Isnin, 20 Disember 2021

PRU 15 dahulu atau Pemilihan UMNO dahulu?

Ada orang tanya, pasai apa nak buat pemilihan UMNO selepas selesai PRU 15, sepatutnya buat pemilihan dahulu sebelum PRU 15.

Senang saja jawapannya.

Masa kita kalah pada PRU 14, ramai pemimpin UMNO lari cari sarang baru. Yang tak dapat sarang depa lari masuk gua.

Pemilihan Umno 2018 pun depa buat tak kisah. 

Hanya yang sayangkan UMNO sahaja sanggup bersusah payah berusaha untuk mengekalkan cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO daripada diharamkan oleh kerajaan PH.

Jangan lupa selepas selesai pemilihan UMNO seluruh negara Presiden UMNO yang baru diarahkan ke Putrajaya dan diminta untuk membubarkan UMNO. 

Bila beliau enggan dan akhirnya disabitkan dengan kesalahan pecah amanah kerana salah guna wang dari yayasan yang beliau tubuh sendiri. Akhirnya pada Oktober 2018 Zahid Hamidi di sabitkan kesalahan pecah amanah.

Yang aku tahu hanya dua orang pemimpin UMNO yang ada yayasan iaitu Yayasan Tun Razak dan Yayasan Akal budi. 

Yayasan Akalbudi banyak jasanya kepada rakyat. Nak tahu tunggu posting aku yang lain.

Syukur Alhamdulillah,  30 Jun 2018 UMNO semua peringkat telah berjaya melakukan persidangan dan serentak dengan pemilihan parti.

DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih menjadi Presiden,  Dato Seri Hj Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Mereka sanggup menawarkan jawatan untuk terus menghidupkan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan MKT. 

Jangan kita lupa selepas tewas PRU 14, orang UMNO sendiri mendesak Presiden UMNO berundur dengan meletakkan jawatan.  

Depa menuduh Najib Razak dan Rosmah Mansor adalah penyebab kekalahan UMNO.

Depa hanya pandai menuding jari kepada orang lain tetapi depa lupa bahawa depa lah yang menyebabkan UMNO dan BN tewas. Rasanya tak perlu sebut nama sipolan-sipolan. Semua sedia maklum.

Aku nak tanya. Berapa ramai pemimpin dan menteri zaman Najib yang berkunjung ke kediaman Najib selepas kalah PRU 14?

Najib dihina oleh media, dihina oleh mereka yang diangkat oleh Najib sebagai menteri dan calon PRU 14.

Kini puak-puak ini lah yang nampak bahawa UMNO kini kembali mendapat perhatian ramai. Banyak PRK selepas PRU 14 dimenangi oleh BN. 

Mereka lupa bahawa kemenangan BN dalam beberapa PRK dan PRN adalah berpunca daripada semangat juang yang ditunjukkan oleh Najib Razak.

Tanpa Najib Razak UMNO BN tidak sampai ke tahap hari ini.

Dulu ramai yang malu untuk menyarung baju koperat UMNO BN hatta baju t-shirt BN pun depa malu nak pakai.

Kini kita lihat sendiri bagaimana semangat juang UMNO-BN dikembalikan semula oleh MKT terutama Najib Razak Bossku.

Maka mereka yang berada dalam gua kini sudah bersiap sedia untuk kembali ke alam nyata untuk menguasai kembali pentadbiran UMNO semua peringkat.

Kalau pakat masuk gua atau bertaut di sarang baru, bukan sahaja cawangan Umno boleh terbatal pendaftaran, silap haribulan UMNO Bahagian pun terbatal kerana tidak bersidang dan bermesyuarat.

Lihatlah sendiri UMNO Sabah. Sabah mencatat sejarah tersendiri apabila Ketua-ketua bahagian keluar UMNO beramai-ramai dan menyokong PH.

UMNO Sabah boleh dikatakan runtuh 90 peratus. Mujur lah ada segelintir pemimpin UMNO yang masih setia dan berjaya memulihkan hingga kembali bernafas dan bernyawa seperti sediakala. Kita tahu siapa penghasut yang mahu meruntuhkan UMNO Sabah.

Syabas kepada semua pemimpin UMNO peringkat tertinggi, peringkat negeri, bahagian dan cawangan kerana terus bersama dan istiqamah mempertahankan institusi UMNO disemua peringkat.

Kembali kepada persoalan kenapa tak boleh buat pemilihan UMNO atau PAU sebelum PRU 15?

Kita harus ingat bahawa yang bersusah payah mempertahankan UMNO sekarang ialah kepimpinan semua peringkat yang terpilih pada 30Jun 2018.

Ros juga sudah bersetuju bahawa pemilihan UMNO akan datang ialah pada November 2022.

Pemimpin UMNO yang ada hari ini boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 15.

Mereka sudah buat kerja untuk persediaan dan persiapan PRU sejak 2018 lagi. 

Jadi jika buat pemilihan sekarang, bermakna pertukaran pemimpin semua peringkat akan berlaku. 

Katakan seorang Ketua Bahagian, atau Ketua Puteri yang dipilih pada 2018 lalu, dilihat sangat berpotensi untuk dicalonkan bertanding di DUN atau sebagai calon Ahli Parlimen, tiba-tiba ditewaskan oleh lawan nya dengan games yang kotor.  Maka siapa yang untung?

Kita tahu sejak zaman Anwar Ibrahim dalam UMNO dulu ada perwakilan G10 sanggup buat pinjaman peribadi untuk melobi agar beliau dapat jadi perwakilan bahagian.

Tak mustahil untuk merebut jawatan dalam parti pelbagai muslihat dan cara dilakukan untuk mendapat kuasa.

Kita tahu, hari ini gerakan untuk mengambil alih kepimpinan parti disemua peringkat sedang rancak berjalan.  Lebih ketara lagi apabila peralihan kuasa pimpinan negara berjaya diambil alih daripada PH .

Selepas Pau 2019 yang diadakan awal tahun ini,  desakan supaya hentikan kerjasama dengan PPBM semakin meningkat sehinggalah kejatuhan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kehilangan sokongan.

Kesilapan PPBM adalah kerana sikap mereka yang sengaja sailang UMNO BN dalam PRN Sabah.

Dalam PRN Melaka PPBM menjadikan UMNO BN sebagai musuh nombor satu.

Sebab itu lah 2/3 mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian seluruh negara yang selesai bersidang semalam menyokong bahawa pemilihan UMNO hendak lah diadakan selepas PRU 15..

Sekian.