Isnin, 30 April 2018

Barisan Nasional Diramal Dapat 150 Kerusi Parlimen Dalam PRU14

*JASA UPDATE*
_30 April 2018

1. PENAMAAN calon sudah selesai di seluruh negara pada hari Sabtu lepas. 590 kertas penamaan calon diterima untuk kerusi parlimen, 1,394 kertas pencalonan bagi kerusi DUN. 11 kertas pencalonan ditolak.

2. Di parlimen, 29 kerusi ada pertandingan satu lawan satu. 143 tempat berlakunya 3 penjuru, 22 tempat ada 4 penjuru dan 3 parlimen ada 5 penjuru. Manakala di DUN, 38 kerusi satu lawan satu. 331 ada 3 penjuru, 54 tempat 4 penjuru, 18 tempat 5 penjuru dan ada 3 tempat 6 penjuru. Meriahnya demokrasi di Malaysia.

3. 7530 calon lelaki dan 60 calon wanita di kerusi parlimen manakala di kerusi DUN ada 1,244 calon lelaki dan 150 calon wanita. BN tampilkan 85 orang calon wanita, 26 di kerusi parlimen dan 59 orang di kerusi DUN.

4. Calon tertua adalah Mahathir, dengan usia 92 tahun dan bertanding di parlimen Langkawi. Manakala BN pula menampilkan 6 orang calon muda berusia di bawah usia 35 tahun di kerusi parlimen. Atas kertas sudah boleh mencongak siapa yang bakal menang dan bakal kecundang. Mukhriz dan Mahathir dijangka tumpas di Jerlun dan Langkawi. Undi kepada calon PAS lagi banyak berbanding 2 orang calon PKR itu.

5. PAS pula diramal menang di 7 kerusi tradisi mereka iaitu di Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Marang dan Kuala Kedah. PAN yang teruk diserang oleh PAS dijangka kalah di semua kerusi kecuali 2 tempat sahaja iaitu di Shah Alam dan Parit Buntar. PPBM yang memakai logo mata lebam dijangka menang tipis sahaja di Pagoh. Itu pun kalau PPBM silap langkah, Muhyiddin pun akan melingkup di Pagoh.

6. Shafie Apdal dijangka menjadi arang atau abu di Semporna. Manakala DAP diramal tawan Teluk Intan dan Bakri. PKR hilang tiga kerusi di Batu, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak. Ramalan ini dianalisa berdasarkan kajian Invoke, Merdeka Center yang lepas dan menerusi sumber dalaman dari Pakatan Rakyat. 

7. Keseluruhannya, Barisan Nasional dijangka mendapat 153 kerusi parlimen, DAP dapat 40, PKR menang 23 kerusi, PAS peroleh 7, PPBM menang 1 kerusi dan Warisan boleh 1 kerusi sahaja. DAP akan tambah lagi kerusi daripada kerusi yang sedia ada.

8. Pakatan Harapan akan dapat 65 kerusi parlimen sahaja dan ketua pembangkang di parlimen masih lagi DAP. Mahathir dan anaknya "terkorban" terus bila DAP tidak mahu kerusi selamat kepada mereka berdua dalam PRU14.

9. Menurut satu kajian Tindak Malaysia, bilangan kerusi parlimen majoriti Cina sudah menurun kepada 24 kerusi sahaja. Boleh jadi bilangan kemenangan DAP, yang diramal 40 kerusi ini akan berkurangan lagi.

10. Malah di kawasan luar bandar, rakyat masih marah bila Mahathir dan PH mahu hapuskan BR1M. Bagi orang kampung mereka mahukan BR1M. Kalau mansuh GST belum tentu harga barang turun. Kalau mansuh GST, entah entah orang kampung tidak dapat BR1M lagi selepas ini.

11. Harus diingat ada 155 kerusi luar bandar termasuklah 54 kerusi di kawasan Felda. Orang di luar bandar mahukan kemajuan dan nikmat yang mereka dapat selama ini diteruskan. Mereka tidak mahu Mahathir lagi sebagai PM.

12. Apa yang mereka nikmati sekarang adalah di zaman Najib bukannya Mahathir. Kalau sudah mahu mansuh ECRL dan HSR sudah tentu rakyat di kawasan itu tidak akan beri undi pada PH. Berpuluh ribu peluang kerja akan hilang.

13  Mahathir kini sudah tekan "panic button" bila melihat sokongan Melayu terhadap PH masih lagi tiada. Mulalah reka cerita bukan bukan, cakap jet peribadi kena sabotaj, ada orang hendak langgar kereta dia dan macam macam lagi.

14. Mahathir tahu PH akan kalah. DAP pun tahu PH akan kalah, sebab itu satu kerusi selamat kawasan DAP pun tidak diberi pada Mahathir dan Mukhriz. Pembangkang akan jadi lagi huru hara lepas pilihanraya ini.

*_Huru hara sebab tidak dapat kuasa. Jangan bagilah kuasa pada orang yang gila kuasa. Baik kekalkan kerajaan yang sedia ada._*

Peserta Ceramah Muhyiddin Boleh Kira Dengan Jari Hambar!



Itulah gambaran terhadap situasi ceramah gabungan PKR yang berlangsung di Nyalas semalam dengan kehadiran hanya kurang 200 orang. 

Muhyiddin juga gagal jadi faktor penarik untuk orang hadir ke ceramah berkenaan. Bukan hanya ketika Presiden PPBM itu berucap, sebelum ceramah itu berlangsung juga penganjur beberapa kali berteriak kepada orang ramai untuk penuhkan tempat duduk yang kosong. 

Lagi sedih, kononnya Muhyiddin dikatakan akan bergandingan dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin, tetapi di saat-saat akhir Muhyiddin ditipu oleh Naib Presiden PKR itu yang sampai ke sudah tidak muncul. 

Apakah ini tanda-tanda orang PKR tak ngam dengan orang PPBM ke? Seperti biasa dalam ceramah, Muhyiddin terus menggunakan taktik lapuk dengan menyerang Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor malah turut membangkitkan soal (GST), pengurangan subsidi dan biasiswa serta bekalan ubat yang kononnya berkurangan di hospital. 

Seolah-olah sudah kehabisan idea lain di pentas ceramah dan dalam masa sama juga Muhyiddin turut berjanji dengan peserta yang hadir, kononnya,pembangkang akan meneruskan BR1M jika menang dalam PRU14 nanti. 

Waktu ni bolehlah bercakap pumpang-pumpang kan. Kalau menang belum tentu lagi mereka laksanakan. Macam biasalah, ‘sembang besar’! #PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah

SURAT TERBUKA KEPADA ANAK-ANAK PEMIMPIN YANG MENINGGALKAN PERJUANGAN AYAH





Kamu juga seperti anak-anak saya,

Selamat bersama bahtera PAS dan Gagasan Sejahtera. Bacalah Al-Quran, jangan baca Facebook sahaja.

Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan.

Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (PH) yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya. Maka PAS tidak bersama BN dan tidak juga PH.

Apa yang menarik bahtera PH mengumpulkan kumpulan DAP yang anti Islam secara terbuka. Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas Al-Quran dan tidak yakin kepada Kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.

Bersama PH juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya.

Kajian politiknya mengira di atas kertas dan memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas lapangan rakyat secara terperinci.

Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa Al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya.

Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang dipijak dan masyarakat yang berbeza. Tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan mengubah baiah di tempat dan masa yang berbeza. Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan masyarakatnya juga berlainan.

Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta ini. Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya.

Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak bermaya, kalau kalah ditelan gelombang.

Saya bacakan untuk semua firman Allah:

قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ ۖ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَىٰ وَفُرَادَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا ۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَّكُم بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ (46(

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain yang akrab), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku)”. Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di Akhirat).” (Surah As-Saba’: 46)

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

“Pengajaran yang diambil daripada sesuatu ayat adalah berdasarkan maknanya yang umum bukan semata-mata bergantung kepada sebab penurunannya yang khusus.

Beberapa orang yang berusia yang bersama Hasan Al-Banna dan Al-Maududi, masih hidup panjang usianya hanya mengeluh kepada saya. “Apa nak dibuat?”. Jawab saya: “Selamatkan sekadar yang dapat”.

“Sejahtera Bersama Islam”



ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS



Bertarikh: 14 Syaaban 1439 / 30 April 2018

Cikgu Ridzuan Mohammad Bekas Guru Ibarat Kacang Lupakan Kulit


Cg Ridzuan sedang memantau di hari penamaan calon Sabtu lepas

Kini penyokong PH


Dia mungkin seorang guru tuisyen yang hebat, jika tidak mana mampu memandu mercedes sport dan menunggang motosikal kuasa besar untuk ke sekolah setiap pagi.  Masa tu zaman Mahathir dan negara dalam kegawatan ekonomi dan serangan penyangak matawang  iaitu G. Soros tetapi beliau terus hidup dalam kemewahan.

Beliau Memiliki pusat tuisyen Institut PJ di Bangunan Mara Taiping sejak sekian lama. Sewaktu program wacana tranformasi pendidikan beberapa tahun lalu, beliau di Hotel Taiping Perdana, beliau menunjukkan belangnya dengan mengkritik sistem pendidikan yang ada dan satu ayat yang beliau cakap ialah " The best school is not going to school" sebagai mukaddimahnya. Bagaimana pun hujah-hujahnya sekadar hujah kondem kerajaan.

Masa tu dah nampak auranya yang suka kondem kerajaan, maka tidak hairanlah jika hari ini dia berada di pentas pembangkang PH.

Sejak ahli Pan bertanding di N16 Kamunting sudah beberapa kali beliau berada di pentas ceramah dengan cerita-cerita bohong dengan angka-angka dan penuh auta.

Paling melucukan apabila beliau marah kepada hadirin yang bercakap-cakap sewaktu dia berucap, beliau mengulas dengan menyatakan kalau dia mengajar dan murid murid bercakap dia cukup marah.

Masa awal-awal mengajar dulu dia hanya mampu beli motosikal srambler saja dan kini semakin kaya dengan rumah banglo mewah yang siap dengan kolam renang di Asam Kumbang dan memandu kereta-kereta mewah. Selain memiliki pusat tuisyen belum juga rajin dalam aktiviti jual beli saham.
Ceramah Pan di Kamunting hampir kesemuanya tidak mendapat sambutan, jenuh pengacara majlis menjemput tetamu duduk dalam khemah yang banyak ruang kosong.

Tetapi sayang masih tak bersyukur, dan asyik menghentam kerajaan. Bila sebut syukur , taipingmali juga rasa sedih apabila kawan yang bernama Cikgu Shukur Desa yang dahulu orang kuat BN dan BTN kini membantu calon PAN N16.
Shukur Desa orang kuat Anwar Ibrahim dulu



Bangunkan Projek Berisiko, Zairil Diherdik Penduduk



Ingat lagi kempen sayangi alam sekitar yang calon PKR ini perjuangkan? 

Nampaknya itu sekadar janji manis meraih sokongan semata-mata selepas Zairil Khir Johari diserang penduduk kondominiumm Miami Green, Batu Feringghi apabila beliau gagal menyatakan pendiriannya tentang projek pembangunan di lereng bukit bersebelahan kondomonium itu sama ada projek berisiko itu akan dibatalkan sekiranya DAP sekali lagi berkuasa. 

Lagi teruk Zairil menyalahkan pihak lain seperti agensi Kerajaan Pusat dan mendakwa kelulusan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) walhal penduduk jelas bahawa Kerajaan DAP Penang berkuasa penuh terhadap kelulusan projek ini. 

Ada penduduk yang menyatakan bahawa pakar geoteknikal juga telah membuktikan projek membabitkan tiga blok pangsapuri di lereng bukit itu membahayakan nyawa penduduk dan mempertikaikan adakah nyawa penduduk tidak penting dan pemaju lebih diberi keutamaan dalam projek berisiko ini? 

Laporan geoteknikal turut mendapati 50 peratus projek akan dibina di kawasan lereng bukit melebihi 25 darjah iaitu kawasan yang dikategorikan sebagai sensitif alam sekitar. Namun, Zairil bermain tarik tali dan hanya menjawab projek itu akan ‘dinilai semula’. 

Nampak sangat nyawa penduduk bukan keutamaan pembangkang. Sekarang pun dah tunjuk ‘peel’ macam ini, kalau menang nanti tak tahu lah macam mana kan? 

#PakatanProDAP 
#TsunamiPHFitnah

Calon Parlimen Taiping dari DAP Cakap Melayu Pun Tak Betul

Zahid Mat Arip Terpaksa Jilat Muntah Sendiri




Daripada seorang cucu Tun Ghafar Baba yang sengkek dan klepet ialah Zahid Mat Arip, zaman susah dahulu makan nasi bungkus pun harap rakan-rakan belanja. Penglibatan beliau dalam NGO Perkasa telah memberi peluang untuk beliau menaikan nama dan kedudukan beliau dan dikenali di seluruh negara hingga melenyapkan nama bapa saudaranya yang bernama Tamrin Baba.

Dalam NGO Perkasa beliau paling kuat menentang PKR, DAP dan PAS sehingga mengelarkan dirinya sebagai Mursyidul Am TIBAI atau Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.

Kisah paling top dalam dirinya ialah apabila dicekup oleh SRPM untuk siasatan skandal pembelian Hotel Merdeka Palace di Bandaraya Kuching Sarawak. Kini kes beliau masih dalam fail dan kemungkinan akan dihadapkan ke mahkamah untuk pembicaraan sekiranya ada prima facie.

Tidak dapat dinafikan Zahid telah mendapat hak dan kedudukan istimewa dimata Mahathir sejak menyertai Perkasa.

Maka ia tidak menghairankan kita bila dia berubah pendiriannya. Sesuai dengan sikap dan cita-citanya maka beliau sign kontrak dengan Mahathir untuk berjuang sebagai jurucakap kepada parti bunga yang ditangguhkan pendaftaran dan penubuhannya.

Zahid sememangnya mempunyai kepetahan bercakap dan boleh menyebabkan pihak pembangkang seperti Pas, Pkr dan Dap panas satu badan dengan tembakan mulut lasernya.

Sifat dan tingkah lakunya amat berbeza jika dibandingkan dengan arwah datuk nya iaitu Tun Ghafar Baba yang lebih lembut dan berhati-hati dalam percakapan beliau. Zahid main tembak sahaja seperti Red Indian dapat senapang.
Dahulu beliau kerap mengikuti program dan jelajah  atau lawatan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, almaklumlah kerana ketika itu beliau mempunyai jawatan besar sebagai pegawai seranta dalam Felda.
Kini beliau adalah calon parti bunga yang menggunakan lambang dan bendera PKR untuk menentang Najib di Pekan Pahang.

Jadi, rakyat dan ahli-ahli Perkasa nak bertanya kepada Zahid Mat Arip, kemanakan hilangnya maruah dan integriti kamu yang dahulunya lantang membelasah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Tak malu kah kamu menggunakan nama CUCU TUN GHAFAR untuk meraih undi?
Malu lah sikit wahai Zahid! Kamu manusia yang hanya pandang kepada wang dan ganjaran dan sanggup menggadaikan maruah kamu, tak mahu kah kamu hingga sanggup menjilat semua najis dan muntah kamu sendiri dan muntah Anwar Ibrahim?






Calon Pan N16 Kamunting berjaya tembusi Masjid Kampung Expo Kamunting.


Masjid Kampung Expo Kamunting memang terkenal kerana kuat dengan aktiviti-aktiviti parti politik Pas sejak berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2000, sewaktu itu Masjid masih lagi di bangunan lama yang dikenali sebagai Surau Diri Jumaat.

Isu masjid ini telah banyak kali diceritakan dalam blog ini sebelum sebelum ini.

Sejak wujudnya parti PAN, kelompok Ahli Jawatan Kuasa PAS yang memonopoli pentadbiran masjid ini telah terpecah kepada dua pihak, satu kelompok Pas dan satu kelompok Pan.

