Ramai yang mungkin belum faham isu sebenar Tanah Ijok.
18 tahun yang lalu, pada tahun 2000, seramai 1,000 orang peneroka telah bersetuju untuk mengikat perjanjian dengan syarikat yang berjanji untuk “MENGURUSKAN” tanah mereka yang berkeluasan 3,000 ekar. Syarikat itu adalah:
- LBCN Development Sdn Bhd dan
- Mujur Zaman Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat pemaju ini berjanji untuk mengambil alih dan MEMAJUKAN tanah-tanah milik peneroka ini.
Pemaju telah berjanji untuk memberi pampasan kepada peneroka sebanyak RM180,000 dan sebuah rumah berkeluasan 1,750 kaki persegi kepada setiap peneroka.
Pemaju telah berjanji untuk memberi pampasan kepada peneroka sebanyak RM180,000 dan sebuah rumah berkeluasan 1,750 kaki persegi kepada setiap peneroka.
Masalah mula timbul apabila pemaju GAGAL MEMAJUKAN tanah-tanah itu dan tidak dapat memenuhi janji-janji mereka kepada peneroka.
Pada tahun 2009 ketika TS Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, beliau telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah rundingan dengan pihak pemaju menemui jalan buntu, MB telah berusaha untuk mengambil semula tanah milik peneroka-peneroka Ijok daripada dua pemaju tersebut berdasarkan REKOD PEMAJU YANG TIDAK BAIK kerana GAGAL menjalankan kerja mereka, serta telah melakukan beberapa SALAH LAKU seperti mencagarkan tanah tersebut kepada pihak bank dengan status tanah pembangunan, walhal tanah tersebut masih berstatus pertanian.
Lebih buruk lagi, wang hasil cagaran telah habis digunakan untuk projek lain yang turut mengalami kerugian.
Setelah rundingan dengan pihak pemaju menemui jalan buntu, MB telah berusaha untuk mengambil semula tanah milik peneroka-peneroka Ijok daripada dua pemaju tersebut berdasarkan REKOD PEMAJU YANG TIDAK BAIK kerana GAGAL menjalankan kerja mereka, serta telah melakukan beberapa SALAH LAKU seperti mencagarkan tanah tersebut kepada pihak bank dengan status tanah pembangunan, walhal tanah tersebut masih berstatus pertanian.
Lebih buruk lagi, wang hasil cagaran telah habis digunakan untuk projek lain yang turut mengalami kerugian.
Akibat dari tindakan TS Khalid Ibrahim mengambil semula hak peneroka-peneroka tanah tersebut, dua pemaju ini telah bertindak MENYAMAN Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam kes saman ini, pemaju telah KALAH di Mahkamah Tinggi dan seterusnya turut GAGAL di Mahkamah Rayuan!
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pemaju akhirnya memfailkan kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pemaju akhirnya memfailkan kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.
Malangnya setelah berlakunya “Langkah Kajang", TS Khalid Ibrahim telah dilucutkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dan diberi kepada DS Azmin Ali.
Sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, DS Azmin Ali telah dengan tergesa-gesa dan tanpa alasan munasabah membuat keputusan untuk tidak meneruskan prosiding di Mahkamah Persekutuan, sebaliknya membuat penyelesaian luar mahkamah dengan kedua-dua syarikat GAGAL tersebut.
Persoalannya;
Mengapa DS Azmin Ali mengambil keputusan untuk selesaikan isu tersebut di luar mahkamah sedangkan peluang untuk Kerajaan Negeri menang di Mahkamah Persekutuan adalah amat besar?!
Natijahnya ; DS Azmin Ali telah menyerahkan semula tanah Ijok kepada 2 pemaju GAGAL tersebut dan susulan dari itu, pada 2016 pemaju telah bertindak menjual pula, 2,000 ekar dari 3,000 ekar tanah tersebut kepada kumpulan ECOWORLD dengan nilai sebanyak RM1.18 Billion. Baki tanah seluas 1,000 ekar telah diHADIAHkan kepada Kerajaan Negeri!
Baiklah, itu adalah ringkasan kronologi isu Ijok. Sebenarnya, isu pokok skandal tanah Ijok ini melibatkan 4 perkara asas:
- Wang Pampasan yang sangat tidak adil. Peneroka dibayar RM 300 juta sahaja.
- 1,000 ekar tanah milik peneroka yg "dicuri" kerajaan negeri DS Azmin Ali.
- Kegagalam dan Salah laku pihak pemaju “lintah darat” dibayar dengan keuntungan atas angin RM880 juta.
- Kenapa bantu “lintah darat” menutup lubang kubur mereka sendiri (hutang bank/bailout).
Kita kupas satu persatu ;
Nilai wang pampasan yang dijanjikan kepada peneroka pada tahun 2000 dahulu adalah sebanyak RM180,000 setiap seorang iaitu bersamaan RM1.40 untuk 1 kaki persegi.
- Diulang, RM1.40 sekaki pada tahun 2000.
- nota: 1 ekar bersamaan 43,560 kaki persegi)
Pada 2016, Anak syarikat Eco World membeli dengan nilai RM1.18 billion (untuk 2,000 ekar)
Jumlah ini adalah bersamaan RM20.70 untuk 1 kaki persegi.
Persoalannya, adilkah bagi peneroka jika hanya di bayar pada harga RM1.40 sekaki sedangkan nilai semasa tanah tersebut pada 2016 adalah RM20.70/kaki persegi?
Jika peneroka diberi separuh dari nilai RM20.70/kaki persegi yakni pada kadar RM10 sekaki pun, jumlah pampasan kepada peneroka bakal menjadi RM1.3 juta setiap seorang!!!
Peneroka Ijok TIDAK DIBERITAHU mengenai perkara ini! Seperkara lagi, ketika wakil Kerajaan Negeri Selangor berjumpa para peneroka pada Februari lalu, mereka menerangkan kepada peneroka bahawa anak syarikat Eco World hanya membeli tanah seluas 2,000 ekar sahaja dengan jumlah RM1.8Billion.
Para peneroka mungkin tidak sedar bahawa 1,000 ekar lagi tanah mereka telah "diHADIAHkan" pihak Kerajaan Negeri DS Azmin Ali. Bukankah 1,000 ekar itu sebenarnya ialah milik peneroka?
Jika setiap (1,000) peneroka dahulunya memiliki tanah seluas 3 ekar, mereka telah "dirompak", 1 ekar setiap seorang!
Kenapa Kerajaan Negeri DS Azmin Ali ambil 1,000 ekar ini tanpa menjelaskan tentang sebarang perancangan demi kebaikan peneroka sedangkan ianya adalah hakmilik peneroka?
Kerajaan Negeri juga memberi butiran tentang pengagihan jumlah transaksi penjualan tanah seperti berikut:
- RM300 Juta = dibayar kepada peneroka (pampasan)
- RM670 juta = Bayaran hutang bank / creditors
- RM210 Juta = Bayaran kepada syarikat swasta yang memberi hutang.
- Total = RM 1.8 billion.
Butiran bayaran di atas sekali pandang, dilihat seperti tiada unsur penipuan. Teutamanya sekali jika maklumat ini disampaikan secara lisan iaitu nilai untuk membayar “HUTANG KEPADA BANK DAN SYARIKAT SWASTA” itu tidak akan disedari dan dipersoalkan oleh peneroka.
Kenapa hak peneroka digunakan untuk melangsaikan hutang (bailout) PEMAJU GAGAL yang memiliki REKOD BURUK yang menjadi punca segala permasalahan yang dialami peneroka-peneroka selama ini?
Bayangkan jika Kerajaan Negeri masih memegang tanah ini dan bukan 2 syarikat GAGAL tersebut, ECOWORLD hanya membayar terus RM 1.8 billion kepada Kerajaan Selangor dan duit hasil jualan tersebut tidak perlu digunakan untuk menolong 2 syarikat GAGAL tersebut membayar hutang-hutang lama mereka.
Kenapa peneroka pula yang perlu bertanggungjawab untuk membayar hutang 2 syarikat LINTAH DARAT tersebut?
Kenapa peneroka pula yang perlu bertanggungjawab untuk membayar hutang 2 syarikat LINTAH DARAT tersebut?
Sebahagian peneroka memuji Menteri Besar Selangor DS Azmin Ali, apabila mereka mendapat pampasan sebanyak RM180,000 dan perjanjian untuk memiliki rumah seluas 1,750 kaki persegi yang "didakwa" akan siap pada tahun 2020.
Di dalam keterdesakan dan kesempitan mereka menunggu selama hampir 20 tahun wang pampasan dan rumah yang "dijanjikan", sebenarnya mereka tidak sedar bahawa jumlah RM180,000 yang telah mereka terima itu adalah terlalu kecil berbanding jumlah yang sepatutnya peneroka-peneroka ini boleh dapat iaitu 10 kali ganda lebih besar daripada jumlah yang mereka telah terima baru-baru ini.
Peneroka tanah Ijok sebenarnya telah DIROMPAK oleh “Kartel Azmin Ali” tanpa mereka sedari.
DI MANA PEJUANG-PEJUANG RAKYAT PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA KETIKA PENEROKA IJOK DIROMPAK
Pemimpin PPBM terkenal dengan menggelarkan diri mereka sebagai “penyelamat Malaysia”. Mereka bercakap tentang “signboard” nama jalan bandar negara China, tanah “reclamation” yang berstatus “free hold”, tanah yang dibeli untuk projek keretapi, tanah untuk projek Pan Borneo, tanah TRX dan bermacam lagi yang membuatkan seolah-olah Malaysia sudah botak di ratah oleh org "asing". Sedangkan hak Rakyat nyata telah di ratah oleh sekutu sendiri di diamkan saja.
Di mana Naib Presiden PPBM, Dato Abdul Rashid Asari yang juga Ketua Badan Pimpinan PPBM Selangor dan Ketua Bahagian PPBM Kapar?
Di mana MPT PPBM dari Selangor seperti Abu Bakar Yahya dan yang lain-lain? Sembang cukup kuat, harap misai saja garang tapi menikus di hadapan MB Selangor. (Cukur saja misai tu).
Di mana Pengarah Strategi dan Dasar PPBM, yang juga MPT PPBM dan Ketua PPBM Bhagian Klang, Dr Rais Hussin?
Jangan beritahu saya anda tidak tahu menahu tentang Tanah Ijok sedangkan anda boleh tahu segala-segalanya tentang Malaysia? Pun begitu anda tidak pua beritahu saya bahawa TSMY telah berkomplot untuk menjatuhkan Presiden UMNO ketika masih di dalam UMNO!
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
EMPIRICAL MALAYSIA