Tak takut ke Melayu akan dipinggirkan?
*Aku: Sebelum ini pun, 'kerajaan Melayu' yang memperbodohkan orang Melayu dan orang bukan Melayu...*
Habis lah tanah Melayu tergadai
*Aku: Tindakan kerajaan lama lebih merbahaya, bukan setakat tanah Melayu, tapi tanah Malaysia boleh tergadai...*
Non-Muslim dah makin berani menuntut macam-macam hak...
*Aku: Bukan salah mereka nak tuntut macam-macam hak, sebab diorang menuntut dengan cara yang tak melanggar undang-undang pun. Yang salah, kita sebab tak bersatu pertahankan hak kita. Dipecahkan oleh blok kepartian. Semua tak betul bila ia bukan datang dari parti sendiri. Asal parti lain semua salah, asal dari parti sendiri sentiasa betul dan maksum...*
Jadi, apa maksud kau?
*Aku: Kita yang kena bersatu suara bila isu Melayu dan Islam dimainkan. Ketepikan politik mazhab mana yang kita pegang...*
PH ramai LGBT, Transgender, anti-Islam dan macam-macam...
*Aku: Kerajaan sebelum ni pun aku tak nampak tindakan diorang menentang dan menyekat golongan ni. Cth, makcik rambut putih menggerbang tu, ada kerajaan yang dulu ambil apa-apa tindakan? Sedangkan begitu lancang menghina Islam...*
Itu bukan geng PH ke?
*Aku: Mereka sentiasa mencari peluang. Mereka menyokong PH tak bermakna PH menyokong mereka. Kau yang tidur sebantal dengan bini kau pun selalu tak setuju dengan pendapat bini kau kan... kan... kan...*
Manifesto PH hanya sekadar janji manis. Phuiii…!
Kata nak turunkan harga petrol laa, pendidikan percuma laa, toll percuma laa, sekarang apa pun tak dapat...
*Aku: Sekurang2nya, kerajaan PH 'bertahan' tanpa ada 'beban' baru buat rakyat. Kalau ikut pengalaman aku, andai kerajaan lama terus diberi mandat, harga petrol akan naik, budget pendidikan dan kesihatan juga akan dikurangkan lagi, sama macam yang sebelum ini. Silap-silap kadar GST juga akan lebih dari 6%. Kau tak ingat apa surprise yang kita dapat dulu lepas PRU-13?*
Menteri Kewangan orang bukan Melayu. Peguam Negara pun diorang nak lantik bukan Melayu. Habislaaa….
*Aku: Make sense. Malaysia terdiri dari lebih kurang 40% penduduk bukan Melayu yang juga adalah warganegara. Setidaknya, Menteri Kewangan sekarang dilantik berdasarkan prestasi cemerlang di peringkat negeri.*
*Peguam Negara yang semasa DSN sebelum ini, walau pun nampak macam Melayu Muslim, tapi aku tak nampak fungsi dalam mempertahankan apa-apa isu berkaitan agama Islam atau yang melibatkan nama baik negara. Yang aku nampak, fungsi hanya mempertahankan pemimpin yang terlibat skandal wang...*
Wah, betul-betul kau fanatik PH la beb. Boleh jadi CAI lah!
*Aku: SlAku bukan pro PH pun. Cuma bagi aku, PRU-14 memang kena bagi PH menang...*
Aik, x sama ke? Undi PH maknanya sokong PH laa.
*Aku: Tak. Bagi aku, PPBM hanya kelahiran semula UMNO. AMANAH hanya geng yang kecewa dengan PAS. PKR juga ada DNA UMNO, cuma kurang totok berbanding PPBM. DAP, parti yang berjuang untuk non-Malay. Of course laa kan sebab MCA & MIC dah diorang tak boleh harap. Jadi diorang bersatu angkat DAP lah...*
Bukan ke cacamarba tu.
*Aku: Ya. Dan kerana ketakserasian diorang ni lah yang diharapkan dapat membentuk satu team yang lebih neutral. Leader dari PAN, DAP dan PKR, diorang terkenal dengan ketegasan dan kelantangan. Jadi, walau pun Tun M lead sebagai PM, Tun tak akan duduk seselesa seperti mana masih berada dalam komponen BN...*
Hmmm… kau ni lalang lah. Kejap sokong PH, kejap tak sokong PH...
*Aku: Macam ni lah, bagi aku, kita tak payah laa nak taksub sangat dengan mana-mana parti. Politik tetap politik. Parti yang dulu keramat, tak mustahil hari ni hanya tinggal karat. Perlu ada check and balance, jangan sampai ada dominasi sampai cuma ada satu pihak je yang boleh pegang kuasa. Ia cuma akan jadikan sistem tak telus. Kena tunjuk, kuasa sebenarnya di tangan rakyat, bukan di tangan pemimpin. Pemimpin yang kena jaga rakyat, bukan rakyat yang kena jaga pemimpin. Lebih penting lagi untuk kita yang kat bawah ni, bersatulah. Berhenti dari sentiasa mencari salah orang lain...*
*Cari titik persamaan, semoga kita boleh berjalan seiring, bukan hanya mencari perbezaan, yang akan cuma menjatuhkan satu sama lain...*
Dr group penduduk sungai petani