Mac 2018 lalu, semasa mesyuarat agung masjid tahunan, sekali lagi berlaku desakan ahli yang hadir mesyuarat mendesak untuk diadakan pemilihan semula pemilihan jawatankuasa masjid dan cadangan atau usul tergempar itu mendapat sokongan sebulat suara.  Setelah pemilihan dilakukan maka tersingkirlah semua AJK yang pro PAN dan naik lah mereka yang memihak kepada PAS.

Akan tetapi pemilihan tersebut adalah tidak sah kerana lantikan jawatankuasa lama masih sah sehingga tahun 2019.

Maka pihak PAN yang menguasainya masih sah dan perlantikan baru menjadi bahan gurauan kerana tidak menepati kehendak enakmen Majlis Agama Islam Perak.

Oleh yang demikian maka calon Pan dengan penuh yakin dapat menyampaikan ceramah di mimbar masjid tersebut.

Ustaz Manolito (kiri) adalah pengerusi baru yang dipilih Mac lalu tetapi tidak sah dan Penghulu Azam  masih kekal sehingga 2019

29 ORANG AHLI PAS KELUAR DAN SERTAI UMNO




29 orang Parti PAS dalam kawasan DUN Batu Kurau hari ini isytihar keluar parti dan menyertai UMNO dan mengakui akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam PRU14 ini.


Wakil mereka Zulkifli Yunus, 59, memaklumkan bahawa mereka meninggalkan PAS kerana yakin hanya parti BN sahaja yang mampu membela nasib penduduk.

Menurutnya kesedaran itu mulai wujud selepas melihat bagaimana Parlimen Larut dibangunkan di bawah kepimpinan Ahli Parlimen sebelum ini iaitu Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

“Banyak permohonan kami tidak dapat dipenuhi oleh parti PAS, contohnya ketika kampung kami dilanda ribut, habis ranap rumah-rumah, PAS hanya membantu ala kadar sahaja, tapi pejabat parlimen BN Larut yang menawarkan bantuan,” katanya.

Mereka kemudiannya menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Hamzah yang juga merupakan calon BN untuk mengekalkan kerusi Parlimen Larut.

Hadir sama calon BN DUN Batu Kurau, Dato’ Dr. Muhammad Amin Zakaria.

Najib Tidak Akan Ulangi Kesilapan Lampau Dr Mahathir



Dato’ Seri Najib tekad melakukan tindakan yang cukup ‘berani’ dengan melaksanakan pelan transformasi bagi pembangunan Malaysia, selain memperbetulkan kesalahan lampau yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengarah Strategik Komunikasi BN, Eric See-To berkata PM Najib enggan mahu mengulang kesilapan yang dilakukan Mahathir seperti polisi penswastaan Mahahtir yang hanya menguntungkan kroni beliau.

See-To berkata sikap tidak berpuas hati Mahahtir dengan kepimpinan pentadbiran PM Najib bermula dengan insiden kekalahan anaknya, Mukhriz tewas dalam perebutan pemilihan Naib Presiden UMNO 2013.

Ia kemudian disusuli dengan isu pelaburan Proton, pemansuhan ISA dan lain-lain. Kerana tiada pilihan, Mahathir keluar parti dan sanggup menyertai musuh politiknya di blok pembangkang.

Meskipun dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan, tetapi Mahathir dilihat tidak mempunyai ‘minat’ untuk pembangunan negara. Sebaliknya Mahathir lebih berminat untuk terus hanya mengkritik kerajaan. #PakatanProDap

Ahad, 29 April 2018

Kempen Calon BN DUN Senggarang

*JASA UPDATE*
_29 April 2018_

1. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi 'turun padang' membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Zaidi Japar di Sungai Suloh, di sini.

2. Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, beliau menghubungi Zaidi yang juga Timbalannya malam tadi untuk memaklumkan akan mula berkempen di Senggarang pada hari ini.

3. Beliau menyifatkan Zaidi yang sudah bersama-samanya sejak lima tahun lalu merupakan calon yang sesuai berdasarkan gerak kerjanya yang mantap dan banyak memberi idea baharu kepada parti serta sebagai seorang yang mudah didampingi pada bila-bila masa.

 _"Pendirian saya adalah 'moving forward', anak-anak dan isteri saya juga gembira dengan keputusan itu, sebab itu pada hari ini kita nak pastikan gerak kerja bagi memberi kemenangan besar kepada Zaidi dan BN di kawasan ini"_

_"Pengundi tak perlu ragu-ragu, bimbang dan khuatir apakah tuan-tuan akan dapat seorang wakil rakyat yang bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat kerana saya cukup yakin kalau pilih beliau sebagai wakil rakyat banyak perubahan boleh dibuat di Senggarang," katanya ketika berucap di sini, sebentar tadi._

4. Mohd. Puad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jasa pada Rabu lalu dipercayai ada kaitan dengan namanya yang tidak disenaraikan BN sebagai calon bagi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

5. Sementara itu, beliau turut mendedahkan, borang penamaan calon untuk bertanding atas tiket bebas juga telah diisi termasuk memiliki pencadang dan penyokongnya, namun hasrat tersebut tidak diteruskan setelah menerima nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika menghadap baginda.

_"Nasib baik saya tak jadi berlawan dengan beliau (Zaidi), bila tengok nama untuk calon DUN Senggarang, Zaidi Bin Japar. Saya dah isi borang tapi kita merancang, Allah merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang," katanya._

KJ: Kali Ini Rafizi Tidak Akan Terlepas!



Rafizi Ramli mungkin beranggapan KJ sibuk berkempen dan akan berdiam dengan fitnah melalui Twitter dan FB yang dia sebarkan dalam isu calon PKR, Dr S Streram. Tapi Rafizi silap. KJ hari ini bertegas akan ambil tindakan terhadap fitnah Naib Presiden PKR itu.

Mana tidaknya, jelas fitnah Rafizi itu satu kesalahan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Bukan itu saja Rafizi juga sengaja main isu kaum di kalangan pengundi di Rembau dalam isu penolakan calon PKR itu dengan menghasut pengundi India untuk kononnya "membalas dendam" terhadap BN.

Sudahlah ada kes mahkamah, tak layak jadi calon, masih lagi tak serik-serik nak fitnah orang itu ini. Ni, kalau KJ saman, kes di bawa ke mahkamah, apakah Rafizi akan buat lagi video tagih simpati minta derma dari rakyat?

#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah

PPBM Atur Langkah ‘Singkir’ PKR



Drama melibatkan beberapa calon PKR  yang ditolak sewaktu proses penamaan calon semalam nampaknya menyerlahkan peluang PPBM untuk menyingkirkan PKR secara senyap. 

Lebih-lebih lagi apabila Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai calon PM mereka, jadi makin senang lah kerja PPBM. Sebab, dalam pakatan pembangkang ini, persaingan sentiasa wujud! Mereka hanya berpakat untuk kepentingan masing-masing saja. 

Dan dalam kes empat calon PKR yang ditolak ketika penamaan calon, PPBM akan menggunakan kelemahan itu sebagai asas untuk menidakkan dominasi PKR dalam pakatan. Mula-mula 'tolak' Anwar sebagai calon PM, kemudian dapat peruntukan kerusi yang banyak. Dan sekarang PKR tengah huru-hara, pasti PPBM tengah atur strategi lagi. Malangnya nasib PKR!

#PakatanProDAP

Kartel Azmin ‘Confirm’ Terpilih Jadi Calon!



Bukanlah susah sangat nak menjadi calon PKR Selangor. Tips-nya mudah, hanya berbaik-baik dengan Azmin Ali, sokong dan puji hingga tinggi melangit apa yang MB Selangor itu buat, maka adalah peruntukan kerusi dalam pilihan raya. Untuk jangka masa panjang pula, kehidupan kartel Azmin pasti dijamin senang dan mewah, projek-projek negeri semua masuk ke kantung anak-beranak dan kroni.

Lihat sahaja senarai calon 'kartel Azmin' kali ini. Lebih 10 nama menguasai Parlimen dan DUN Selangor. Antara muka baru dalam senarai Azmin adalah Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat), Hilman Idham (Gombak Setia), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Juwairiyah Zulkifli (Bukit Melawati) dan Shaharuddin Badaruddin (Sri Setia). Manakala muka lama yang terus setia berdampingan dengan Azmin adalah Zuraidah Kamaruddin (Ampang), Hee Loy Sian (PJ Utara), Xavier Jayakumar (Kuala Langat), Amiruddin Shaari (Sungai Tua), Shuhaimi Shafiei (Sungai Kandis) dan Daroyah Alwi (Sementa).

