Jumaat, 12 Februari 2021

BN akan kalah dalam PRU 15?

Politik Sabah dan Sarawak

Tahun 1985 kalau tak silap selepas penamaan calon PRN negeri Sabah, Dato Joseph Pairin Kitingan dari parti United Sabah Party (PBS)mengisytiharkan parti pimpinan nya keluar dari Barisan Nasional. Sejurus selepas pengisytiharan tersebut,

Tun Gafar telah bergegas ke Sabah dan membawa masuk Umno. Umno terus dominant dan berjaya mentadbir Sabah pada PRN 1994 dengan ketua menteri Tun Sakaran Dandai.  Pairin juga kembali ke pangkuan BN pada tahun 1986 dan menjadi ketua menteri sehingga tahun 1994.

PRN 2018 BN tewas sekali lagi kepada Warisan parti yang ditubuhkan oleh Shafie Apdal pada Oktober 2016.

Malangnya kerajaan Warisan hilang majority pada Snap Election yg diadakan pada akhir suku ketiga 2020.

Pun begitu  ppbm dan Umno telah bergabung untuk menang dlm PRN ini. Namun dalam kerjasama itu ada sedikit yang tak kena dan memberi kesan yang mendalam kepada BN terutama Umno. 

Bossku berkampung di Sabah untuk membantu kemenangan calon BN. Namun dalam diam ppbm sailing calon-calon BN yg bertanding.

Akhirnya pbbm jadi Ketua Menteri dan BN jadi Timbalan Ketua Menteri. Tak apa lah, ia satu pengajaran buat Umno BN.

Padahal dalam PRK Chini dan Slim, PPBM turut membantu kemenangan calon BN. Semua tahu siapa watak yg sailang di PRN Sabah.

Selepas selesai 3 pilihanraya prn dan prk, mulalah rakyat bercakap dan rasa tidak puas hati dengan tindakan pbbm. Hubungan mesra semasa membentuk kerajaan campuran pada Februari 2020 mula suram. Ditambah lagi dengan sikap pemimpin Pas yang turut menyertai pakatan harapan walaupun telah sama-sama menandatangani piagam muafakat Nasional pada January 2020 di Bagan Datok Perak.

Dalam mesyuarat2 perwakilan Umno Bahagian yang di adakan serentak selama 3 hari bermula 1 January hingga 3 January, media melapor banyak bahagian telah mengusulkan agar menghentikan kerjasama dengan PPBM pada PRU 15 akan datang.

Selesai mesyuarat bahagian2 Umno, kita digemparkan dengan berita pemecahan TS Anuar Musa daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional.  Bukan dipecat daripada Umno.

Sudah tentu presiden telah terpaksa mengambil tindakan yang tidak popular kerana pecat boleh membawa backfire kata sesetengah orang politik.

Sesungguhnya akar umbi yang memerhati dan menilai tindak tanduk beliau berpuas hati dengan pemecatan tersebut kerana beliau banyak membawa suara Bersatu.

Ini termasuk juga setiausaha akhbar yang lantang mengkritik institusi presiden tanpa rasa bersalah. 

Turut terpalit ialah AJK PEMUDA Umno Malaysia iaitu Wan Azri yg teruk di hentak oleh akar umbi Umno kerana beberapa isu yang mana lebih memberi sokongan kepada Bersatu.

Semalam terjumpa satu wawancara bekas setiausaha BN yang dipecat menyatakan Umno dan BN tidak akan menang dalam PRU 15 tanpa kerjasama dengan parti lain dalam PN.  Beliau lupa atau sengaja tidak menyebut bahawa Bersatu tidak mampu menang tanpa sokongan Umno BN dan Pas.

Bijak sungguh beliau mengilas fakta sehingga moderator kalau tak silap dari RTM tak mampu  mencuit dengan lebih dalam dan spesifik.

Kata Anuar Musa, BN dengan 4 parti komponen memang tak boleh menang, memang ada kebenaran juga tetapi salah siapa. Jawapan nya salah dia juga kerana tidak berusaha untuk menarik kembali parti2 politik yang sebelum ini mengambil keputusan keluar dari BN. Kita tahu 16 komponen parti dalam BN terdapat banyak di Sabah dan Sarawak. Apakah tidaklah beliau untuk memperkemaskan semula komponen BN.

Di Sabah memang banyak parti yang bersama BN sebelum ini,  beliau juga sepatutnya berjaya menarik semula sokongan parti2 dari Sarawak untuk mengukuhkan BN versi 2.0.

Atau bertindak seperti Tun Gafar yg menubuhkan Umno di Sabah dan Anuar menubuhkan Umno di Sarawak.

Sebelum ini semua parti komponen BN dan pembangkang seperti Dap, PKR, Pan, Pas wujud di Sarawak tanpa ada halangan. Kenapa Umno tak boleh?

Apa hak Abang Johari hendak menyekat Umno?

Sekian dan bersambung /.....