Isnin, 20 Disember 2021

Elok Jika Dewan Rakyat di bubarkan tahun hadapan.

Dok belek-belek dalam Google terjumpa maklumat ini.

Tun Mahathir Mohamed telah berjaya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Hussein Onn pada 16 Julai 1981.

Tun Hussein Onn terpaksa melepaskan jawatan atas alasan kesihatan.

Setahun selepas itu Tun Dr Mahathir Mohamad membubarkan parlimen dan pilihan raya umum ke 6 telah diadakan pada 22 April 1982. 

Pilihan raya umum ke 5 telah diadakan pada 22 Julai 1978.

Ini bermakna kurang dari 4 tahun usia kabinet Tun Hussein Onn dan Mahathir.

Berbalik pula kepada pilihan raya umum ke 14 .

Pilihan raya ke 14 menyaksikan kekalahan teruk buat BN .

Paling melucukan ialah kabinet PH pimpinan Tun Mahathir hilang majoriti selepas 22 bulan memerintah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih kerajaan dan membentuk kabinet baru bersama BN dan Pas kemudian kerajaan Muhyiddin membuat penjenamaan semula kabinet beliau sebagai Pakatan Nasional.

Tak sampai 17 bulan sekali lagi kerajaan bergoncang. Mahyuddin terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Kelam kabutnya ahli-ahli politik menjadi panik. Beberapa menteri daripada BN dengan beraninya sanggup berkorban untuk meletakkan jawatan. Antaranya ialah MP Parit Sulong,  MP Lenggong dan beberapa lagi.

Jumaat 6 Ogos 2021 YB Ismail Sabri Yaakob telah membuat sidang media tergempar menyokong kepimpinan  Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Pada 14 Ogos 2021 di Johor Bahru sekali lagi Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pendirian beliau untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Tiba-tiba buah cempedak menjadi nangka. YB Ismail Sabri Yaakob dipilih oleh pucuk kepimpinan UMNO untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri dan dipersetujui oleh Istana Negara. 20 Ogos 2021 Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Secara tidak langsung UMNO yang tewas dalam pilihanraya umum pada 9 Mei 2018 kini memegang tampuk pemerintahan. 

Inilah keajaiban yang berlaku dalam sejarah politik negara.
 
Allah SWT telah memakbulkan doa rakyat Malaysia yang menderita di bawah kerajaan PH.

Kini dalam dua PAU 2019 dan terbaru 2020 akar umbi masih kekal dengan pendirian tidak mahu bersama PPBM dalam PRU 15.

Jadi tunggu apa lagi? Masuk bulan Mei 2022 genap usia parlimen 4 tahun.

Jadi eloklah jika tahun PM membubarkan dewan rakyat.

Mahathir dan Pak Lah berani buat, tak kan lah Pak Long Mail tak berani.