Khamis, 29 Mac 2018

Tohmahan Persempadanan SPR – Taktik PH Kelirukan Rakyat!



Apa yang isunya berhubung usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat? Sedangkan berdasarkan rekod, persempadanan semula telah dilakukan sekurang-kurangnya 14 kali di negara ini.

Malah sepajang Tun Mahathir menjadi PM pun, 6 kali telah dibuat persempadanan semula termasuk di Sabah dan Sarawak.
Di negara – negara lain pun, persempadanan semula dilakukan. Contoh UK (setiap 8-12 tahun), Kanada (setiap 10 tahun), Amerika Syarikat (setiap 10 banci), Australia (setiap 7 tahun).

Tegas SPR, proses pendaftaran pemilih, persempadanan semula dan perjalanan proses pilihan raya dilaksanakan secara berkecuali. Malah, kajian semula persempadanan juga tidak libatkan pertambahan bilangan bahagian pilihan raya.

Rekod juga menunjukkan beberapa negeri dimenangi oleh parti tertentu, tetapi peliknya tidak pula timbul isu penipuan dalam proses persempadanan semula.

Jadi tuduhan SPR memanipulasi sistem pilihan raya untuk menangkan pihak tertentu jelas tidak BENAR dan hanya mengelirukan rakyat!

#TolakPolitikFitnah