Bijak Azmin atur strategi, kalau barisan kartelnya menang sudah pasti kedudukannya sebagai MB Selangor akan selamat lagi sekali. Mudahlah dia buat kerja kerana sokongan kuat. Tapi dia lupa, segala 'track record' dirinya dan barisan kartelnya akan didedah pada bila-bila masa sahaja kerana sering seleweng duit. Bak kata Chegubard, politik kotor Azmin akan didedah pada 5 Mei depan!

#PakatanProDAP

Sabtu, 28 April 2018

Calon BN Bkt Lanjan Letak Jawatan Selepas Menang JikaTidak Selesaikan M...

Calon Muda Jadi Tumpuan Kuala Langat

PENJELASAN PAKLANG HASBULLAH TENTANG BERTANDING BEBAS

Salam semua, berhubung isu hangat yg dipaparkan dlm akhbar Sinar Harian  pada hari ini yg menyatakan 3 Beradik  Gegar Parlimen  Larut  sempena  demam PRU yg ke 14 sekarang maka disini saya ingin zahirkan penjelasan saya mengenai perkara tersebut.

Saya selaku penyandang DUN Kubu Gajah, Parlimen Larut Perak ingin nyatakan bahawa sesungguhnya saya berpegang kuat kepada keputusan saya sepertimana yg dinyatakan semasa sidang akhbar saya pada Julai 2017 yg lalu di Dewan Kg Paya, Bt Kurau bahawa saya tidak ingin bertanding lagi dlm PRU yg ke 14 kerana ingin memberi peluang kepada muka baharu  disamping menghadapi sedikit masalah dalaman dengan pihak tertentu didalam kepimpinan Larut.

Keputusan saya itu telah pun saya maklumkan kepada YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi BN Negeri Perak selepas beberapa hari saya membuat sidang akhbar tersebut. Beliau menghormati keputusan yg saya buat. Namun begitu menjelang beberapa ketika sebelum parlimen dan DUN Perak dibubarkan tempuhari, saya telah dirayu oleh sebahagian besar pengundi DUN Kubu Gajah dan penyokong saya agar bertanding semula mewakili BN pada PRU kali ini dan sekiranya tidak dicalunkan mereka mahukan saya bertanding juga atas sebarang parti selain parti BN kerana inginkan khidmat saya sebagai ADUN dapat diteruskan.

Apabila saya enggan atau lewat memberi keputusan maka mereka rayu supaya saya bertanding atas tiket Bebas.Ini adalah kerana untuk saya menjaga hati dan perasaan pengundi yg datang dari pelbagai parti politik di mana saya mampu mengwujudkan hubungan dan kemesraan yg baik bersama mereka selama ini.

Rayuan dan desakkan agar saya bertanding atas tiket Bebas semakin hari semakin kuat dan mereka yakin saya mampu bersaing  dengan lain- lain calun dari parti - parti yg bersaing. Oleh kerana amat sukar membuat keputusan disamping masih sayangkan parti UMNO yg saya sertai sejak 34 tahun lalu, maka menjadi amat serba salah buat saya sehinggalah saya dihubungi oleh Dato Hamidah Osman  dan adiknya Hamizura untuk dibawa berbincang. Mereka menghubungi saya setelah mendengar khabar angin kononnya saya akan bertanding atas tiket Bebas walhal saya tidak pernah menyatakan secara rasmi hasrat tersebut.

Setelah itu saya dan abang saya Datuk Najmuddin telah berbincang dengan baik dengan mereka 2 beradik dan akhirnya penyelesaian yg diperolehi adalah kami tidak sama sekali akan bertanding atas tiket Bebas dan juga mewakili mana- mana parti.Setinggi penghargaan buat Dato Hamidah dan adiknya itu yang sudi mendengar dilema yg kami alami.

Pendek kata mereka berdualah yg 'bersama' dengan kami disaat kemelut yg berlaku. Oleh yg demikian , maka dengan perasaan rendah diri dan sejujurnya saya  ingin memohon jutaan kemaafan kepada seluruh penyokong saya kerana tidak mampu memenuhi kehendak dan harapan mereka.Ingatlah apa yg berlaku adalah kehendak Ilahi. Perancangannya adalah lebih baik dari kita.

Terimakasih atas sokongan   yg mereka berikan kepada saya. Sekian penjelasan dari saya.

Sambutan Ceramah Gabungan PKR Hambar!


Hanya 200 orang! Jumlah ini cukup untuk menggambarkan betapa hambarnya ceramah dan sesi pengenalan calon gabungan pembangkang PKR di Zon Selatan.

Kehadiran hanya lima calon Zon Selatan iaitu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub; calon Parlimen JB, Akmal Nasrullah Nasir; calon kerusi DUN Kempas, Datuk Osman Sapian; Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (Permas) dan Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) belum cukup untuk menarik kehadiran penduduk setempat. Nampaknya, penduduk setempat langsung tak berminat nak tahu siapa calon pakatan berkenaan. 

Mungkin juga masyarakat dah bosan dengan isu kitar semula yang dimainkan pembangkang. Tapi mungkin juga ia ada kaitan dengan titah Sultan Johor baru-baru ini yang memberi amaran betapa bahaya virus yang dibawa PPBM, salah satu parti dalam gabungan PKR. Maka tak hairanlah sambutan yang diterima hambar. Apakah ini tanda-tanda gabungan PKR sedang menuju kekalahan?

#PakatanProDAP

Jumaat, 27 April 2018

PRU14: Aziz Bari Sanggup Jadi Boneka DAP?



Masalah dalaman Pakatan bagai retak menunggu masa nak terbelah. Di Perak perkara itu hampir berlaku apabila calon Melayu baharu telah disebut-sebut sebagai calon MB. Tanpa menunggu pandangan dari parti lain dalam Pakatan, DAP bertindak sebagai bos besar menyebut nama Aziz Bari.

Sepatutnya dikhabarkan semua calon dari Pakatan akan menggunakan watikah calon yang ditandatangani oleh Presiden PKR terlebih dahulu sebelum pengumuman itu dibuat. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Jika dahulu, Nizar dilihat sebagai 'boneka' DAP apabila menggadaikan tanah milik kerajaan untuk pembinaan 9 buah sekolah cina dan meluluskan pemberian geran pajakan tanah selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Jadi, selepas Nizar yang menjadi boneka lama, adakah pengumuman Aziz Bari sebagai MB akan menjadi boneka baru DAP?

#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14

Berita Akhir

*JASA UPDATE*
(EDISI AKHIR 27/04/2018)

1. MENYEDIHKAN JIKA TIADA WAKIL CINA DALAM KERAJAAN BAHARU - NAJIB
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32351-menyedihkan-jika-tiada-wakil-cina-dalam-kerajaan-baharu-najib.html

2. PRU14 MASA TERBAIK UNTUK BN RAMPAS SELANGOR - BUDIMAN
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32353-pru14-masa-yang-terbaik-untuk-bn-rampas-selangor-budiman.html

3. MANA MUNGKIN KERAJAAN BIARKAN PROTON LINGKUP DAN TERGADAI - PM NAJIB
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mana-mungkin-kerajaan-biarkan-proton-lingkup-dan-tergadai-pm-najib-173954

4. TIDAK WAJAR _SUHAKAM_ PANTAU PROSES PILIHAN RAYA - SPR
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32349-tidak-wajar-suhakam-pantau-proses-pilihan-raya-spr.html

5. JHO LOW TIADA KAITAN DENGAN 1MDB - ARUL KANDA
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32341-jho-low-tiada-kaitan-dengan-1mdb-arul-kanda.html

6. TOLAK ISLAM PUNCA PAS TIDAK SERTAI PH
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32340-tolak-islam-punca-pas-tidak-sertai-ph.html

Ikuti Laman Facebook rasmi JASA di
https://m.facebook.com/Jabatan-Hal-Ehwal-Khas-JASA-331192933733362/
untuk perkembangan terkini.

