Sabtu, 21 April 2018

Tipu muslihat Dap

Jangan tertipu !

#NegarakuMalaysia
#ProBarisanNasional
#HapusProDap
#HapuskanBenderaBiruMuda

JASA UPDATE
17 April 2018

Jangan Tertipu Dengan Topeng DAP

1. PARTI Tindakan Demokratik (DAP) telah menggunakan logo roket sejak ia pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tahun 1966. Sejak tertubuhnya parti tersebut, adalah menjadi pengetahuan umum bahawa DAP adalah parti yang terkenal sebagai agresif, cauvinis dan sebuah parti khusus buat kaum Cina.

2. Memandangkan PRU-14 bakal tiba, DAP sedang giat mengaburi pengundi dengan janji-janji manis mereka untuk menyembunyikan belang sebenar mereka. Dengan menggunakan taktik kotor mereka dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kepada anak muda jelas menunjukkan mereka berharap untuk mengelirukan minda golongan tersebut.

3. Pada 6 April 2018 yang lalu, apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan untuk mengguna logo PKR bagi PH dalam PRU14 kelak, ia telah mengejutkan seluruh pelusuk Negara, terutama sekali penyokong tegar DAP dari semua lapisan.

4. Golongan yang sangat hampa sekali adalah Veteran DAP kerana ini adalah pertama kali dalam sejarah di Semenanjung Malaysia, mereka tidak akan melihat bendera roket DAP berkibar setelah hampir 60 tahun bertanding dalam Pilihan Raya Umum.

5. Jelas dengan persetujuan ini, parti DAP di labelkan sebagai terdesak kerana rela  menjual maruah parti sendiri; bak pepatah ‘Rosak Bawang Ditimpa Jambak’.

“Ini adalah satu tindakan menjual maruah satu logo parti yang begitu bernilai untuk mereka (DAP) setelah sekian lama veteran mereka membina kekuatan parti kerana roket,” itulah yang digambarkan oleh Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon.

6. Dalam satu temu bual khas bersama KLXpress, beliau mengingatkan pengundi Melayu bahawa kerakusan untuk mendapat kuasa, DAP sanggup menggunakan logo PKR untuk memukau pengundi Melayu.

“Dia (DAP) terang-terang berkata pengundi Melayu tidak mengundi roket. Tetapi kalau hendak dapatkan sokongan Melayu, dia kena korbankan logo roket mereka. Jadi itu adalah untuk memperbodohkan orang Melayu. Bila pengundi Melayu pergi tengok; ‘eh… ini adalah PKR = parti Melayu, Anwar Ibrahim = okay, kita sokong lah. Sebenarnya di belakang topeng itu adalah DAP”, ujarnya lagi.

PARTI YANG HIDUP BERPURA-PURA

7. Selain itu, Sin Woon turut menyatakan bahawa dasar perkauman diwujudkan oleh parti DAP itu sendiri dan bukan parti atau kumpulan lain sepertimana yang sentiasa dilaungkan oleh mereka.

“DAP ini satu parti cauvinist. Satu parti yang penuh isu-isu perkauman. Saya faham sebab saya orang Cina, sebab kita dengar ceramah-ceramah mereka. Sebelum ini pun mereka kutuk UMNO, kutuk Melayu, kutuk Kerajaan. Kata orang Cina ini second-class citizen, third-class citizen; semua kepada orang Melayu, kepada Bumiputera. Orang Cina tidak dapat apa-apa. Orang Cina cuma bayar cukai sahaja tapi Melayu yang enjoy.

“Itu adalah hatred (kebencian) yang dibina oleh roket. Hari ini mereka cuba buat satu topeng ‘kita multiracial’ (pelbagai kaum); kita ada Melayu, kita ada Sofya (Dyana Sofya Mohd Daud). Mereka sanggup buat apa sahaja,” tambah beliau.

8. Selain itu, Sin Woon turut menyatakan bahawa setiap pemimpin DAP yang berfikiran rasional dan tidak bertindak extreme atau agresif dalam mengkritik pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) akan disingkir.

"Kalau kita tengok rekod sejarah DAP, ramai sangat pemimpin mereka yang berprinsip semakin sukar berada di dalam DAP kerana tidak setuju dengan cara DAP bermain politik di negara kita ini.

“Termasuk leadership (kepimpinan) yang dilakukkan oleh Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng. Kita tengok banyak pergolakkan sebenarnya. Puak-puak Lim Guan Eng ini akan mendapat tempat manakala mereka yang tidak setuju akan disingkirkan.

“Sebelum ini tokoh Tan Sri Lee Lam Thye dan lain-lain tokoh yang berkaliber tiada tempat dalam DAP.  Jadi ini bukanlah satu perkara yang baru”, jelasnya.

MENANAM PERASAAN BENCI TERHADAP KERAJAAN

9. Ujar Sin Woon lagi, penyokong DAP terlalu taksub dengan parti mereka sehingga sanggup bertindak agresif apabila bertembung dengan pemimpin atau  penyokong BN.

10. Disamping itu, beliau berasa kecewa dengan cara DAP mengajar penyokong mereka ber

kelakuan kurang ajar dengan harapan golongan anak muda dapat mencontohi sikap biadap mereka.

CALON DAN PEMIMPIN MELAYU HANYA BONEKA SEMATA-MATA

11. Menurut beliau lagi, calon Melayu yang dipilih oleh mereka adalah sekadar hiasan untuk bermain sentimen pengundi Melayu, jelas ia adalah taktik yang sangat kotor.

12. Sin Woon mencabar; "Di kawasan majoritinya Melayu, dia (DAP) akan letak calon Melayu, di kawasan majoriti Cina, dia akan letak calon Cina. Kalau betul la sangat si DAP ini multiracial (pelbagai kaum); Satu Malaysia : Malaysian Malaysia, letaklah si Cina di kawasan orang Melayu seperti MCA. Letaklah si Melayu di kawasan majoriti Cina, biar orang Cina sokong orang Melayu.

"Dia kutuk parti kita (BN) rasis, yang sebenarnya di bawah wajah-wajah itu semuanya, belakangnya racism (perkauman). Itulah cara DAP berpolitik,” tegasnya.