Selasa, 10 Jun 2008

BERI PANCING KE PANCING MEREKA

'Berikan Mereka Pancing' - MP Bukit Gantang

Johari Jaafar
Wed | Jun 04, 08 | 11:28:03 am MYT

TAIPING 4 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum mencadangkan kepada Baitulmal Negeri Perak memikirkan cara terbaik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan agar kaedah itu nanti membolehkan mereka boleh menjadi antara penyumbang zakat. (PAS PATUT MENYERUS SEMUA AHLI PAS BAYAR ZAKAT KEPADA BAITULMAL NEGERI DAHULU, SEBAB DAHULU MEREKA TAK BAGI PENGIKUT PAS BAYAR ZAKAT KE BAITULMAL, SEBAB ITU ORANG PAS BAGI ZAKAT KEPADA AMIL PAS SAHAJA)

Beliau mengambil contoh apa yang dilakukan di daerah Manjong, terdapat penerima zakat, diberikan bantuan bot dan pukat, bagi membolehkan mereka berdikari untuk mencari rezeki dan tidak lagi mengharapkan bantuan dari Baitulmal sahaja. (BAGI BOT , ENJIN, PUKAT NI UMNO DAH BUAT LAMA DAH MELALUI LKIM)

Beliau berkata demikian, di majlis penyampaian bantuan Baitulmal sempena Kembara Zakat 2008, di Pekan Taiping dalam siri menjelajah ke seluruh Perak untuk menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan membayar zakat. (ORANG PERAK DAH LAMA BERZAKAT, ORANG PAS SAHAJ YANG BAYAR ZAKAT KEPADA AMIL PAS UNTUK PROGRAM POLITIK, SEKARANG PAS PANDAI PUJUK ORANG SUPAYA BERZAKAT DENGAN BAITULMAL NEGERI PERAK DAN TAK MUSTAHIL WANG BAITULMAL AKAN DI SELEWANGKAN)

Majlis penyampaian bantuan diadakan di Pejabat Baitulmal Taiping.

"Berikan mereka pancing bagi membolehkan mereka memancing untuk mendapatkan ikan, jika kita beri ikan, lepas ikan ityu habis, mereka minta ikan lagi, tetapi bila kita beri pancing, mereka tidak akan minta ikan lagi," ujarnya. (BOHONG, PAS BAGI GULA, TEPUNG , BERAS SEMASA KEMPEN PRU12, TERUSKAN BAGI BANTUAN SAMPAI BILA-BILA)

Roslan turut memberi nasihat kepada penerima bantuan dan berharap penerima-penerima bantuan dapat membina kehidupaan yang lebih baik dan maju dengan syarat mereka perlu mempunyai impian untuk memajukan diri dan keluarga agar mendapat kejayaan dalam kehidupan dan seterusnya menjadi penyumbang atau pembayar zakat. ( ORANG MISKIN TEGAR INI YANG AKU TAHU MINDA MEREKA KOSONG, TAK PANDAI BERUSAHA DAN HANYA TAHU SUBSIDI DAN BANTUAN FREE SAJA, KALAU BOLEH CELIK MATA ADA MAKAN, ADA BAJU, ADA DUIT UNTUK BELI ROKOK DAN JUDI 4D)

Beliau mengingatkan, ketetapan dari Allah masih lagi boleh diubah dengan berdoa,kerana yang menentukan segala-galanya hanya Allah kerana itu manusia sebagai hamba Allah perlu berdoa dan meneruskan berusaha,bukannya takdir dijadikan alasan untuk tidak mencuba memperbaiki diri atau memaju diri dalam kehidupaan.

"Minda kita mesti jauh ke hadapan" katanya .

"Selama 50 tahun lalu, pemerintah sebelum ini membiarkan kemiskinan berterusan di kalangan rakyat supaya pemerintahan dengan mudah mempengaruhi golongan yang hidup susah agar mereka terus memberi undi kepada BN," katanya. (INI FITNAH BESAR PAS, 50 TAHUN ORANG MISKIN PERAK BERUBAH MENJADI SENANG DAN BAIK EKONOMI MEREKA. YANG INI PAS MEMANG TAK NAMPAK.PROJEK BANTUAN TEKUN, BAUCER TUISYEN, KWAPM, RMT, PROJEK PEKEBUN, TERNAKAN, TAK TERKIRA BANYAK NYA PROJEK DAN USAHA KERAJAAN BN MEMBASMI KEMISKINAN)

Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah negeri tidak bersikap seperti itu, sebaliknya akan terus berusaha membantu mereka. - mr_ (BERUSAHA APA? GABUIH DUIT RAKYAT)