Ikuti siaran rasmi Telegram JASA
https://telegram.me/JASA_my
untuk berita, infografik & artikel terpilih.

Calon PKR bukan setiausaha politik saya - Ahmad Zahid

*JASA UPDATE*
_27 April 2018_

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa calon Pakatan Harapan di kawasan Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya, ialah setiausaha politiknya.

2. Individu berkenaan hanya merupakan *bekas pembantu khas kepada salah seorang setiausaha politiknya.*

3. Katanya, Muslimin sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar tetapi beliau tidak menjangka dia sanggup mengambil keputusan untuk menyertai PKR.

4. Muslimin ialah bekas setiausaha sulit kanan Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon semasa Allahyarhamah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan merupakan AJK UMNO Bahagian Sungai Besar.

5. Selepas Allahyarhamah meninggal dunia, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, mengambilnya untuk menjalankan tugas-tugas khas dari semasa ke semasa.

6. Berikut disertakan kenyataan Masrizal berkenaan lompat parti Muslimin Yahaya tersebut.

Mahkamah Tolak Permohonan 16 Bekas Anggota UMNO Cabar Kesahihan Parti


1. Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan 16 bekas anggota UMNO untuk mencabar kesahihan parti itu kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam tempoh ditetapkan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan UMNO, dan menegaskan keputusan sesebuah parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah.

2. Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan 16 individu berkenaan selaku pemohon.

3. Shamsul mewakili Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selaku responden pertama manakala Datuk Ab Rauf Yusoh dinamakan responden kedua, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam UMNO.

4. Kamaludin dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 terpakai dan ia mengecualikan bidang kuasa mahkamah dalam perkara membabitkan pertikaian antara anggota sesebuah parti politik.

5. Beliau berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu oleh kerana Seksyen 18C mengetepikan bidang kuasa mahkamah.

Aku janji Najib Razak


5aa3c127-3b69-4e84-87c2-df11d0639989.png
BULETIN
KHAS
Aku Janji Yang Ditepati

Salam 1Malaysia Negaraku

5 tahun lalu, pada 6 April 2013, saya bersama-sama kepimpinan Barisan Nasional telah melancarkan Aku Janji Kerajaan Persekutuan atau AKP meliputi 17 inisiatif utama dan 156 inisiatif strategik dengan tema "Menepati Janji, Membawa Harapan".

Alhamdulillah, kini 5 tahun sejak pelaksanaannya, sukacita saya menyatakan bahawa hampir keseluruhan janji tersebut telah ditunaikan dengan pencapaian 99.4%.
Biarlah track record ini menjadi bukti dan petanda bahawa sekiranya sekali lagi diberi kepercayaan, Barisan Nasional akan terus mampu bawa lebih banyak pembangunan dan kejayaan dalam perjalanan transformasi kita.

8.30 malam ini, saya mengajak saudara-saudari semua, untuk saksikan sendiri sejarah yang bakal dicipta, depan kaca TV atau pun melalui media sosial, pelancaran sebuah dokumen perancangan untuk masa depan Malaysia. #HebatkanNegaraku !

Najib Razak
light-instagram-48.png
light-twitter-48.png
light-facebook-48.png
light-youtube-48.png

Copyright © 2018 NAJIBRAZAK.COM 
All Rights Reserved.


or unsubscribe from this list.


Akar Umbi PKR Langkawi Ugut Boikot Tun Mahathir



1. Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon menggunakan lambang PKR ternyata membuatkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli parti yang masih kuat pegangan Reformis 1998.

2. Jika sebelum ini berita penentangan kuat berlaku di sekitar Lembah Klang, namun pada hari ini ia sudah terang-terangan sedang merebak jauh ke seluruh kawasan Parlimen Langkawi. 

3. Walaupun sebelum ini Dr Mahathir dilihat agak selesa apabila diumumkan sebagai calon PKR bagi Parlimen Langkawi oleh presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun kali ini tidak lagi.

4. Akar umbi yang menyertai PKR kerana Reformasi 1998 telah tampil menyatakan rasa tidak senang itu secara terbuka.

5. Bekas Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Langkawi, Sukizam Suid menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan gabungan pembangkang tersebut membenarkan Dr Mahathir bertanding atas lambang PKR di Langkawi pada hari ini.

DS Najib: Mobiliti Terhubung Pemangkin Industri Automotif


Industri automotif negara bakal berkembang menjadi lebih pintar dan canggih menerusi pengenalan 'Mobiliti Terhubung' (connected mobility) dalam usaha kerajaan memandang jauh ke hadapan, kata DS Najib Razak. 

Mobiliti Terhubung berkebolehan untuk meneroka dan menganalisis Data Raya (Big Data) dengan wujudnya hubungan internet berkelajuan tinggi. Contohnya, keupayaan kenderaan untuk berkomunikasi dengan kenderaan lain, infrastruktur dan kebarangkalian mengurangkan kejadian kemalangan.

Dalam pada itu, ekosistem industri Mobiliti Terhubung akan membuka peluang pekerjaan kepada 480 000 graduan TVET dan 300 000 graduan IPT. Ia juga mempunyai potensi untuk meningkatkan industri-industri lain seperti pertanian, penjagaan kesihatan dan perdagangan.

Inilah beza antara BN dengan Pakatan, di mana BN menetapkan pelan jelas untuk mengubah dan membuka kunci potensi industri automotif dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, sementara janji PH untuk belia pula sekadar menjanjikan siaran bola sepak luar negara secara percuma.

#MalaysiaAutoshow2018
#MA2018
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Khamis, 26 April 2018

Kerjasama Parti Gabungan Pembangkang Umpama 'Kahwin Kontrak' - Tunku Aziz

*JASA UPDATE*
_26 April 2018_

1. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan *kerjasama antara parti dalam gabungan pembangkang PKR ibarat sebuah perkahwinan kontrak*, yang bererti kelihatan baik semata-mata untuk mencapai kemenangan dalam PRU-14.

2. Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau berkata, sekiranya gabungan pembangkang PKR menang, pasti akan berlakunya masalah untuk membentuk kerajaan kerana setiap parti mempunyai kepentingan tertentu.

3. Malah, menurut beliau *perbezaan dasar yang ketara antara setiap parti sudah tidak dapat disembunyikan malah soal perebutan kerusi juga tidak dapat diselesaikan dengan baik* ketika ini.

_"Setiap parti dalam gabungan itu tidak pernah bersatu malah hubungan mereka ketika ini ibarat kahwin kontrak, yang mana matlamat utama untuk menang dalam PRU-14._

_"Harga yang perlu dibayar oleh DAP dalam kahwin kontrak itu adalah mengorbankan penggunaan logo roket dan sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu yang lebih bernilai sekiranya menang kelak,"_ katanya menurut media tersebut.

4. Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz juga menegaskan hubungan akrab keempat-empat parti ini tidak akan berpanjangan kerana kontrak mereka setakat PRU-14 sekaligus memperjudikan kestabilan negara jika gabungan itu dipilih.

5. Selain dasar yang berbeza, Tunku Aziz juga mendakwa bahawa *parti juga berdepan krisis dalaman serius apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertelagah secara terbuka dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pembahagian kerusi di Selangor.*

Barisan Nasional Tampil Calon Muda Untuk Pilihan Rakyat.


Esok adalah hari Rabu. Tiga kali lagi hari Rabu termasuk esok, untuk hari penentuan. Tinggal lagi 14 hari sebelum hari pengundian diadakan. Lagi 3 hari untuk penamaan calon diadakan.

Barisan Nasional sudah umumkan senarai calon di 11 negeri, tinggal Sabah, Pahang dan Perlis sahaja belum diumumkan. Berdasarkan keseluruhan calon yang sudah diumumkan, terdapat sejumlah 261 orang calon muka baru dan 90 orang calon muda menjadi pilihan BN untuk PRU14 kali ini.

Di Wilayah Persekutuan, 3 orang muka baru dipilih untuk bertanding kerusi parlimen. Di Selangor  57 muka baru ditampilkan di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN. Di Johor, 36 muka baru ditampilkan. Di Kelantan, 30 calon muka baru dipertaruhkan.

