KAMARUL ZAMAN YUSOFF |
Kebebasan akademik adalah kebebasan untuk menyatakan pendapat berasaskan keilmuan dan bidang akademik yang diajar bukannya kebebasan untuk memutar belit fakta, tegas Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah (Kanun), Wan Anwar Wan Ibrahim.
Menurutnya, kebebasan bersuara yang merupakan kebebasan asasi seperti diperuntukkan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan bersifat tidak mutlak dan terikat dengan undang-undang.
“Contoh kebebasan akademik yang disekat adalah seperti yang berlaku kepada Prof Dr Azmi Sharom yang didakwa di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948 kerana artikelnya yang bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu) pada 14 Ogos 2014,” ujarnya.
AZMI SHAROM |
“Kanun tidak bercadang untuk menjawab bagi pihak Dr Mujahid atas segala putar belit fakta yang dibuat olehnya kerana Kanun percaya Dr Mujahid mampu dan berkebolehan membalas putar belit itu sendiri.
Dr Kamarul dalam catatannya di media sosial itu turut menyatakan hairan apabila didapatinya Dr Mujahid tidak konsisten dengan tujuan penubuhan Amanah.
Sehubungan itu, Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional berpendapat Dr Mujahid berhak untuk menyaman Dr Kamarul jika beliau berpendapat Dr Kamarul telah melampaui batasan fitnah.
“Kadang-kala tindakan undang-undang perlu diambil ke atas mana-mana insan yang berterusan melemparkan fitnah. Hanya tindakan undang-undang sedemikian yang mampu menghentikan perbuatan fitnah itu.
“Kanun menyatakan bahawa antara sekatan dalam kebebasan bersuara adalah sekatan daripada membuat fitnah (libel and defamation).
“Sekiranya seseorang itu melemparkan kata-kata tidak benar yang menjatuhkan reputasi seseorang yang lain di mata orang awam maka ianya akan menjadi suatu fitnah,” jelas peguam itu lagi.
Beliau turut menyifatkan Dr Kamarul sendiri tidak mengamalkan apa yang disebutkan apabila memberitahu tergelak melihat bahasa yang Dr Mujahid gunakan sebagai betapa ‘progresif’ dan ‘terbuka’nya Dr Mujahid.
“Kanun hairan bagaimana dalam satu tulisan yang sama seorang ‘ahli akademik’ lulusan Ph.D seperti beliau boleh membuat u-turn selang beberapa baris sahaja dengan mengatakan Amanah sebagai ‘parti jumud’. Elok sangatkah perkataan ‘jumud’ itu?
“Bukankah persepsi itu yang ingin dibina oleh Dr Kamarul? KANUN setakat ini tidak pernah lagi melihat Dr Kamarul atau UUM menjemput mana-mana pimpinan Amanah untuk berdebat atau berwacana secara terbuka.
“Apakah Dr Kamarul hanya berani dalam facebook sahaja? Sedangkan Dr Mujahid sudah terbukti berani berdialog dan berwacana.
“Malah, Dr Mujahid adalah pelopor dalam dialog antara kristian dan Islam sehingga beliau menghasilkan buku bertajuk ‘Berdialog Dengan Gereja’ yang diberikan kata pengantar oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat,” ujar Wan Anwar lagi.