*KENYATAAN MEDIA*
Merujuk berita yang disebar menggunakan nama Portal UMNO Online. UMNO menafikan berita yang menyatakan pemimpin tertinggi UMNO mahu nilai semula kerjasama dengan PAS yang kononnya diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO.
Kenyataan berkenaan adalah *TIDAK BENAR* dan *PALSU* sama sekali. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pastinya kerana bimbang dengan kerjasama UMNO PAS yang begitu baik. Malah berita berkenaan *TIDAK PERNAH DIKELUARKAN oleh UMNO ONLINE*.
*Kerjasama UMNO PAS amat baik dan semakin mantap ketika ini* terutama di PRK N24 Semenyih. Oleh itu saya harap semua pihak terutama pengundi di Semenyih tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan.
*YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH*
*Ketua Penerangan UMNO Malaysia*
23.2.19