Di Sarawak, sejumlah 15 calon muka baru ditampilkan dari 31 kerusi parlimen yang ditandingi BN. Di Terengganu, 18 orang calon baru dicalonkan.

Di Negeri Sembilan, BN pertaruhkan 22 calon muka baru. Manakala di Kedah, ada 17 calon muka baru diberi kepercayaan oleh BN. Di Perak ada 32 calon muka baru dan Pulau Pinang ada 31 calon muka baru.

Keseluruhannya, daripada 179 kerusi parlimen dan 388 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN terdapat sejumlah 261 orang calon muka baru di 11 negeri tersebut.

Secara keseluruhannya, daripada 567 orang nama calon yang sudah diumumkan, terhadap 46% calon muka baru ditampilkan oleh Barisan Nasional.

Daripada segi calon muda pula, Barisan Nasional tampilkan 2 orang calon muda bertanding di Parlimen Kota Melaka dan Tangga Batu di Melaka, manakala 6 orang lagi bertading di kerusi DUN.

Selangor paling ramai menampilkan calon calon yang muda. 6 orang calon muda ditampilkan oleh BN di parlimen manakala 10 orang lagi kerusi DUN. Wilayah Persekutuan pula menampilkan dua orang calon muda di Parlimen Kepong dan Bandar Tun Razak.

Manakala di Terengganu, dua orang calon muda ditampilkan iaitu Mohd Iskandar Bin Jaafar di Jabi dan Tengku Zaihan di Kuala Besut. Di Kelantan seramai tiga orang calon muda ditampilkan BN di parlimen Pasir Puteh, Kota Bharu dan Pasir Mas.

Di kerusi DUN, Barisan Nasional Kelantan tampilkan seramai 11 orang calon muda di Chempaka, Kota Lama, Chetok, Apam Putra, Pasir Tumbuh, Kadok, Kemahang, Limbongan, Kemuning, Paloh dan Galas.

Di Negeri Sembilan, BN ada dua calon muda di Parlimen dan 5 orang calon muda di kerusi DUN. Johor pula memberikan kepercayaan kepada orang muda untuk kerusi DUN di Pemanis, Kemelah, Simpang Jeram, Layang Layang dan Panti.

Di Sarawak, Barisan Nasional tampilkan Kho Teck Wan yang berusia 42 tahun di Parlimen Bandar Kuching, Andrew Wong, 42 tahun di parlimen Sibu dan Lukanisman bin Awang Sauni berusia 36 tahun di parlimen Sibuti. 3 calon muda ditampilkan oleh BN Sarawak.

Di Kedah, Barisan Nasional tampilkan 5 orang calon muda di DUN Kota Siputeh, Bukit Pinang, Kota Darul Aman, Tanjong Dawai dan Bayu. Di Perak ada seramai 4 orang calon muda di kerusi Parlimen dan 18 orang calon muda bertanding di kerusi DUN.

Di Pulau Pinang, 7 orang calon muda ditampilkan Barisan Nasional dengan calon paling muda merupakan Koo Pei Chee, berusia 32 tahun bertanding di kerusi DUN Batu Lanchang.

Di 11 negeri ini sahaja, belum termasuk Perlis, Sabah dan Pahang, Barisan Nasional sudah tampilkan seramai 90 orang calon muda daripada seramai 567 orang calon yang sudah diumumkan.

Ini bermakna secara keseluruhannya, sejumlah 46% calon BN adalah calon muka baru dan sejumlah 15.8% calon BN adalah terdiri daripada calon golongan orang muda.

#BersamaBN  #HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat  #JomBN 
#ManifestoBN

Tulisan :
Beruang Biru

Nurul Izzah Jual Kerusi ?



Baru-baru ini pecah khabar bahawa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah 'menjual' kerusi kepada beberapa individu. Dengarnya, Izzah didakwa meminta wang daripada calon yang berpotensi, sebelum menjanjikan kerusi kepada individu-individu berkenaan. Betul ke?

Perkara ini sudah tersebar di beberapa blog sehingga mendorong Pengerusi NGO Anti-Jenayah, Datuk R. Sri Sanjeevan membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan terhadap Izzah. Menurutnya, beliau turut mendapat maklum mengenai perkara tersebut daripada maklumat dalaman. Laporan SPRM juga akan dibuat dalam masa terdekat. 

Kalau betul khabar ini, nampak gayanya Izzah hanya bertopengkan di sebalik slogan demokrasi saja lah. Hakikatnya, perbuatan rasuah amat bertentangan dengan konsep demokrasi. Tak tahulah Izzah akan tampil nafikan atau tidak, kerana nama-nama dan wajah pemimpin yang dikaitkan itu sudah terpampang. Atau mungkin Izzah akan salahkan Umno juga macam biasa. Taktik lapuk!

#PakatanProDAP

PAS Soal, Dari Mana Sumber Dana Pakatan?



Sekian lamanya, Pakatan berjaya merosakkan persepsi rakyat terhadap PAS dengan mengatakan parti Islam itu menerima dana RM90 juta dari Umno, dengan menggunakan media mesra pembangkang untuk memainkan fitnah berkenaan. Presiden PAS, Hadi Awang dan pimpinan yang lain berkali-kali menafikan fitnah itu dengan mengatakan parti mereka mendapat sumbangan dari ahli-ahli parti.

Soalan yang sama juga ditanya kepada Pakatan, dari mana mereka memperolehi dana untuk empat parti komponen mereka? Sepertimana yang pernah didedah bekas Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini Naib Presiden PPBM, bahawa DAP menerima dana dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan untuk menjalankan aktiviti parti. Apakah ini juga bermakna Pakatan sendiri menerima sumbangan dari pihak negara luar untuk menjatuhkan kerajaan BN?

Persoalan sebegini nampaknya mungkin tidak akan terjawab oleh puak Pakatan. Jika disuruh isytihar harta pun mereka enggan, apatah lagi perkara sebesar ini. Balik-balik yang akan dijawab – ini semua propaganda untuk melemahkan Pakatan.

#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah

Apa Motif Pertemuan Azmin, Ezam?


Hura-Hara Dalam Pakatan, Yang Untung DAP!
Sebelum ini Ezam Mohd Noor umum bertanding di Shah Alam, kemudian khabar angina bertiup mengatakan Azmin Ali pun bakal bertanding di parlimen yang sama kerana sokongan di Gombak semakin goyah. 

Baru-baru ini Azmin umumkan dia bertanding di kerusi yang sama bagi PRU14. Hari ini pula Ezam pun umumkan dia tidak akan bertanding di Shah Alam dengan alasan 'tidak mahu untungkan Umno'. Ke sebenarnya takut hilang deposit?

Yang peliknya, pengumuman Ezam itu dilakukan sebaik sahaja dirinya dan Azmin mengadakan perjumpaan pada hari ini. Bukan orang tak tahu permusuhan antara Azmin dan Ezam sehingga Ezam keluar PKR dan masuk Umno. Setelah sekian lama bermusuh, hari ini kononnya mencatat sejarah 'kembali bertaut'  antara dua bekas orang kanan Anwar Ibrahim itu.

Apa agaknya kata-kata akhir Azmin beri kepada Ezam supaya tarik diri dari Shah Alam? Adakah Azmin tak mahu Pakatan kalah di Shah Alam? Atau Azmin mahu Ezam 'diam' dalam isu rasuah pentadbiran kerajaan negeri, memandangkan Ezam mengetuai NGO Hisbah yang menentang rasuah?

#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah

Rabu, 25 April 2018

Tun M Hebat, Tapi Itu Dulu



Nawawi Ahmad, penyandang kerusi Parlimen Langkawi menyifatkan Tun M sememangnya seorang yang cukup hebat, namun itu semua sejarak 'lama dahulu'. Ia berdasarkan faktor umur dan kondisi kesihatan Tun yang sudah tidak mengizinkan mantan Perdana Menteri itu bergiat terlalu aktif pada hari ini.

