan pemerhati dari luar negara untuk memantau PRU14 nanti.

2. Kewujudan PA atau mana-mana pihak asing adalah satu perkara yang lumrah menjelang pilihanraya umum negara. Walaubagaimanapun, portal pro-pembangkang gagal melaporkan atau sengaja menyembunyikan 2 perkara yang sangat penting iaitu:

*I) Salah satu daripada parti politik yang terlibat dengan Progressive Alliance adalah parti DAP.*

*II) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan ahli lembaga Progressive Alliance!*

3. Kita menggesa agar Lim Guan Eng tampil ke hadapan dan menjelaskan perhubungan beliau dengan satu pertubuhan yang telah mengecam negara Malaysia.

4. Selain beberapa pemimpin negara yang berideologikan sosialis demokrat, *majoriti daripada parti dalam Progressive Alliance merupakan parti pembangkang di negara masing-masing!*

5. Kaitan DAP dengan PA ini menunjukkan bahawa Progressive Alliance adalah satu pertubuhan yang tidak bebas, berat sebelah dan bermotif untuk sengaja mencari salah kerajaan negara yang sah dipilih oleh rakyat.

I) *PA berkemungkinan besar hanya mendapat input serong dan salah daripada parti DAP,*

II) Turut mengejutkan ialah agenda yang diperjuangkan oleh Progressive Alliance. Bukan sahaja ideologi Sosialis Demokrat, yang paling jelas ialah *PA memperjuangkan 'hak' Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT) dan mereka menganggap bahawa kerajaan Malaysia tidak demokratik kerana menidakkan golongan LGBT ini.*

6. 2 perkara penting ini sudah cukup untuk rakyat menggesa agar Suruhanjaya Pilihanraya dan kerajaan Malaysia tidak melayan sebarang permintaan daripada Progressive Alliance untuk masuk campur di dalam PRU14 nanti.

7. Tambahan pula, pemerhati-pemerhati asing turut hadir membantu memantau proses pilihan raya umum sebelum ini. Maka pembangkang tidak ada alasan kononnya pilihanraya umum tidak dipantau oleh pemerhati asing. Begitu juga perjalanan pilihanraya yang turut dipantau oleh wakil parti-parti yang akan bertanding kelak.

8. Jika benar PRU tidak bersih, Pakatan pembangkang tidak mungkin akan menang negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Azmin Ali tidak mungkin menjadi Menteri Besar Selangor dan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

9. Malah yang menghuru-harakan pilihanraya umum adalah pihak pembangkang sendiri dengan pelbagai fitnah jijik yang tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini seperti 40,000 orang Bangladesh yang kononnya mengundi pada PRU13. Begitu juga dengan berita 'blackout 505' yang hanya merupakan satu lagi fitnah jahat pembangkang.

10. Kita juga tidak akan lupa dengan kes Nurul Izzah telah mengaku bersalah mengeluarkan kenyataan fitnah jijik dan palsu terhadap Raja Nong Chik, sehari sebelum PRU 13.

11. Menjelang PRU14 ini, kita tidak akan terkejut jika pihak pembangkang sudah merancang serta akan menabur fitnah seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Kita tunggu dan lihat.