Khamis, 29 Mac 2018

PAKATAN HAPRAK TIDAK AKAN HAPUSKAN TOL DAN GST

Pengerusi Pakatan Haprak menyatakan beliau berasa PH tidak mampu untuk menunaikan janji -janji manis yag sering dimainkan oleh komponen PH dalam ceramah politik akhir-akhir ini.

Mahathir juga amat tidak bersetuju untuk menghapuskan cukai GST dan juga tidak bersetuju untuk menghapuskan tol semua lebuh raya terutama PLUS.

Tak percaya?



Mungkin Mahathir melihat kegagalan pembangkang, sejak Dap, Pkr dan Pas merampas 5 negeri dalam PRU tahun 2008 hingga kini mereka gagal melaksanakan janji-janji pilihan raya  mereka dalam 2 PRU yang lalu.

Antaranya ialah kerajaan DAP Pulau Pinang yang berjanji untuk menghapuskan tol Sungai Nyior sebaik sahaja menang pilihan raya 2008 tetapi gagal menunaikan janji nya.  Hujung tahun lalu, Dap Pulau Pinang sekali lagi berjanji untuk menghapuskan tol Januari 2018 tetapi masih tidak mampu dilunaskan janjinya.

Begitu juga tol di beberapa lebuh raya di Selangor, yang dimiliki oleh Syarikat berkepentingan oleh kerajaan negeri juga gagal menghapuskan tol tetapi terus menaikan tol beberapa kali sejak 2008.

Begitu juga dengan cukai pintu yang mana janji pilihan raya 2008 mahu menurunkan sebanyak 10 hingga 25 peratus, tetapi sehingga hari ini cukai semakin meningkat.

Jadi apa yang disebutkan oleh Mahathir, ada kebenarannya.