Namun, walaupun sudah menjangkau usia 93 tahun, tetap juga puak pembangkang menggalakkan Tun memberi ceramah-ceramah politik di seluruh negara. Seolah-olah menggunakan Tun semahunya demi kepentingan politik mereka, sehinggakan baru-baru ini tular gambar Tun M tertidur kerana kepenatan setelah memanjat tangga demi menyampaikan ceramah beliau.

Menurut Nawawi juga, rakyat di Langkawi mahukan pemimpin yang aktif dan beliau  percaya mereka akan memilih wakil rakyat yang mampu bekerja untuk mereka siang dan malam di tempat mereka sendiri sekaligus berpendapat bahawa BN akan mendapat sokongan padu daripada orang-orang Langkawi.

#PakatanProDAP

Isnin, 23 April 2018

Azmin Goyah Tanpa Sokongan PAS?



Azmin Ali tahu kemenangannya di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa banyak dibantu oleh PAS kerana dua kawasan itu adalah kubu kuat PAS. Kalau diteliti semula, kira-kira 80 peratus undi yang beliau perolehi dalam PRU lalu juga adalah daripada penyokong PAS.

Tapi hubungan PKR dengan PAS sudah terputus, dan ini meletakkan Azmin dalam dilema kerana peluang untuknya menang di kawasan itu pada kali ini agak tipis. Jadi ada kemungkinan Azmin terpaksa memilih kawasan lain untuk bertanding pada PRU14. Malah timbul ura-ura mengatakan Azmin mungkin bertanding di kawasan lebih selamat khususnya Parlimen Shah Alam, namun dibantah oleh PAN. 

Mendayung ke hulu salah, mendayung ke hilir salah, apa lagi agaknya taktik Azmin selepas ini ya? Lagi satu, tanpa sokongan PAS juga bakal membuatkan jentera PKR khususnya di Selangor berada dalam keadaan yang sangat goyah. Nampak gayanya, makin pening kepala lah Azmin.

#PakatanProDAP

Pakatan Harapan Sedang Porak Peranda Kerana Berebut Kuasa

Pembangkang sebenarnya hanya berpakat untuk merebut kuasa semata mata. Oleh kerana itulah, ada yang menangis nangis kerana surat layang, ada yang menyerbu Istana Segambut dan ada yang protes ugut keluar parti kerana hendak jadi calon.

Inilah porak peranda yang sedang berlaku dalam pembangkang. Gan Pe Nei, ADUN PKR Rawang menangis nangis kerana menyatakan ada orang buat surat layang tuduhnya seleweng duit peruntukan. Tian Chua mula mula buat sidang akhbar untuk umum keluar parti kemudian tarik “hand brake” dan buat keputusan lain. Begitu juga dengan Zuraida Mak Lampir yang pergi ke Istana Segambut memprotes ramai nama calon dari kem Azmin telah digugurkan oleh Wan Azizah.

Antara yang digugurkan dan dikaitkan sebagai kem Azmin dalam PKR adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, ADUN Taman Medan, Hanizah Mohd Talha dan ADUN Rawang, Gan Pei Nie.

Semalam, wakil kumpulan yang pro-Azmin dalam PKR, iaitu Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dikatakan telah bertemu dengan Wan Azizah. Namun Wan Azizah khabarnya tetap berkeras tidak mahu geng “kartel” terlalu ramai menjadi calon. Tidak mahu Azmin terlalu kuat dan Anwar Ibrahim sendiri dipercayai merestui apa yang Wan Azizah dan Rafizi lakukan itu.

Kuasa untuk tandatangan watikah ada di tangan Wan Azizah, jadi Azmin tidak boleh buat apa. Antara yang digugurkan Wan Azizah adalah pegawai khas kepada Azmin, Hilman Idham untuk kerusi DUN Gombak Setia dan bekas Pengerusi PKR Melaka yang juga pegawai Azmin, Khalid Jaafar yang ditolak dari bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Parti bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Dr Shafie Apdal, Parti Warisan Sabah juga ada masalah. Partinya bercakaran dengan PAN di Sabah. Presiden Warisan itu meminta PAN supaya jangan bertanding di Sabah pada PRU14 tapi PAN tetap mahu bertanding.

Pengerusi PAN Sabah, Hamzah Abdullah tetap akan bertanding sekurang-kurangnya dua kerusi pada PRU nanti.  "Hari ini kita akan bertemu presiden parti kita dan kita akan membuat satu keputusan yang kita akan bertanding juga. Kita akan bertanding di kerusi yang telah diputuskan oleh Pakatan Harapan.

"Apa pun keadaannya, kita akan bertanding melawan sesiapa yang akan bertanding di Batu Sapi dan Kalabakan. Kita bukan lawan HARAPAN, kita akan lawan WARISAN kerana kita tidak ada pakatan dengan WARISAN," kata Hamzah kepada Malaysiakini.

PAN di Sabah menuduh Shafie adalah penyebab perpecahan dalam negeri Sabah kerana sifat tamak. Bukan itu sahaja, Hamza kata Shafie adalah seorang pemimpin yang angkuh dan biadab selepas Shafie menyatakan bahawa beliau sudah berunding dengan  Mahathir dan Presiden PAN, Mohamad Sabu supaya PPBM dan PAN tidak bertanding di negeri itu.

Dalam DAP sendiri pun bermasalah. Orang yang ada dua kes rasuah di mahkamah disenaraikan sebagai calon. Orang yang bercakap benar digugurkan pula sebagai calon. Malah digelarkan pula sebagai anjing oleh DAP kerana bercakap benar. Enam orang digugurkan di Pulau Pinang kerana tidak sehaluan dengan Guan Eng.

Kerana tidak puas hati PAN hanya dapat 10 kerusi berbanding 13 yang diminta, Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin telah meletak jawatan pada 19 April lepas. Tiga hari lepas, pembangkang bergaduh di Sungai Siput, Perak bila Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sungai Siput membantah sebarang kehadiran calon luar di sana.

Di Kedah, pembangkang masih lagi gagal agih calon antara PKR, DAP dan PAN. Di Selangor masih belum selesai sepenuhnya agihan calon Pakatan Harapan, sedangkan Barisan Nasional sudah siap sepenuhnya senarai penuh nama nama calon yang akan bertanding.

Pembangkang porak peranda kerana hendak berebut kuasa. Pembangkang tidak bercakap lagi soal manifesto yang mereka buat, mereka sibuk merebut kerusi sahaja. Jadi rakyat kena pilih BN yang lebih konsisten dan mencapai kata konsensus dalam semua perkara berbanding pembangkang yang porak peranda.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

Tulisan :
Beruang Biru
BB882, Isnin
23 April 2018

Pengumuman calon PRU14 BN Selangor

Ahad, 22 April 2018

Sampai Bila Nak Sisih Pantai Timur, Mahathir?


Tak tahulah apa masalah Tun Mahathir dan Pakatan. Ada saja yang mereka tak puas hati dengan pembangunan yang dilakukan di bawah DS Najib Razak terutamanya melibatkan pembangunan di Pantai Timur.

Lihat sahaja apa yang mereka fitnah mengenai ECRL. Kononnya ia hanya membazirkan wang malah turut memutarbelit fakta tentang pembinaannya. Apa yang sebenarnya mereka mahu? Tak buat pembangunan salah, buat pembangunan pun salah. Mahathir tu tak cukup-cukup lagi ke nak anaktirikan Pantai Timur dari dulu sampai sekarang?

Walhal, banyak kepentingan pembinaan ECRL buat negara. Menambah peluang pekerjaan, menambah nilai hartanah di kawasan terlibat, bakal meningkatkan KDNK negara dan banyak lagi. Agaknya Mahathir dan Pakatan sememangnya iri hati sebab DS Najib sentiasa pentingkan kebajikan rakyat? Iyalah, Mahathir dulu lebih pentingkan kroni sendiri. Sebab itulah sekarang ligat tabur fitnah untuk tutup kegagalan sendiri!

#PakatanProDAP

Nelayan Terbiar Dibawah Kerajaan Selangor

Ekonomi Negara Terus Kukuh, Rizab Antarabangsa Lonjak USD110 Bilion



Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada USD110 bilion, paras tertinggi sejak Februari 2015. Jumlah rizab itu direkodkan pada 13 April 2018.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatannya sebagai Perdana Menteri (Oktober 2013), paras rizab negara berjumlah USD 42.9 bilion.

