Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengakui bahawa *lawatan kerja 16 Pegawai Tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke Istanbul ditaja Syarikat Da Ma Cai iaitu syarikat judi nombor ekor terkemuka.*
Nampaknya Kerajaan Pakatan Harapan khususnya Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng lansung tiada perasaan sensitif terhadap hukum Islam dan sentimen rakyat dengan membenarkan *sebuah syarikat judi membiayai lawatan kerja sebuah institusi awam yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara dengan lambangnya jelas tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammmad SAW.*
Selain itu juga apakah tindakan ini menepati *prinsip tadbir urus kerajaan yang baik* apabila sebuah syarikat swasta dibiarkan menaja sebuah organ kerajaan yang mampu mencetuskan *polemik konflik kepentingan (conflict of interest).*
*Pemuda UMNO bertegas penajaan seperti ini adalah amat tidak wajar kerana bertentangan dengan prinsip agama dan moral. Seharusnya program lawatan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan jika benar lawatan kerja ini begitu mustahak untuk PDRM.*
Yang pasti amalan ini juga *bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah ataupun Rahmatan Lil Alamin* sebagaimana yang dijuarai Kerajaan PH hari ini.
*Dr. Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_
13 Februari 2019
*Sila Klik Link Di Bawah*