Ahad, 19 Jun 2022

LUPUS KENDERAAN PADA USIA 10 TAHUN



JPJ dan kementerian perlu mula dari A to Z tanpa melibatkan kereta yang sudah didaftarkan.

Contohnya jika dilaksanakan mulai 2030 semua kereta yang baru didaftarkan wajib dilupuskan pada tahun 2040.

Begitu juga dengan pembiayaan bank. tempoh pinjaman juga perlu ditambah tempoh pinjaman dari 9 tahun kepada 10 tahun.

Untuk memiliki sebuah kereta bakal pembeli perlu ada permit dan mempunyai tempat parkir.

Kereta tidak boleh dipakir diluar kawasan rumah. 

Kereta juga tidak boleh dipandu oleh pihak lain selain daripada keluarga sendiri. 

Setiap ahli keluarga perlu didaftarkan di JPJ dan mempunyai insurans sendiri.

Kereta juga perlu bebas daripada toll dan parking  sebagai galakan dan inisiatif menyertai program miliki kereta selama 10 tahun.

Kereta yang berusia lebih 10 tahun tidak boleh masuk ke dalam kawasan bandar pada hari bekerja pada waktu-waktu tertentu seperti 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Kereta lebih 10 tahun perlu di buat nombor plat berwarna.  Contohnya hijau untuk hari Isnin dan Selasa, Biru untuk Rabu dan Khamis.    Kuning untuk hari Jumaat dan Sabtu. 

Ahad bebas. Lantak lah nak jem atau tidak. Janji kereta hayatnya 10 tahun bebas toll

Menteri pengangkutan baru sahaja tolak usul profesor tersebut

Takat ni dulu, nanti sambung lagi.