Jumaat, 8 Februari 2019

KANTOI! SURAT ARAHAN JABATAN PEGUAM NEGARA BUKTI CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KES DATO SRI NAJIB TUN RAZAK

LOKMAN ADAM

Tidak perlu saya ulas panjang, memadai anda baca isikandung surat ini untuk memahami bagaimana Jabatan Peguam Negara hari ini bertindak atas arahan politikus Pakatan Harapan.  Campur tangan politik ini jelas bercanggah dengan prinsip "pengasingan kuasa" yang sepatutnya diamalkan bagi menghindari "selective prosecution".

Patutlah pendakwaan dilakukan secara kelam kabut sehingga ada diantara pendakwaan tidak mempunyai kertas siasatan, kertas pendakwaan yang tidak lengkap dan alasan bodoh "printer rosak" turun kita dengari.  Surat ini juga dengan mudah memahamkan kepada kita kenapa permohonan peguam Dato' Sri Najib supaya pembicaraan di Mahkamah Sesyen KL ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan untuk mengenepikan Peguam Gopal Sri Ram, dibantah sekeras-kerasnya oleh pihak pendakwa.

Sekretariat Suara Rakyat UMNO akan menghimpunkan seberapa ramai rakyat dan NGO yang prihatin terhadap kerosakan Institusi Jabatan Peguam Negara untuk membuat laporan polis beramai-ramai pada tarikh berikut :

Tarikh : 17hb Februari, 2019 (Ahad)
Jam : 2.00 Petang
Tempat : Balai Polis Branang, Jalan Semenyih, Selangor

Sekian. Semoga semua pejuang pebenaran dapat hadir bagi menjayakan usaha membenteras kebatilan kerajaan Pakatan Harapan ini.

Dato' Lokman Noor Bin Adam
Pengerusi 
Sekretariat Suara Rakyat UMNO
8hb Februari, 2019

#TolakAGCapAyam
#TolakDAPRasis
#TolakPakatanHancing