Khamis, 29 Mac 2018

Ketua Pemuda Amanah Terengganu berbohong kepada penyokong PH

Video PENING DENGAN POLITIK PAS SEKARANG? DI RUJUK

Sedap juga penceramah ini yang bernama Hasbi Muda sewaktu merasmikan PDM PH Jelor Limbungan  membelasah Parti Pas dan Umno.

Yang tak syok nya ialah apabila dia berkata kerajaan BN berhutang sehingga RM 1 Trilion ringgit, bermakna beliau berbohong kepada penduduk PDM Jelur Limbungan.







Sedap juga dia kutuk Presiden Pas dan dalam masa yang sama mengangkat Allahyarham Nik Aziz. Paling tak seronok apabila mendakwa Pas menerima jutaan ringgit dari Umno.

Sedangkan ianya tidak benar. Pas telah pun mengambil tindakan saman terhadap Sarawak Report yang menyiarkan berita tersebut dan  beberapa pemimpin Pan yang memanjangkan fitnah dana RM90 juta yang diterima oleh Pas bakal disebut kes di mahkamah.

Mamat ni kata Najib menjatuhkan Pak Lah pun tak betul. Pak Lah meletakkan jawatan kerana Mahathir dan Mukhriz yang mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.  Mahathir mengambil keputusan keluar Umno kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah yang enggan tunduk desakan Mahathir.

So Mamat Pan yang bernama Hasbi Muda ini tak boleh pakai, pembohong saja lebih.