Ahad, 1 April 2018

Akar Umbi Curiga 'Keaslian' Dokumen PPBM Kepada RoS



PPBM tak sudah-sudah dilanda masalah. Ketika nasibnya di hujung tanduk gara-gara perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada RoS bagi mengelakkan parti itu dibatalkan, timbul lagi rungutan daripada ahli-ahlinya.

Kali ini, segelintir ahli parti meminta penjelasan pucuk pimpinan berhubung keaslian maklumat dalam laporan dan dokumen yang diserahkan kepada RoS beberapa hari lalu. Kata mereka, ini kerana tiada mesyuarat cawangan mahupun bahagian dibuat, jadi mana mungkin boleh wujud laporan berkaitan mesyuarat tersebut.

Kalau tak silap, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pun pernah mengaku partinya tak mampu kemukakan dokumen yang diminta RoS. Jadi, apa dokumen yang dihantar pucuk pimpinan PPBM kepada RoS? Adakah mereka 'menipu' semata-mata nak elakkan parti dibatalkan RoS? Kesian ahli PPBM kena tipu hidup-hidup!

#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP