Sabtu, 13 Februari 2021

Kenapa Umno Tidak Masuk Ke Sarawak

Tun Pehin Sri Hj Taib Mahmud Bapa Pembangunan Sarawak




Bersambung lagi bahagian kedua mengenai Umno ke Sabah dan tidak ke Sarawak. Topik ini agak panas dan sensitif jika ditulis secara sembrono dan beremosi, jadi aku nak cerita secara santai dan bersahaja. Harap tidak ada yang panas dan melatah.

Seperti dalam posting kelmarin aku sebut panjang lebar mengenai kemasukan Umno ke Sabah dan ia mendapat sambutan seluruh rakyat Sabah. 

Sehingga penulis politik meletak satu penanda aras bahawa Sabah adalah fix deposit BN.  Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen . PRU 14 yang lalu BN mendapat 10 kerusi,  Warisan 8 kerusi, Pkr 3 kerusi, Sabah Star 1.  

Jom tengok keputusan PRU 14 Sarawak pula yang mempunyai 31 kerusi.  BN menang 19 daripada 31 yang di pertandingkan . Dap hanya menang 6 daripada 9 kerusi, Pkr menang 4 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Bebas menang 2 kerusi, manakala PAN, PAS, SARWAK STAR, PBDSB , PBK dan PEACE semunya mendapat telur ayam.

Akan tetapi setelah BN gagal membentuk kerajaan diperingkat persekutuan, parti-parti tempatan yang sebelum ini berada dalam Barisan Nasional telah bertindak meninggalkan BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (PBS)

Terdapat 4 parti komponan BN yang meninggalkan BN ialah PPB yang diketua oleh Abg Jo, PRS dibawah pimpinan James Jemut Masing, PDP dibawah kepimpinan  Tiong Kim Sim dan SUPP dibawah Prof Dr Sim Kim Hian. 

Keputusan Abang Jo dan 4 komponen mengisytiharkan mereka keluar daripada BN amat mengejutkan, ramai yang tekedu, terperanjat, marah dan kecewa dengan sikap keempat-empat pemimpin yang bertidak demikian dan melahirkan sokongan kepada kerajaan baru di bawah pimpinan Tun Mahathir. 


Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akur dengan keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar UMNO tidak melebarkan sayapnya ke Sarawak.

"Umno tidak akan pernah berhasrat masuk ke Sarawak. Keputusan itu muktamad.

"Umno yakin dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sementelahan GPS telah dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam BN," katanya menerusi Twitter, pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata Umno mendoakan agar GPS akan terus membentuk Kerajaan Negeri apabila pilihan raya negeri diadakan.

Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah susulan kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menegaskan Umno ditegah masuk Sarawak.

"Di Sarawak tidak ada platform lain. Kita tidak akan benarkan UMNO masuk Sarawak kerana mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk Sarawak," kata Abang Johari pada Khamis.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing setuju dengan penegasan Ketua Menteri.

"Umno kurang faham tentang Sarawak dan beberapa pemimpinnya sedar mengenai kelemahan mereka, justeru mereka tidak berkeras untuk masuk Sarawak," katanya.  Utusan Borneo


Allahyarham Tan Sri Adnan Satem  semasa menjadi Ketua Menteri pernah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan berkata , beliau akan meletakkan jawatan Ketua Menteri Sarawak sekiranya Umno dibenarkan masuk ke Sarawak. 

Ia bermakna beliau dan 3 juta ahli PPB akan menentang habis-habis sekira ada usaha menghidupkan Umno di bumi Sarawak.

Mungkin ada yang bertanya , apakah ada usaha untuk menubuhkan UMNO di Sarawak? Jawapannya ada, gerakan tersebut wujud pada tahun 70an hingga 90an dan bukan datang dari KL tetapi dari kalangan orang tempatan sendiri.  

Namum usaha tersebut tidak mendapat sokongan dari KL malah Tun Mahathir sendiri telah menandatangi satu perjanjian dengan Taib Mahmud bahawa Umno tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sarawak.

Kini hanya parti DAP, PKR, PAS dan PAN sahaja yang dilihat mengembangkan sayap ke bumi kenyalang dan kumpulan yang berusaha menubuhkan Umno dahalu berada dalam parti-parti tersebut. 

Jangan lupa pada tahun 80an parti PPB pernah berpecah dan tertubuh lah sebuah parti bernama Permas yang dipimpin oleh bekas CM Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub. 

"Umno kurang faham tentang Sarawak dan beberapa pemimpinnya sedar mengenai kelemahan mereka, justeru mereka tidak berkeras untuk masuk Sarawak," Kenyataan Abang Jo dalam  Utusan Borneo

Kenyataan Abang Jo diatas jika dilihat sangat keras dan tidak releven. Sejak Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, banyak usaha pembanguan telah dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak. 

"Umno kurang faham tentang Sarawak" kenyataan tersebut sama sekali tidak tepat dan mengelirukan. Ini kerana sepanjang 55 tahun Sarawak berada dalam Malaysia, banyak pembangunan dan usaha memajukan Sarawak dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Umno. 

Pembangunan Sarawak dapat dilihat dengan jelas apabila negeri tersebut ditadbir oleh Tun Pehin Sri Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri ke empat dan selama 33 tahun jugalah kita tidak pernah mendengar kenyataan2 pelik dari CM Taib Mahmud mengkritik Umno, pelik lah jika ada kenyataan bahawa Umno tidak faham tentang Sarawak..

Hari ini Dato Sri Najib Razak masih menaruh harapan agar GPS dapat bersama-sama dengan BN untuk PRU 15. Adakah cadangan dan harapan Dato Najib itu disambut baik oleh Abang Jo dan 3 lagi komponannya ? 

Sekian bersambung?.....dengan tajuk usaha membawa keluar Sabah dan Sarawk dari Malaysia.