Jumaat, 23 Mac 2018

Tokong ‘Derita’ Jadi Mangsa Berita Palsu


Kit Siang tagih simpati, katanya 40 tahun dia tanggung derita jadi mangsa 'berita palsu' Umno. Jangan nak bohonglah Tokong, siapa yang jadi mangsa sebenarnya ni?

Kalau nak cakap pasal jadi mangsa, Umnolah yang sebenarnya 'layak' digelar mangsa politik Kit Siang dan DAP secara keseluruhannya. Apa sahaja butir bicara keluar dari mulut Tokong ini, cukup melambangkan kebenciannya terhadap Umno, bangsa Melayu dan Islam. Dasar DAP pun kalau boleh nak mansuhkan segala keistimewaan Melayu-Islam.

Sebenarnya dari dulu lagi kebencian Kit Siang terhadap Umno. Hansard Parlimen tahun 1986 sebagai bukti bagaimana Kit Siang tuduh pemimpin Umno jahat! Dan Tun M yang menjadi seteru Kit Siang adalah PM pada ketika itu. Waktu Tun M dalam Umno, bermacam gelaran Kit Siang beri pada Tun M, adakah itu pun dianggap 'berita palsu'?

Baik Kit Siang dan Tun M, dua-dua tak boleh pakai, bekerjasama untuk buat 'berita palsu' momokkan rakyat Malaysia akan bankrap, ekonomi makin teruk. Rakyat pun dah letih dengar.

#TolakPolitikFitnah #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14