Berbanding rizab antarabangsa BNM direkodkan tertinggi ketika era PM Dato' Seri Najib Tun Razak ialah USD 141.4 bilion pada Mei 2013.

Peningkatan berterusan rizab antarabangsa oleh Bank Negara itu mencerminkan pengukuhan permintaan luaran negara, selain menunjukkan keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara.

#HebatkanNegaraku

Sabtu, 21 April 2018

Tipu muslihat Dap

Jangan tertipu !

#NegarakuMalaysia
#ProBarisanNasional
#HapusProDap
#HapuskanBenderaBiruMuda

JASA UPDATE
17 April 2018

Jangan Tertipu Dengan Topeng DAP

1. PARTI Tindakan Demokratik (DAP) telah menggunakan logo roket sejak ia pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tahun 1966. Sejak tertubuhnya parti tersebut, adalah menjadi pengetahuan umum bahawa DAP adalah parti yang terkenal sebagai agresif, cauvinis dan sebuah parti khusus buat kaum Cina.

2. Memandangkan PRU-14 bakal tiba, DAP sedang giat mengaburi pengundi dengan janji-janji manis mereka untuk menyembunyikan belang sebenar mereka. Dengan menggunakan taktik kotor mereka dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kepada anak muda jelas menunjukkan mereka berharap untuk mengelirukan minda golongan tersebut.

3. Pada 6 April 2018 yang lalu, apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan untuk mengguna logo PKR bagi PH dalam PRU14 kelak, ia telah mengejutkan seluruh pelusuk Negara, terutama sekali penyokong tegar DAP dari semua lapisan.

4. Golongan yang sangat hampa sekali adalah Veteran DAP kerana ini adalah pertama kali dalam sejarah di Semenanjung Malaysia, mereka tidak akan melihat bendera roket DAP berkibar setelah hampir 60 tahun bertanding dalam Pilihan Raya Umum.

5. Jelas dengan persetujuan ini, parti DAP di labelkan sebagai terdesak kerana rela  menjual maruah parti sendiri; bak pepatah ‘Rosak Bawang Ditimpa Jambak’.

“Ini adalah satu tindakan menjual maruah satu logo parti yang begitu bernilai untuk mereka (DAP) setelah sekian lama veteran mereka membina kekuatan parti kerana roket,” itulah yang digambarkan oleh Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon.

6. Dalam satu temu bual khas bersama KLXpress, beliau mengingatkan pengundi Melayu bahawa kerakusan untuk mendapat kuasa, DAP sanggup menggunakan logo PKR untuk memukau pengundi Melayu.

“Dia (DAP) terang-terang berkata pengundi Melayu tidak mengundi roket. Tetapi kalau hendak dapatkan sokongan Melayu, dia kena korbankan logo roket mereka. Jadi itu adalah untuk memperbodohkan orang Melayu. Bila pengundi Melayu pergi tengok; ‘eh… ini adalah PKR = parti Melayu, Anwar Ibrahim = okay, kita sokong lah. Sebenarnya di belakang topeng itu adalah DAP”, ujarnya lagi.

PARTI YANG HIDUP BERPURA-PURA

7. Selain itu, Sin Woon turut menyatakan bahawa dasar perkauman diwujudkan oleh parti DAP itu sendiri dan bukan parti atau kumpulan lain sepertimana yang sentiasa dilaungkan oleh mereka.

“DAP ini satu parti cauvinist. Satu parti yang penuh isu-isu perkauman. Saya faham sebab saya orang Cina, sebab kita dengar ceramah-ceramah mereka. Sebelum ini pun mereka kutuk UMNO, kutuk Melayu, kutuk Kerajaan. Kata orang Cina ini second-class citizen, third-class citizen; semua kepada orang Melayu, kepada Bumiputera. Orang Cina tidak dapat apa-apa. Orang Cina cuma bayar cukai sahaja tapi Melayu yang enjoy.

“Itu adalah hatred (kebencian) yang dibina oleh roket. Hari ini mereka cuba buat satu topeng ‘kita multiracial’ (pelbagai kaum); kita ada Melayu, kita ada Sofya (Dyana Sofya Mohd Daud). Mereka sanggup buat apa sahaja,” tambah beliau.

8. Selain itu, Sin Woon turut menyatakan bahawa setiap pemimpin DAP yang berfikiran rasional dan tidak bertindak extreme atau agresif dalam mengkritik pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) akan disingkir.

"Kalau kita tengok rekod sejarah DAP, ramai sangat pemimpin mereka yang berprinsip semakin sukar berada di dalam DAP kerana tidak setuju dengan cara DAP bermain politik di negara kita ini.

“Termasuk leadership (kepimpinan) yang dilakukkan oleh Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng. Kita tengok banyak pergolakkan sebenarnya. Puak-puak Lim Guan Eng ini akan mendapat tempat manakala mereka yang tidak setuju akan disingkirkan.

“Sebelum ini tokoh Tan Sri Lee Lam Thye dan lain-lain tokoh yang berkaliber tiada tempat dalam DAP.  Jadi ini bukanlah satu perkara yang baru”, jelasnya.

MENANAM PERASAAN BENCI TERHADAP KERAJAAN

9. Ujar Sin Woon lagi, penyokong DAP terlalu taksub dengan parti mereka sehingga sanggup bertindak agresif apabila bertembung dengan pemimpin atau  penyokong BN.

10. Disamping itu, beliau berasa kecewa dengan cara DAP mengajar penyokong mereka ber

kelakuan kurang ajar dengan harapan golongan anak muda dapat mencontohi sikap biadap mereka.

CALON DAN PEMIMPIN MELAYU HANYA BONEKA SEMATA-MATA

11. Menurut beliau lagi, calon Melayu yang dipilih oleh mereka adalah sekadar hiasan untuk bermain sentimen pengundi Melayu, jelas ia adalah taktik yang sangat kotor.

12. Sin Woon mencabar; "Di kawasan majoritinya Melayu, dia (DAP) akan letak calon Melayu, di kawasan majoriti Cina, dia akan letak calon Cina. Kalau betul la sangat si DAP ini multiracial (pelbagai kaum); Satu Malaysia : Malaysian Malaysia, letaklah si Cina di kawasan orang Melayu seperti MCA. Letaklah si Melayu di kawasan majoriti Cina, biar orang Cina sokong orang Melayu.

"Dia kutuk parti kita (BN) rasis, yang sebenarnya di bawah wajah-wajah itu semuanya, belakangnya racism (perkauman). Itulah cara DAP berpolitik,” tegasnya.

Jumaat, 20 April 2018

SIRI 1: DEMI ALLAH DAP AKAN HANCURKAN ISLAM - DEDAH BEKAS PEG KHAS GUAN ENG.


Pada PRU 13 DAP gagal, tetapi pada PRU14 mereka akan berjaya jika PH menang...?

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.

Sebab itu DAP kata, kalau berlaku sekali lagi 13 Mei, dia tak takut, dia kata. We are not scared for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana.

Kerana apa, kerana dia yakin yang dok berada di belakang dia tu ada. Satu jentera yang paling kuat sekali. Dia tak hairan, berlakulah. Dia nak juga benda tu berlaku. Dia nak ajar. Dendam tu, dia kalah 1969, dia tak puas hati. Dia nak ajar balik. Sampai tahap tu.

Base tentera Israel akan wujud, pasal apa? Pasal apa Israel mahu tempat tu Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia ingin mengembangkan, dia ingin menjadikan base itu sebagai base untuk Asia Tenggara. Dia kata, base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenal pasti nak benda ni.

Dia minta Lim Guan Eng, Guan Eng setuju. Kami menang, kami akan bagi dengan syarat kamu tolong kami PRU 13 ni. Ada perjanjian dah. Denmi Allah DAP akan hancurkan Islam....?

Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam IFC. Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.

Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna? Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani.

Masa saya cakap benda ni, dia stop saya, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina.

Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun.

Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, "Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru."

Siri 2 akan menyusul: Pendedahan Dedah Zulkifke Abd. Rahman. Kenapa DAP tidak saman sampai sekarang.